728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Inspirasi

“Pada Penghujung Hari, Apa Yang Kamu Lakukan Adalah Untuk Diri Kamu Sendiri!”

“Pada Penghujung Hari, Apa Yang Kamu Lakukan Adalah Untuk Diri Kamu Sendiri!”

Peminat filem Wolf of Wall Street pasti ingat satu scene yang mana boss kepada Leonardo DiCaprio di syarikat broker pertama iaitu Matthew McConaughey menepuk dada dan bersenandung di restoran.

Matthew merupakan seorang peminat tegar pasukan ragbi Texas Longhorns dan pada 2 tahun lepas, Matthew pergi menyaksikan latihan oleh pasukan itu.

Setibanya di sana, Matthew telah memberikan kata-kata semangat dan motivasi.

Katanya, “Saya telah menemui apa yang saya mampu buat yang terbaik iaitu menjadi seorang berlakon. Itupun setelah saya paksa diri saya untuk sentiasa berusaha menjadi seorang pelakon yang lebih baik dan saya yakin yang saya mampu menjadi yang terbaik.”

Tambahnya lagi :

“Ada daripada kamu bermain ragbi kerana minat. Ada daripada kamu bermain kerana duit. Ada daripada kamu bermain untuk abang dan ayah kamu. Ada juga yang bermain kerana jurulatih dan universiti. Tetapi pada penghujung hari, setiap daripada kamu tahu yang kamu betul-betul bermain untuk seorang sahaja.”

(Dan orang itu adalah diri kamu sendiri)

Sebelum mengakiri ucapannya, Matthew mengajak semua pemain pasukan itu untuk mendengarkan bunyi yang sama dilakonkan di dalam filem itu.

Video ucapan tersebut kami sertakan di bawah :

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register