728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 10 – 14 Aug 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Minggu pertama bulan Ogos memberikan gambaran bercampur-campur bagi mata wang, mencerminkan laporan NFP yang bercampur-campur. Ucapan Dennis Lockhart, ZEW Sentimen Ekonomi Jerman, data pekerjaan UK, Jualan runcit Amerika Syarikat, tuntutan pengangguran, data GDP Jerman, PPI AS, serta sentimen pengguna adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Laporan NFP menunjukkan kenaikan yang kukuh sebanyak 215,000 jawatan, menunjukkan sektor pekerjaan AS berada di landasan yang betul. Walaupun peningkatan pekerjaan lebih rendah daripada yang dijangkakan, ia telah diimbangkan dengan gaji yang normal, dan kadar pengangguran yang tidak berubah. Menurut sesetengah penganalisis, ini memberikan lampu hijau untuk Feds menaikkan “interest rate” pada bulan September.

Walau bagaimanapun, September bukanlah satu perkara yang pasti. Kadar inflasi yang rendah melembapkan pertumbuhan dan boleh menangguhkan Feds AS untuk membuat keputusan. Pada masa yang sama, Pound pula mendapat tamparan dari BOE, dan Aussie mendapat beberapa data positif serta Euro kekal stabil.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 12:25 Tengah Malam

Ucapan Dennis Lockhart:  Presiden Federal Reserve Bank of Atlanta, Dennis Lockhart akan berucap di Atlanta. Dengan menggesa Feds untuk menaikkan kadar, Lockhart memberikan tanda yang jelas bahawa Fed sedang bersedia untuk perubahan dasar. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Selasa, 5:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman:  Sentimen penganalisis Jerman lemah pada bulan Julai dari 31.5 kepada 29.7.  Bacaan itu lebih rendah daripada 30.6 yang dianggarkan oleh ahli ekonomi. Keadaan semasa meningkat kepada 63.9 mata daripada 62.9 mata pada Jun. Sentimen ekonomi menurun ke tahap yang paling rendah dalam lapan bulan, di tengah-tengah krisis hutang Greek dan lebih lemah daripada data industri yang dijangkakan. Sementara itu, sentimen ekonomi Euro-Zone jatuh ke tujuh bulan terendah 42.7 pada bulan Julai daripada 53.7 pada bulan Jun. Sentimen kali ini dijangka meningkat kepada 31.1 kali ini.

Rabu, 04:30 Petang

Data pekerjaan UK:  Bilangan orang yang menuntut faedah pengangguran pada bulan Jun meningkat sebanyak 7 ribu kepada 804,200, bertentangan dengan ramalan penganalisis daripada penurunan 8,900. Walau bagaimanapun, gaji terus meningkat. Purata pendapatan mingguan termasuk bonus meningkat pada kadar tahunan sebanyak 3.2% antara bulan April hingga Jun, dan sebanyak 2.8% bila tidak termasuk bonus, yang merupakan kadar terpantas dalam tempoh lima tahun. Kemunduran pada Jun mencadangkan pemulihan di UK masih rapuh dan banyak lagi langkah-langkah yang masih diperlukan untuk merangsang pertumbuhan. Bilangan pencari kerja dijangka berkembang sebanyak 2,100.

Rabu, 10:00 Malam

Laporan Kerja JOLTS:  Ini adalah data untuk bulan Jun, bertentangan dengan NFP Julai lalu. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kesan yang besar apabila Fed melihat keduanya dengan agak rapat. Selepas mencecah 5.36 juta pada bulan Mei, kenaikan kepada 5.42 juta adalah dalam jangkaan.

Khamis, 08:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit tidak disangka-sangka turun dalam bulan Jun di tengah-tengah kelembapan dalam pembelian kereta dan barangan lain. Jualan runcit menguncup 0.3% – bacaan yang paling teruk sejak Februari, selepas kenaikan disemak pada Mei sebanyak 1.0%. Tidak termasuk kereta, petrol, bahan binaan dan perkhidmatan makanan, jualan runcit menurun 0.1% selepas kenaikan 0.7% pada bulan Mei. Data lain yang mengecewakan seperti laporan pekerjaan Jun dan kejatuhan dalam keyakinan perniagaan mencadangkan pemulihan AS mungkin telah terhenti pada bulan Jun. Ini boleh memberi kesan kepada keputusan kenaikan “interest rate” Feds pada bulan September. Jualan runcit AS kali ini dijangka meningkat sebanyak 0.5%, manakala jualan teras dijangka menjadi 0.4% pada bulan Julai.

Tuntutan pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat sebanyak 3 ribu, setelah disesuaikan mengikut musim kepada 270 ribu minggu lalu.  Sementara itu, purata bergerak empat minggu bagi tuntutan baru menurun sebanyak 6,500 tuntutan kepada 268,250. Penganggur yang meneruskan tuntutan pengangguran jatuh sebanyak 14 ribu, setelah pelarasan bermusim kepada 2.26 juta pada minggu lepas. Jumlah tuntutan pengangguran kali ini dijangka mencecah 272 ribu.

Jumaat, 2:00 Petang

Data GDP Jerman:  Ekonomi Jerman berkembang 0.3% pada suku pertama selepas kenaikan 0.7% dalam tiga bulan sebelumnya. Penganalisis menjangkakan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 0.5%. Kelembapan dalam perdagangan global dan perbelanjaan pengguna yang lebih lemah, telah menyebabkan penurunan ini. Sementara itu, pertumbuhan Euro-Zone dipercepat lebih daripada yang dijangkakan pada suku pertama, meningkat 0.4% dengan Perancis mengatasi Jerman pada kadar pengembangan 0.6%. Jerman dijangka berkembang sebanyak 0.5% pada suku kedua.

Jumaat, 8:30 Malam

PPI AS:  Harga pengeluar AS meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Jun di tengah-tengah pemulihan harga petrol dan kenaikan barang-barang lain. Harga pengeluar meningkat 0.4% selepas kenaikan 0.5% pada bulan sebelumnya menunjukkan sektor pembuatan yang stabil dan inflasi yang semakin menguat. Dalam tempoh 12 bulan hingga Jun, PPI menurun 0.7% selepas jatuh 1.1% pada bulan Mei. Sementara itu, PPI teras meningkat 0.3% selepas penurunan 0.1% pada bulan sebelumnya. PPI dijangka meningkat sebanyak 0.1% pada kali ini.

Jumaat, 10:00 Malam

UoM Sentimen Pengguna AS:  Moral pengguna AS merosot lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Julai, jatuh kepada 93.3 daripada 96.1 pada bulan Jun. Bacaan itu di bawah ramalan pasaran sebanyak 96 mata. Pandangan Pengguna susut kepada 85.2 daripada 87.8 dari bulan sebelumnya. Jangkaan inflasi meningkat kepada 2.8% dari 2.7% pada sebelumnya, manakala prospek kajian inflasi 5 ke 10 tahun adalah pada kadar 2.7% daripada 2.6% pada bulan sebelumnya. Sentimen pengguna AS dijangka mencapai 93.5 pada bulan Ogos.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register