Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 11 – 15 Jan 2016

kalendar-ekonomi-moshedfx

Pasaran memulakan tahun baru 2016 dalam suasana muram, dan ini menyebabkan sentimen “risk-off””. Inventori minyak mentah AS, data pekerjaan Australia, keputusan kadar UK, jualan runcit Amerika Syarikat, harga pengeluar dan sentimen pengguna adalah tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Laporan NFP Jumaat lalu menunjukkan pertambahan pekerjaan yang luar biasa pada 292 ribu pada bulan Disember berbanding 203 ribu jangkaan dan angka 211 ribu pada sebelumnya juga disemak semula lebih tinggi kepada 252 ribu. Apa yang mengecewakan hanyalah gaji yang turun sedikit kepada sifar berbanding 0.2% jangkaan yang juga merupakan kenaikan pada bulan November.

Ini tidak banyak mengujakan pelabur, kerana kebimbangan mengenai China, kejatuhan berterusan harga minyak dan pelbagai kebimbangan geopolitik semuanya mencetuskan kerisauan dalam pasaran. Ini memberi manfaat kepada Euro dan Yen berbanding Dollar manakala mencederakan matawang yang lain. Adakah ini akan berterusan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Rabu, 11:30 Malam

Inventori Minyak Mentah AS:  Laporan petroleum mingguan menunjukkan inventori minyak mentah komersial AS berkurang sebanyak 5.1 juta tong, membawa jumlah inventori komersial kepada 482.3 juta tong. Ahli ekonomi menganggarkan peningkatan sebanyak 700 ribu tong. Pada masa yang sama, jumlah inventori petrol meningkat sebanyak 10.6 juta tong pada minggu lalu, bergerak kepada separuh atas dari julat purata lima tahun. Crude jatuh ke paras terendah yang dilihat pada tahun 2004, dan ini mencerminkan kebimbangan bukan sahaja bekalan yang berlebihan, tetapi juga permintaan yang rendah.

Khamis, 8:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Kadar pengangguran Australia menurun kepada 5.8% pada bulan November, di tengah-tengah pertambahan pekerjaan sebanyak 71,400 jawatan. Kadar pengangguran mencapai paras 20 bulan terendah. Bacaan itu adalah bercanggah dengan jangkaan penganalisis yang meramalkan kehilangan sebanyak 10 ribu peluang pekerjaan. Kadar penyertaan meningkat kepada 65.3% daripada 65% pada bulan Oktober. Pekerjaan sepenuh masa meningkat sebanyak 41,600 dan bilangan pekerjaan sambilan meningkat sebanyak 29,700. Angka pekerjaan menunjukkan tempoh dua bulan yang paling kuat dalam pertumbuhan pekerjaan, sejak Disember 1987 dan Januari 1988. Ekonomi Australia dijangka hilang 10,300 pekerjaan pada bulan Disember lalu, manakala kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.9%.

Khamis, 8:00 Malam

Keputusan Kadar UK:  Bank of England mengekalkan kadar pada 0.5% berikutan jangkaan bahawa inflasi akan kekal rendah selepas penurunan mendadak dalam harga minyak dan pertumbuhan upah yang tidak berubah. Pembuat dasar menganggarkan permintaan domestik kekal tidak berubah pada bulan November. BoE berkata dasar UK bergantung hanya kepada tinjauan inflasi dan tidak akan dipengaruhi oleh tindakan bank-bank pusat lain.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran turun kepada 277 ribu dari paras lima bulan tertinggi sebanyak 287 ribu tuntutan. Bacaan menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh, walaupun terdapat tanda-tanda kelemahan dalam pertumbuhan ekonomi pada suku keempat 2015. Penganalisis menjangka tuntutan mencapai 274 ribu. Purata bergerak empat minggu tuntutan jatuh 1,250 kepada 275,750 pada minggu lalu. Purata bergerak empat minggu tuntutan yang berterusan jatuh 4 ribu kepada 2.22 juta. Jumlah tuntutan bantuan pengangguran dijangka mencecah 278 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 9:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit meningkat 0.2% pada bulan November selepas meningkat 0.1% pada bulan sebelumnya. Bacaan itu adalah sejajar dengan unjuran pasaran. Walau bagaimanapun, jualan kereta lemah, jatuh 0.4% selepas penurunan 0.3% pada bulan sebelumnya. Tidak termasuk kenderaan, jualan teras meningkat 0.4% lebih kukuh dari ramalan kenaikan 0.3%. Perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi AS, perlahan pada September dan Oktober. Kelemahan tersebut datang walaupun pasaran buruh semakin kukuh, yang telah mula meningkatkan pendapatan isi rumah.

PPI AS:  Harga pengeluar AS meningkat 0.3% pada bulan November, walaupun trend inflasi adalah sederhana, dan lebih baik dari angka penurunan 0.4% pada bulan Oktober. Ahli ekonomi meramalkan bacaan yang tidak berubah. Tidak termasuk kategori makanan dan tenaga, harga teras meningkat 0.3%, manakala penganalisis menjangkakan kenaikan 0.2%. Harga pengeluar keseluruhan telah turun 1.1%, daripada setahun yang lalu, penurunan yang ke-10 berturut-turut. Harga teras meningkat 0.5% berbanding tahun lepas.

Jumaat, 11:00 Malam

UoM Sentimen Pengguna AS:  Bacaan akhir sentimen pengguna Universiti Michigan pada bulan Disember, dilaporkan pada 92.6 mata, lebih tinggi daripada bacaan pertama 91.8 mata, yang mencapai paras tertinggi sejak Julai tahun lalu. Pengguna lebih yakin dengan keadaan semasa kerana inflasi yang lebih rendah, yang meningkatkan pendapatan sebenar. Bagaimanapun, pengguna kurang yakin tentang keadaan masa depan mereka. Sentimen pengguna dijangka lebih tinggi dengan bacaan 93 mata pada kali ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register