Pair GBP/USD Dijangka Akan Terkesan Oleh Dua News Besar Malam Ini

0 1,367

Matawang Sterling (GBP) merudum dalam sesi Asia di mana pedagang sedang menunggu data inflasi dari Amerika Syarikat pada pukul 8.30 malam ini.

Laporan Bajet UK malam ini juga akan menjadi perhatian. Phillip Hammond (Menteri Kewangan UK) akan memberikan angka-angka penting tentang bajet kerajaan UK.

Pair GBP/USD tidak menentu dalam dagangan Asia, merosot dari paras tertinggi pada tahap 1.3912 dan kini didagangkan di paras 1.3893 setakat pada awal sesi Eropah. Pasaran pada hari Selasa mula rancak sebelum data CPI A.S diumumkan selepas pergerakan yang perlahan pada Isnin.

Sterling mula merosot pada ketika ini setakat pukul 4.23 petang dengan Laporan Belanjawan UK akan menjadi perhatian pada pukul 7.30 malam ini.Selepas itu, ia akan diikuti oleh angka CPI A.S pada 8:30 malam. Laporan bajet tersebut akan menyediakan pasaran tentang KDNK terkini dan ramalan aktiviti ekonomi untuk tahun fiskal menuju ke arah Brexit.

Kebimbangan Brexit yang berterusan banyak memberi kesan kepada matawang GBP kebelakangan ini. Tetapi dengan kemungkinan bahawa perjanjian EU-UK akan diumumkan pada akhir bulan ini, pedagang dan ahli perniagaan UK dilihat tidak terlalu bimbang seperti yang telah berlaku sebelum ini.

Selain daripada bajet kerajaan UK, tumpuan untuk pair GBP/USD juga akan tertumpu kepada data inflasi (CPI). Pasangan matawang ini membuat kenaikan pada Jumaat lepas, apabila data kadar gaji (average hourly earnings) meleset daripada jangkaan pasaran walaupun data tambahan pekerjaan (NFP) jauh lebih baik. Oleh itu, jika data inflasi (CPI) A.S. malam ini turut meleset dari jangkaan 0.2%, pair GBP/USD dijangka akan melonjak naik.

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa