Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 12 – 16 Okt 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar Amerika Syarikat dan Yen Jepun berada di belakang dalam seminggu yang menyaksikan pasaran yang berselera untuk risiko. Data inflasi AS dan UK, data pekerjaan Australia dan UK, serta jualan runcit dan sentimen pengguna Amerika Syarikat adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

FOMC mengeluarkan minit mesyuarat penting bagi bulan September, di mana ahli-ahli majlis membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dana Federal Reserve. Pembuat dasar mengakui bahawa pasaran buruh telah meningkat sepanjang tahun ini, semakin hampir kepada anggaran yang disasarkan bagi jangka panjang. Mengenai inflasi, ahli FOMC menyatakan bahawa inflasi yang rendah akan bertambah baik dalam tempoh terdekat, dan akan kembali ke tahap normal dalam jangka masa sederhana.

Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen berkata Feds telah memutuskan untuk menahan kenaikan kadar pada bulan September, tetapi menjangka langkah itu akan berakhir tahun ini. Di pasaran lain, kenaikan harga komoditi pasti membantu mata wang komoditi bersinar, dengan minyak yang menolak loonie kepada paras lebih tinggi, tembaga membantu Aussie dan susu pula membantu kiwi. Euro akhirnya menyertai kenaikan tersebut dan mengatasi rintangan ‘downtrend’.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 4:30 Petang

Data Inflasi UK:  Inflasi di UK jatuh kembali ke 0% pada bulan Ogos disebabkan oleh kenaikan yang lebih kecil dalam harga pakaian, dan harga bahan api yang lebih murah. Harga minyak mentah turun kepada paras enam setengah tahun terendah sekitar $42.50 setong. Sementara itu inflasi teras lemah kepada 1.0%, tidak meninggalkan sebarang ruang untuk kenaikan kadar pada masa akan datang. Penganalisis menjangkakan Bank of England akan mula menaikkan kadar pada suku pertama tahun 2016. Kadar inflasi dijangka kekal mendatar masa ini.

Selasa, 5:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman: Sentimen ekonomi Jerman menjunam pada September kepada paras terendah dalam tempoh 10 bulan, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dalam negara yang sedang pesat membangun, terutama China. Indeks jatuh untuk bulan keenam berturut-turut, kepada 12.1 pada September daripada 25.0 pada bulan Ogos. Ahli ekonomi meramalkan penurunan kepada 18.3. Keadaan semasa kekal positif, meningkat kepada 67.5 daripada 54.7, pada bulan sebelumnya. Penganalisis meramalkan sentimen ekonomi akan menurun lagi kepada 6.8 pada bulan Oktober.

Rabu, 4:30 Petang

Data Pekerjaan UK:  Bilangan orang yang menuntut bantuan pengangguran meningkat sebanyak 1,200 pada bulan Ogos. Kadar pemohon bantuan kekal tidak berubah pada 2.3% – kadar terendah sejak Februari 1975. Upah terus meningkat, dengan gaji tidak termasuk bonus meningkat sebanyak 2.9% dan, gaji termasuk bonus juga melebihi anggaran, meningkat sebanyak 2.9%. Angka yang memberangsangkan ini boleh mendorong Bank of England untuk menaikkan kadar pada suku pertama tahun 2016. Bilangan penganggur baru dijangka merosot sebanyak 2,300

Rabu, 8:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit di Amerika Syarikat meningkat 0.2% pada bulan Ogos diikuti kenaikan selepas semakan semula sebanyak 0.7% pada bulan Julai. Ahli ekonomi meramalkan kenaikan 0.3%. Walau bagaimanapun, ditengah-tengah kegawatan pasaran saham, pengguna terus membelanjakan penjimatan daripada harga tenaga yang murah. Tambahan pula, peningkatan yang berterusan dalam pasaran pekerjaan, termasuk kenaikan gaji juga, telah meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Jualan runcit tidak termasuk kereta meningkat 0.1% pada bulan Ogos selepas mara 0.6% pada bulan sebelumnya. Penganalisis menjangkakan kenaikan 0.2%. Jualan runcit dijangka meningkat 0.2% manakala jualan teras diramalkan merosot sebanyak 0.1%.

PPI AS:  Harga pengeluar AS tidak berubah pada bulan Ogos, menunjukkan tekanan inflasi yang lemah. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan negatif 0.1%. Bacaan ini adalah selepas kenaikan 0.2% pada bulan Julai. Harga minyak mentah yang lebih rendah terus memberi tekanan kepada harga pengeluar. Dalam tempoh 12 bulan hingga Ogos, PPI menurun 0.8% selepas penurunan yang sama pada bulan Julai. Ia adalah penurunan 12 bulan berturut-turut yang ketujuh dalam indeks. Harga pengeluar dijangka merosot sebanyak 0.2% pada bulan September.

Khamis, 8:30 Pagi

Data pekerjaan Australia: Ekonomi Australia menambah 17,400 pekerjaan baru pada bulan Ogos, melebihi ramalan pertambahan sebanyak 5,200. Pekerjaan yang menambah itu mengurangkan bilangan penganggur sebanyak 14,400. Walaupun turun naik bulan demi bulan, tambahan sebanyak 60 ribu jawatan telah didaftarkan dalam tempoh tiga bulan lepas; sekaligus menunjukkan trend pertumbuhan dalam pasaran buruh Australia. Pasaran kerja Australia dijangka menambah 7,200 jawatan, manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada 6.2%.

Khamis, 8:30 Malam

Data Inflasi AS:  Tekanan inflasi AS kekal rendah, jatuh sedikit lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Ogos. Indeks harga pengguna menguncup 0.1% berikutan kenaikan Julai lalu sebanyak 0.1%. Penganalisis menjangka bacaan yang tidak berubah. Pada asas tahunan, inflasi kekal positif, meningkat 0.2%, seperti dalam bulan sebelumnya. Kejatuhan harga tenaga terus menerajui data inflasi yang lemah. Sementara itu, CPI tidak termasuk harga tenaga dan makanan, meningkat 0.1%, selepas kenaikan Julai lalu sebanyak 0.1%, sejajar dengan ramalan pasaran.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan permohonan awal untuk bantuan pengangguran, merosot lebih daripada yang dijangkakan minggu lalu, mencapai 263 ribu – berhampiran paras 42 tahun terendah. Penurunan 13 ribu menyediakan tanda positif untuk pasaran buruh selepas angka gaji suram yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. Ia juga adalah minggu ke 31 berturut-turut yang kekal di bawah ambang 300 ribu; sekaligus menunjukkan pasaran buruh yang kuat. Purata bergerak tuntutan bagi empat minggu, menurun 3 ribu menjadikannya 267,500. Jumlah tuntutan pengangguran AS dijangka mencecah 269 ribu pada minggu ini.

Khamis, 10:00 Malam

Indeks Philly Fed Manufacturing AS:  Aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan di kawasan Philadelphia, hilang momentum pada bulan September, jatuh ke dalam wilayah negatif, mencapai -6. Bacaan adalah jauh lebih teruk daripada jangkaan awal dan datang selepas bacaan 8.3 pada bulan Ogos. Walaupun angka itu suram, indeks bagi pesanan baru meningkat kepada 9.4 daripada bacaan 5.8 pada sebelumnya dan indeks pekerjaan meningkat kepada 10.2, dari bacaan 5.3 pada Ogos lalu. Ahli ekonomi percaya bacaan September telah didorong oleh sentimen yang menunjukkan gangguan sementara. Indeks Philly Fed Manufacturing dijangka mencapai -1.8 pada bulan Oktober.

Jumaat, 10:00 Malam

UoM Sentimen Pengguna AS:  Sentimen pengguna AS menjunam kepada 87.2 pada September selepas 91.9 pada bulan sebelumnya. Ini adalah bacaan yang paling rendah dalam setahun, menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang sederhana. Pertumbuhan di luar negara yang lebih lemah dijangka akan memberi kesan kepada ekonomi Amerika Syarikat. Keadaan semasa serta prospek masa depan juga telah merosot. Namun, sentimen pengguna menurut kajian University of Michigan dijangka bertambah baik pada bulan Oktober dengan jangkaan 88.8.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register