banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Pakej Rangsangan Ekonomi Jepun Memberikan Tekanan Buat Yen

Pakej Rangsangan Ekonomi Jepun Memberikan Tekanan Buat Yen

Yen jatuh menjelang Rabu kerana tekanan terhadap jangkaan rangsangan monetari yang besar oleh BoJ. Laporan media juga dikatakan bakal mengumumkan pakej rangsangan bernilai $255 bilion itu.

Kadar tukaran Yen dilihat tidak stabil akibat pelbagai reaksi pelabur yang terkesan daripada pakej rangsangan ekonomi Jepun terbabit.

Yen jatuh selepas Fuji TV berkata, Perdana Menteri Shinzo Abe telah merancang untuk mengumumkan perkara tersebut pada hari Rabu. Pakej itu dianggarkan bernilai 27 trilion yen.

Nilai ini merupakan lebih besar dari laporan yang dikeluarkan sebelum ini yang bernilai kira-kira 20 trilion yen.

“Ia dilihat bagus untuk ekuiti. Ia bagus untuk risiko,” kata Stephen Innes, Pelabur Kanan FX broker Oanda di Singapura.

Peningkatan dalam risiko sentimen dilihat sebagai negatif bagi matawang yen. Low-yielding currency kebiasaannya digunakan unutk membiayai pelaburan bagi menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Sementara itu, yen terus merosot selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa Jepun sedang mempertimbangkan mengeluarkan 50 tahun bon. Kemudian, kerugian terhadap matawang itu dapat dikurangkan selepas Kementerian Kewangan menafikan bahawa mereka sedang meneliti pengeluaran instrumen terbabit.

US Dollar kali terakhir dinilai pada 105.65 yen, meningkat 1% pada hari yang sama. Greenback pula meningkat sebanyak 1.8% kepada 106.54 yen pada hari Rabu.

Selain penelitian terhadap pakej ekonomi Jepun, fokus juga diberikan terhadap rancangan memperluaskan rangsangan monetari.

“Masih ada ruang kekecewaan dari BoJ,” kata Innes di Oanda.

“Pasaran benar-benar membina jangkaan. Kami telah melihat ini banyak kali sebelum ini. Jangkaan ini juga boleh berubah dengan cepat,” katanya lagi.

Kebanyakan peserta pasaran menjangkakan Bank of Japan akan mengumumkan lebih banyak langkah pelonggaran pada kajian dasar Jumaat ini. Ini juga termasuk mendalami kadar faedah negatif dan meningkatkan pembelian aset yang lebih berisiko seperti saham dan bon kerajaan.

Namun demikian, pada masa yang sama, ramai percaya bahawa apa-apa rangsangan tambahan tidak mungkin mencetuskan kejatuhan berterusan dalam yen. Hal ini kerana, matawang itu kekal mengukuh walaupun selepas keputusan mengejut dari BoJ pada Januari lepas, yang memperkenalkan kadar negatif. Disamping itu, US Dollar mengukuh berbanding matawang lain menjelang pengumuman dasar Fed pada hari Rabu.

Berbanding sekumpulan enam matawang utama, US Dollar meningkat 0.1% kepada 97.569

Data positif Amerika Syarikat telah meningkatkan jangkaan bahawa Fed bakal menaikkan kadar pada bulan Disember. Perkara ini secara langsung menambah tarikan relatif terhadap US Dollar.

Money market futures dinilai hampir 50% daripada kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Disember.

Dalam masa yang sama, euro meningkat 0.1% menjelang pengumuman Data Ekonomi Zon Euro pada hari Jumaat. Peningkatan turut dicatat terhadap inflasi harga pengguna dan pertumbuhan ekonomi.

Keputusan ujian tekanan bank yang akan dikeluarkan pada hari yang sama juga wajar diberi perhatian. Kesemua matawang dilapor bertumpu kepada lenders Itali, yang dilihat paling lemah kerana keuntungan yang rendah serta jumlah pinjaman tidak berbayar yang besar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register