banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

OPEC Tidak Akan Berdiam Diri!

OPEC Tidak Akan Berdiam Diri!

Harga minyak mentah merosot pada hari Rabu berikutan masalah lebihan global yang mula memberi kesan kepada pasaran.

WTI futures diniagakan pada $42.69 setong, menurun 9 sen dari nilai sebelum ini.

Sementara itu, Brent mentah antarabangsa juga merosot 5 sen dari sebelumnya.

Peniaga berkata, pasaran sedang terjejas dengan masalah lebihan bekalan minyak mentah dan produk tapisan. Pertemuan diantara pengeluar minyak yang mencadangkan kawalan harga juga tidak mungkin menyebabkan pengetatan pasaran yang ketara.

Menurut Bank ANZ, harga minyak akan turun lebih rendah dan rundingan untuk pembekuan pengeluaran oleh OPEC juga gagal memberi apa-apa impak kepada pelabur. Ramalan pengeluaran minyak Amerika Syarikat oleh EIA juga secara tidak langsung mempengaruhi sentimen pasaran. EIA menjangkakan bahawa output Amerika Syarikat bakal mencapai 8.31 juta tong sehari pada tahun 2017 nanti.

Di Venezuela, ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) giat mencadangkan pertemuan pertubuhan tersebut bagi menentukan hala tuju harga minyak.

Menteri Minyak Eulogio del Pino berkata, OPEC tidak boleh berdiam diri dan hanya melihat senario ini berterusan.

Dalam pertemuan terakhir pada bulan April lalu, pertubuhan tersebut membincangkan isu pengetatan bekalan minyak dan kenaikan harga, namun tidak mencapai apa-apa kata sepakat.

Anda peminat tegar McDonald dan KFC? Baca nasib 2 rangkaian restoran makanan segera ini di China dengan klik dipautan ini! 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register