Paderi Brunson Punca Ketegangan Amerika – Turki & Sentimen Berisiko

0 729

Pasaran agak berisiko sejak minggu lepas dengan isu terbaru perdagangan kini melibatkan Turki. Amerika Syarikat telah mengenakan tariff satu kali ganda terhadap import keluli dan aluminium daripada Turki sekaligus telah mencetuskan sentimen Risk-Off dalam pasaran. Pasaran melihat isu terbaru ini sebagai kesinambungan dalam perang dagang selepas Eropah, China, Kanada, Mexico dan beberapa negara lain dikenakan tariff dagangan.

Isu terbaru AS-Turki bukan sahaja menyebabkan sentimen berisiko, tetapi juga telah menyebabkan kejatuhan besar matawang Lira pada minggu ini.

Penganalisis percaya sebab utama kepada tindakan AS mengenakan tariff kepada Turki adalah berikutan keengganan Turki membebaskan seorang paderi yang berasal dari Amerika Syarikat.

Isu Paderi Brunson

Perkembangan terbaru menunjukkan, Mahkamah Turki pada Rabu menolak rayuan paderi Andrew Brunson yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau adalah pesalah yang dikenakan hukuman tahanan rumah disebabkan tindakan keganasan.

Peguam Brunson, Ismail Cem Halavurt memfailkan permohonan itu pada 14 Ogos selepas seminggu rayuan ditolak oleh Mahkamah di wilayah Barat, Izmir.

Brunson yang telah menetap di Turki sejak dua dekad yang lalu dituduh membantu penyokong Fethullah Gulen yang kini berada di Amerika Syarikat. Fethullah dituduh oleh pihak berkuasa Turki sebagai ‘mastermind’ kepada cubaan untuk merampas kuasa pada tahun 2016.

Fethullah juga didakwa menyokong Parti yang dianggap pengganas oleh kedua-dua Turki dan Amerika Syarikat sendiri. Penahanan Brunson telah menjadi faktor utama ketegangan AS-Turki yang membawa kepada sekatan ekonomi terhadap Turki.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa