728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 11 – 15 Mei 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Pasaran Forex telah menyaksikan minggu yang bergelora, di mana USD mengalami kejatuhan tetapi berjaya pulih kemudiannya. GDP Jerman, data pasaran pekerjaan UK, ucapan Mark Carney dan data pengguna AS adalah berita-berita utama dalam kalendar Forex untuk minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Laporan Non Farm Payroll (NFP) Amerika Syarikat menunjukkan 223 ribu pekerjaan telah ditambah pada bulan April, pulih daripada laporan yang mengecewakan pada bulan Mac. Butir-butir terperinci laporan adalah bercampur-campur, tetapi terdapat lebih sedikit positif daripada negatif. Euro melonjak naik kepada paras terakhir yang dilihat pada bulan Februari lalu, namun kemudiannya berundur.

Di UK, Parti Konservatif memenangi majoriti mutlak, kesan yang terbaik untuk pasaran, dan Pound melonjak di atas kejutan ini. Dolar Australia mengalami penurunan “interest rate” tetapi dijangka tiada penurunan lagi dalam masa terdekat dan ini suatu tindak balas yang positif untuk AUD|USD. Loonie membuat beberapa lonjakan yang baik dengan minyak mentah, tetapi didapati sukar untuk mengekalkan momentum.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 7:00 Malam

“Interest Rate” UK:  Bank of England mengekalkan kadar pinjaman penanda arasnya pada paras terendah iaitu 0.50% pada bulan April, berikutan inflasi yang dijangka terus lemah. Ekonomi Britain makmur pada tahun 2014 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 3%. Walaupun mengalami permulaan yang perlahan pada 2015, pertumbuhan dijangka meningkat pada bulan-bulan yang mendatang. Kejatuhan mendadak inflasi juga, kebanyakannya dikaitkan dengan kemerosotan harga minyak global. BoE meramalkan inflasi bakal mencapai 2% dalam masa dua tahun akan terus mengeluarkan £375 bilion bon kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi UK. Tiada perubahan dijangka buat masa ini.

Rabu, 5:00 Pagi

Ucapan Gabenor RBNZ:  Gabenor Reserve Bank of New Zealand Graeme Wheeler akan mengadakan sidang akhbar di Wellington berikutan pelancaran Laporan Kestabilan Kewangan. Dalam mesyuarat dasar monetari yang lalu, Wheeler berkata ketidaktentuan wujud di Eropah, China dan Australia, walaupun pertumbuhan global perlu dirangsang ekoran kejatuhan harga minyak dunia. Beliau juga berkata bahawa ekonomi New Zealand dijangka terus berkembang pada kadar tahunan sekitar 3%, disokong oleh kadar faedah yang rendah, kadar imigresen dan kegiatan pembinaan yang tinggi dan kejatuhan harga bahan api.

Rabu, 2:00 Petang

GDP Jerman:  Ekonomi Jerman berkembang lebih daripada yang dijangkakan pada suku keempat 2014. GDP berkembang sebanyak 0.7% hasil daripada rangsangan permintaan dalam negeri. Penganalisis menjangkakan kadar pertumbuhan yang lebih rendah sebanyak 0.3%. Ekonomi Eropah terus berkembang apabila inflasi yang rendah meningkatkan permintaan dan gaji pekerja meningkat pada kadar yang sihat sebanyak 2.8% pada tahun 2014. Tambahan pula, kerana “interest rate” untuk deposit simpanan telah menghampiri wilayah negatif, rakyat melihat tiada sebab untuk menyimpan. Pertumbuhan GDP dijangka mencapai 0.5%.

Rabu, 4:30 Petang

Pasaran pekerjaan UK:  Tuntutan pengangguran UK jatuh ke tahap yang paling rendah dalam masa empat puluh tahun, mengurang sebanyak 20,700 pada bulan Mac kepada 772,400 – paling rendah sejak tahun 1975. Kenaikan gaji amat dirasai kerana inflasi sifar. Pendapatan isi rumah dijangka kukuh pada tahun 2015. Peningkatan gaji tahunan tidak termasuk bonus meningkat daripada 1.6% – pada bulan Februari sahaja, gaji meningkat 2.2% dari tahun sebelumnya, selepas 1.6% pada bulan Januari, merupakan peningkatan yang tertinggi sejak 2011. Bilangan pekerjaan yang ada meningkat kepada 743 ribu pada suku pertama, yang tertinggi sejak rekod perbandingan bermula pada tahun 2001. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka menurun sebanyak 20,100.

Rabu, 5:30 Petang

Ucapan Gabenor BoE:  Gabenor BoE Mark Carney akan berucap di London mengenai Laporan Inflasi. Carney berkata pembuat dasar tidak boleh menentang tempoh semasa inflasi yang rendah, dengan menambah rangsangan ke dalam ekonomi, kerana kejatuhan ini adalah bersifat sementara dan berkaitan dengan kejatuhan harga minyak.

Rabu, 8:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit AS meningkat Mac lalu, buat kali pertama sejak November dengan peningkatan sebanyak 0.9% berbanding penurunan 0.6% pada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi menjangka kenaikan yang lebih tinggi sebanyak 1.1%. Pengguna menambah pembelian kereta dan barang-barang lain, sekaligus ianya menunjukkan kelembapan pada suku pertama adalah bersifat sementara. Pada masa yang sama, jualan runcit teras yang tidak termasuk kenderaan, meningkat sebanyak 0.4% dengan pelarasan musim pada bulan Mac, sedikit lemah daripada 0.6% yang diramalkan. Penganalisis menjangkakan jualan runcit meningkat 0.3% dan jualan teras naik 0.4%.

Khamis, 8:30 Malam

PPI AS:  Harga pengeluar (Producer Price Index) AS meningkat 0.2% pada Mac lalu selepas empat bulan penurunan berturut-turut yang menunjukkan tanda-tanda pengukuhan inflasi asas. Penganalisis meramalkan PPI untuk mencapai 0.3% selepas jatuh 0.5% pada bulan Februari. Harga bahan api telah stabil, tetapi permintaan global yang lemah boleh menyebabkan inflasi yang rendah untuk tempoh yang lebih lama. Oleh kerana tahap inflasi yang rendah, kebanyakan penganalisis mengurangkan harapan mereka untuk kenaikan “interest rate” oleh Feds. Harga pengeluar diramalkan meningkat 0.1% pada bulan April.

Khamis, 08:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk faedah pengangguran meningkat dengan hanya 3000 pada minggu lepas untuk menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 265 ribu; sekaligus mengesahkan trend yang positif dalam pasaran buruh AS. Angka-angka pekerjaan yang menggalakkan terus meningkat walaupun terdapat penurunan sementara dalam pertumbuhan ekonomi. Penganalisis menjangka tuntutan pengangguran bakal mencapai 277 ribu. Purata bergerak empat minggu, jatuh sebanyak 4250 kepada 279,500 – yang paling rendah sejak Mei 2000. Jumlah tuntutan pengangguran baru diramal akan mencapai 271 ribu.

Jumaat, jam 10:00 Malam

Sentimen Pengguna UOM AS:  Keyakinan pengguna Amerika Syarikat meningkat pada bulan April kepada 95.9 berbanding jangkaan ahli ekonomi yang meramalkan kenaikan kecil sahaja sebanyak 93.8 dan ini sudah semestinya jauh lebih baik daripada 93 pada Mac; selepas dua bulan penurunan berturut-turut . Oleh kerana pertumbuhan ekonomi dijangka meningkat pada suku kedua, sentimen dan perbelanjaan pengguna seharusnya menyusul. Sentimen pengguna diramal akan meningkat lagi kepada 96.5 kali ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register