728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 9 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-018

Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah para trader mengambil peluang belian untuk produk tenaga pada harga yang lebih murah. Pada masa yang sama, China yang melaporkan import komoditi yang kukuh walaupun mengalami kemelesetan ekonomi, sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk minyak.

Di New York Mercantile Exchange, Crude untuk penghantaran Januari turun naik sekitar $1.95 dari paras tertinggi harian sekitar $38.60 setong ke serendah $36.65 setong, sebelum menutup sekitar $38 setong yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar $37.70 setong; manakala di Intercontinential Exchange (ICE), Brent untuk penghantaran Januari turun naik sekitar $1.65 dari paras tertinggi harian sekitar $41.45 setong ke serendah $39.80 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.45 setong yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $40.85 setong.

telegram-moshed

Namun, secara keseluruhan pasaran kekal lemah disebabkan oleh lebihan bekalan global yang diburukkan lagi oleh keputusan OPEC untuk mengekalkan pengeluaran yang tinggi.  OPEC dalam mesyuaratnya di Vienna Jumaat lepas, gagal mencapai kata sepakat dalam mengurangkan had pengeluaran, malah tiada sebarang kenyataan yang merujuk kepada sebarang had pengeluaran maksima oleh negara anggota; sekaligus menyebabkan sentimen pasaran yang negatif.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register