Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Opss..Bank tertua Itali ini dalam bahaya!

Opss..Bank tertua Itali ini dalam bahaya!

Baru-baru ini, European Regulators telah membuat ujian untuk melihat kemampuan bank-bank di Eropah dalam mengatasi sebarang kemungkinan senario-senario yang mencabar.

Tujuan ujian ini dibuat adalah untuk memberi penyelia di dalam European Union (EU) penanda aras untuk menguji ketahanan kekuatan kewangan bank-bank ini.

Dalam 51 bank yang melalui uijian ini, didapati hanya bank Itali yang diasaskan pada tahun 1472 iaitu Banca Monte dei Paschi di Siena SpA sahaja yang telah kehilangan semua modal apabila diuji dengan senario paling mencabar.

Walaupun sekadar ujian sahaja, keputusan yang didapati menujukkan betapa bahayanya kedudukan Banca Monte dei Paschi di Siena SpA sekarang kerana jika senario yang tidak disangka betul-betul terjadi, bank ini akan berdepan dengan masalah yang agak besar.

Europe Bank Stress Test 2016

Berdasarkan ujian terhadap bank Monte Paschi, ukuran terhadap kemampuan buffer untuk menahan kerugian telah jatuh sehingga negatif 2.4% yang akhirnya telah menyebabkan kemelesetan teruk selama 3 tahun. Untuk pengetahuan, ratio minima adalah sebanyak 4.5%.

Bank Itali ini yang sudah pun diselamatkan oleh kerajaan Itali sebanyak dua kali sejak tahun 2009, bercadang untuk menjual sebanyak sekurang-kurang 5 bilion euro ($5.6 bilion) saham jika ia dapat melepaskan portfolio pinjaman tidak bagus untuk mereka.

Penjualan saham kali ini adalah 5 kali lebih tinggi daripada harga pasaran tetapi berdepan dengan kesukaran mencari pembeli bagi hutang-hutang mereka. Monte Paschi bercadang menjual 27.7 bilion euro portfolio pinjaman tidak bagus pada harga 9.2 bilion euro ataupun 33% daripada nilai harga keseluruhan.

Tindakan Monte Paschi dapat mengelakkan pemegang hutang bawahan dari terpaksa berkongsi kerugian jika kerajaan bertindak menyelamatkan bank sekali lagi.Tetapi, masih terdapat banyak ketidaktentuan di bahagian ekuiti akibat pencairan yang besar.

Jika Paschi berjaya dalam misi mendapatkan modal, kemungkinan besar bank akan mengekalkan paras modal dan pada masa sama mengurangkan kepada separuh pendedahan pinjaman yang tidak memberikan pulangan baik.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register