728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Pakej Rangsangan Bank of Japan Akan Membawa Sorakan atau Kekecewaan?

Pakej Rangsangan Bank of Japan Akan Membawa Sorakan atau Kekecewaan?

Yen meningkat berbanding US Dollar pada hari Selasa berikutan spekulasi bahawa pakej rangsangan yang bakal diumumkan oleh BoJ bakal mengecewakan pasaran. Dalam waktu yang sama, pound juga menurun kerana jangkaan pemotongan kadar oleh Bank of England pada bulan depan.

US Dollar mencecah tahap terendah iaitu 104.10 berbanding yen dalam tempoh 14 Julai. Angka ini direkod selepas laporan media tempatan menunjukkan bahawa ransangan kerajaan ini tidak akan berjalan seperti yang direncanakan.

Para pelabur seolah-olah masih ragu-ragu dengan laporan Nikkei, bahawa kerajaan merancang penambahan perbelanjaan langsung kira-kira 6 trilion yen bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

US Dollar pula memanjat setinggi 107.49 minggu lalu berdasarkan jangkaan pelabur mengenai pakej rangsangan agresif oleh Tokyo.

Sementara itu, pound menurun berbanding US Dollar, dengan GBP/USD jatuh 0.4% setelah mencecah paras terendah, 1.3061. Hal ini berikutan jangkaan pemotongan kadar dari mesyuarat BoE pada akhir mesyuarat dasar yang akan datang.

Financial Times melaporkan, Martin Weale, ahli jawatankuasa kadar penetapan BoE telah menyuarakan penentangan beliau terhadap pelonggaran dasar.

US Dollar Index, kali terakhir dinilai pada 97.06, dirangsang oleh prospek dasar monetari yang berbeza antara Fed dan bank-bank pusat yang lain.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register