728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 7 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-016

Harga minyak jatuh mendadak apabila lebihan bekalan dan permintaan yang lemah dilihat akan berterusan, setelah pengeluar utama menolak sebarang pengurangan pengeluaran dalam mesyuarat OPEC Jumaat lalu.  Di New York Mercantile Exchange, Crude bagi penghantaran Januari jatuh lebih $2.30 setong ke paras terendah harian sekitar pada $39.60 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.10 setong. Di Bursa Niaga Hadapan ICE London pula, Brent bagi penghantaran Januari tenggelam lebih $2.10 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $43.05 setong, sebelum menutup sekitar paras $43.60 setong.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memutuskan untuk mengekalkan tahap pengeluaran semasa pada kira-kira 31.5 juta tong sehari, selepas pertubuhan yang berbelah-bagi itu tidak dapat mencapai persetujuan mengenai strategi untuk membendung lebihan bekalan yang berterusan di pasaran tenaga global.  Dalam satu kenyataan selepas tamatnya mesyuarat itu, OPEC berkata bahawa ia akan “terus memantau perkembangan dalam beberapa bulan akan datang”. Mesyuarat akan datang dijadualkan pada bulan Jun 2016.

telegram-moshed

Dalam pada itu, pasaran mengetepikan laporan daripada kumpulan penyelidikan industri Baker Hughes yang menunjukkan bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat menurun dari 555 pelantar kepada 545 pelantar pada minggu lepas.  Kiraan pelantar AS yang lebih rendah biasanya menandakan kenaikan harga minyak, kerana potensi pengeluaran yang lebih rendah pada masa hadapan.  Namun dengan permintaan global yang lemah, serta tambahan bekalan dari Iran; ianya tidak dilihat sebagai membantu sokongan belian untuk minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register