banner-mutm-728x90

Share This Post

One Financial Markets

One Financial Markets akan berada di Kuala Lumpur 5-18hb February 2015

Semalam saya menerima email dari broker One Financial Markets yang mereka dan wakil mereka akan datang ke Malaysia pada 5hb Februari 2015 dan stay sehingga 18hb Feb 2015. Saya fikir, ini adalah peluang terbaik untuk berjumpa mereka. Kenapa kita perlu jumpa dengan Wakil Rasmi dari Forex Broker yang kita gunakan?

Pernah tak tanya diri sendiri, kadang-kadang deposit dan withdraw dah banyak dah dari satu-satu broker, tetapi kita tak pernah pun jumpa wakil rasmi mereka. Kita lantik mereka menguruskan transaksi trading kita, secure dana trading kita dan macam-macam lagi. Jadi waktu sebeginilah iaitu bila mereka ada trip to Malaysia, kita ambil peluang untuk berjumpa dan kenal ‘’orang-orang dalam’’ Forex broker yang kita guna. Jika ada apa-apa urusan akan jadi lebih mudah.

Yang ada fund besar-besar untuk trading, inilah masanya anda cuba dengan broker yang secure dan jumpa sendiri orang atasan pihak broker untuk tanya lebih lanjut, apa-apa sahaja tawaran dari pihak mereka untuk anda. Ini adalah supaya kita lebih yakin dalam trading kerana biarkan forex broker yang kukuh untuk jaga fund kita.

telegram-moshed

Bila dah jumpa baru kita yakin sedikit. Kita mesti ada seribu satu soalan yang nak tanya tentang realibility forex broker yang kita guna. Kekukuhan syarikat, rancangan masa depan, benefit yang boleh ditawarkan oleh pihak forex broker dan macam-macam lagi.

Inilah peluang terbaik. Bagi saya One Financial Markets memang mengambil berat tentang pelanggan-pelanggan mereka, sebab mereka adalah sebuah forex broker yang besar, Regulated di bawah FCA UK, bertapak di London, tetapi mengambil berat dan sanggup datang dari jauh untuk buat minggu bertemu pelanggan. Salute saya ucapkan kepada team One Financial Markets.

One Financial Markets juga mungkin membuka satu team khas sebagai wakil rasmi di Malaysia, dan sekarang sedang aktif mencari calon-calon yang layak. Jadi bagi mana-mana yang aktif terlibat dalam bidang Introducing Broker (IB) tu boleh jumpa mereka dan cuba bincang apa-apa peluang yang mereka akan tawarkan nanti.

Saya sendiri akan berjumpa mereka untuk bincangkan apa sahaja usaha mereka untuk cuba bantu forex-forex trader di Malaysia ini dalam memantapkan bidang forex trading dalam menyalurkan ilmu forex trading, mungkin adakan seminar percuma untuk forex trader Malaysia dan apa-apa sahajalah benefit untuk forex trader di Malaysia dalam segi ilmu. Saya cuba!

Jadi kepada yang nak jumpa dengan pihak One Financial Markets apabila mereka datang ke Malaysia, boleh terus email ke [email protected] – Boleh make appointment dan tetapkan hari yang available dan anda free untuk jumpa. Jangan risau, saya yakin Team One Financial pasti peramah dan mesra. 😀

Berikut saya sertakan Screenshot email mereka :

one-financial-markets-ke-malaysia-2015

 

one-financial-markets-ke-malaysia-2015-2

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register