728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-015

Minyak jatuh di bawah paras $33 setong Khamis semalam, buat kali pertama sejak bulan April 2004 apabila kejatuhan dalam pasaran saham China membingungkan pelabur yang sudah pun bimbang dengan pengeluaran dan stok simpanan minyak mentah yang semakin mengembang. Harga minyak telah jatuh kira-kira 70% sejak pertengahan 2014, sekaligus memudaratkan syarikat-syarikat minyak dan kerajaan yang bergantung kepada jualan minyak mentah.

Di pasaran China semalam, Beijing membenarkan Yuan untuk jatuh, sekaligus menghantar mata wang serantau dan pasaran saham global merudum. Yuan yang didagangkan di luar pesisir jatuh ke paras paling rendah sejak perdagangan bermula pada tahun 2010.  Dalam pada itu, pasaran saham China digantung kurang daripada setengah jam selepas dibuka, selepas kejatuhan mendadak lebih 7% mencetuskan mekanisme litar eletronik baru untuk menghentikan dagangan secara automatik.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude untuk penghantaran Februari diniagakan antara sekitar $34.25 ke serendah $32.10, sebelum menutup sekitar paras $33.30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent untuk penghantaran Februari diniagakan antara sekitar $34.70 ke serendah $32.15 sebelum menutup sekitar paras $33.80 setong.  Pasaran berada dalam dagangan bercampur-campur semalam, setelah kerisauan global ditambah dengan ketegangan di Timur Tengah.

“Sentimen negatif mencederakan jangkaan permintaan, pertumbuhan yang lemah di China dan terdapat lebihan stok yang membina dalam inventori AS, dan ini dapat dilihat dalam harga,” menurut Hans van Cleef, ahli ekonomi kanan di ABN Amro Amsterdam. Walau bagaimanapun, kejatuhan harga minyak telah pun diramal terlebih awal oleh bank pelaburan Goldman Sachs pada awal tahun lalu, yang menjangka harga minyak boleh mencecah $20 setong. Bank of America Merrill Lynch dalam nota kepada pelanggan semalam, berkata bahawa risiko untuk harga berenang di bawah paras $30 setong telah meningkat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register