banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

Harga minyak mentah kembali lemah Khamis semalam, setelah lebih banyak tajuk-tajuk utama dari negara-negara OPEC terus menambah keraguan tentang kejayaan rundingan untuk membekukan pengeluaran pada bulan ini. Anggota-anggota OPEC dan bukan OPEC bakal bertemu di Doha, Qatar pada 17 April ini untuk mencapai persetujuan bagi menghadkan pengeluaran pada paras output Januari lalu.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei jatuh lebih $1.45 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.80 sebelum menutup sekitar paras $36.88 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun jatuh lebih $1.55 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $38.70 sebelum menutup sekitar paras $38.93 setong.

Walaupun peranan positif Kuwait, peniaga masih bimbang tentang peranan Arab Saudi di tengah-tengah persaingan dengan Iran. Iran diberitakan telah meningkatkan output dan eksport ke negara-negara jiran. Dalam tempoh dua bulan lepas, Iran telah meningkatkan eksport minyak sebanyak 11% ke India, yang merupakan pelanggan terbesar di Arab Saudi. Selain daripada itu, pengeluar utama kini menawarkan minyak pada harga diskaun kepada pelanggan mereka untuk mengekalkan bahagian pasaran.

telegram-moshed

Dalam pada itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS mengeluarkan laporan inventori mingguannya, yang menunjukkan inventori minyak mentah jatuh sebanyak 4.9 juta tong pada minggu berakhir April 1. Jumlah simpanan minyak komersil AS kini berjumlah 529.9 juta tong.  Data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pula menunjukkan stok simpanan minyak mentah AS menurun sebanyak 4.3 juta tong pada minggu lepas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register