728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 8 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-016

Harga minyak mentah kembali tidak menentu pada Jumaat lalu, selepas cuba memacu naik apabila mendapat ransangan dari spekulasi rundingan antara OPEC dan negara bukan OPEC, yang diketuai Russia untuk cuba menstabilkan harga minyak dunia.  Ketika ini lebihan global yang berlaku, seolah-olah tidak dapat ditampung ekoran permintaan yang lemah serta tambahan bekal dari Iran yang mendapat perlepasan dari sekatan ekonomi antarabangsa.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac susut lebih $1.80 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $30.65 sebelum menutup sekitar paras $31 setong; manakala Brent bagi penghantaran April berada dalam dagangan ‘sideway’ dari paras tertinggi harian sekitar $35.15 setong ke paras terendah harian sekitar $33.80 setong, sebelum menutup sekitar paras $34.15 setong.  Keadaan Dollar AS yang lemah, sedikit -sebanyak telah melonjakkan harga minyak.

telegram-moshed

Spekulasi mengenai kemungkinan rundingan di antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak yang lain, untuk mengurangkan pengeluaran telah meningkat turun naik dalam pasaran minyak; terutamanya selepas seorang pegawai Iran dipetik sebagai berkata bahawa Tehran menyokong mesyuarat, sekaligus meningkatkan harapan bahawa mereka boleh mengambil tindakan untuk menyokong harga, walaupun ianya diragui pasaran.

Peranan Iran dalam mana-mana perjanjian yang berpotensi untuk mengekang pengeluaran adalah penting, kerana ia kelihatan bertekad untuk meningkatkan pengeluaran dan mendapatkan bahagian pasaran selepas sekatan ekonominya diangkat. Dalam pada itu, Menteri Minyak Venezuela Eulogio del Pino berkata, beliau telah menghadiri mesyuarat yang “baik dan produktif” dengan rakan sejawatnya dari Qatar, pemegang jawatan presiden OPEC pada 2016, tanpa memberi maklumat lebih lanjut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register