728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 8 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-017

Harga minyak jatuh kepada paras terendah dalam tempoh hampir tujuh tahun Isnin semalam, selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal untuk bersetuju dalam mesyuarat dasar pada hari Jumaat, untuk pengeluaran yang lebih rendah dalam usaha untuk membendung harga yang telah jatuh lebih daripada 60 peratus sejak Jun 2014.  Dalam pada itu, Dollar yang lebih kukuh menyebabkan ianya lebih mahal untuk memegang kontrak belian.

Pada masa yang sama, buat kali pertama dalam beberapa dekad, menteri-menteri minyak OPEC menggugurkan sebarang kenyataan yang merujuk kepada output maksima pertubuhan itu; sekaligus menonjolkan perbezaan pendapat di kalangan ahli tentang bagaimana untuk menampung bekalan dari Iran, apabila sekatan ekonomi terhadapnya ditarik balik.  “Dolar yang lebih kukuh dan kesan susulan mesyuarat OPEC memberati pasaran minyak,” menurut Tamas Varga, penganalisis minyak di broker PVM Oil Associates di London.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kedua-dua gred minyak Crude dan Brent jatuh lebih $2.60 setong Isnin semalam, dengan Crude mencecah paras terendah harian sekitar $37.45 setong sebelum menutup sekitar paras $37.60 setong; manakala Brent pula jatuh ke paras terendah harian sekitar $40.90 setong sebelum menutup sekitar paras $41.10 setong.

Penganalisis di Commerzbank berkata, sebarang pemulihan harga akan ditentukan bukan oleh OPEC tetapi oleh permintaan yang semakin meningkat dan kejatuhan dalam pengeluaran di luar pertubuhan tersebut.  “Kenaikan harga minyak pada tahun depan, tidak akan bergantung kepada OPEC yang mencapai persetujuan serta-merta atau pada kawalan harga; kami menjangkakan harga akan meningkat terutamanya di belakang pertumbuhan permintaan yang terus teguh, dan penurunan dalam pengeluaran minyak dari negara bukan OPEC,” menurut mereka dalam laporan kepada pelanggan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register