728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 14 – 18 Dec 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS telah tertekan berbanding kebanyakan mata wang, dalam seminggu lepas yang menyaksikan pasaran saham dan komoditi yang tidak menentu. Dalam agenda minggu ini, sentimen ekonomi Jerman, data pekerjaan UK, data perumahan dan inflasi AS, dan keputusan FOMC yang dijangka mencatat sejarah adalah merupakan tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Keyakinan pengguna AS meningkat semula, meningkat kepada 91.8 pada bulan Disember – tahap tertinggi dalam tempoh empat bulan, berikutan pandangan positif pada kewangan isi rumah dan perbelanjaan pengguna. Syarat untuk pembelian rumah telah dinilai secara positif oleh 81% daripada semua pengguna. Ini membantu Dollar AS pulih dalam seminggu yang menyaksikan ia kehilangan momentum.

Euro masih menikmati kesan mengejut dari keputusan ECB, Aussie pula menikmati data pekerjaan yang baik, serta NZD dengan kadar yang turun bersama ekonomi yang positif.  Tidak ketinggalan Yen yang telah dikuasakan oleh aliran ‘safe-haven’. Yang malang adalah penjualan minyak yang berterusan, menyebabkan CAD terus lemah. Harga dasar untuk minyak masih sukar difahami.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 5:30 Petang

Data Inflasi UK:  Inflasi UK adalah negatif untuk bulan kedua berturut-turut pada Oktober, mencapai -0.1%. Harga pakaian adalah penyumbang terbesar kepada inflasi, tetapi harga makanan yang turun mengimbangi kenaikan harga ini. Inflasi yang lemah mencadangkan jawatankuasa dasar kewangan Inggeris tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar buat masa terdekat. Kenaikan  inflasi sebanyak 0.1% dijangka masa ini.

Selasa, 6:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman:  Sentimen ekonomi Jerman meningkat pada November, selepas penurunan selama tujuh bulan; sekaligus menunjukkan momentum seakan sedang diperbaharui. Indeks meningkat kepada 10.4 mata daripada 1.9 mata pada Oktober, tetapi masih kekal di bawah paras purata sebanyak 24.8 mata. Pakar ekonomi menjangkakan indeks meningkat kepada 6.7 mata. Pandangan telah bertambah baik dan penggunaan domestik yang semakin meningkat, bersama-sama dengan peningkatan yang berterusan dalam ekonomi Amerika Syarikat ; dijangka akan meningkatkan pertumbuhan pada bulan-bulan akan datang. Sentimen ekonomi Jerman dijangka mencapai 15.2 mata pada bulan Disember.

Selasa, 9:30 Malam

Data AS inflasi:  Harga pengguna AS meningkat 0.2% pada Oktober lalu, selepas jatuh selama dua bulan berturut-turut. Kenaikan harga petrol dan pelbagai barangan lain, telah menyebabkan peningkatan sederhana dalam CPI. Bacaan itu adalah sejajar dengan unjuran pasaran. Sementara itu, CPI teras yang tidak termasuk kos makanan dan tenaga, yang dipantau dengan rapi oleh Federal Reserve AS, juga meningkat 0.2% selepas kenaikan yang sama pada bulan sebelumnya. Ini adalah tanda positif untuk bulan-bulan akan datang. CPI dijangka kekal mendatar manakala CPI teras dijangka meningkat 0.2%.

Rabu, 5:30 Petang

Data Pekerjaan UK:  Pemohan bantuan pengangguran UK meningkat sebanyak 500 hingga 3,300 orang pada bulan Oktober, mengatasi jangkaan kenaikan 1,600 orang yang dianggarkan. Kadar Pengangguran UK menurun tanpa dijangka, daripada 5.4% kepada 5.3% pada bulan September lalu, manakala penganalisis menganggarkan tiada perubahan. Pemohon dijangka meningkat seramai 900 masa ini.

Rabu, 9:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Permohonan baru bagi permit bangunan meningkat 4.1% kepada kadar tahunan yang disesuaikan mengikut musim, sebanyak 1.15 juta unit. Permit keluarga tunggal meningkat kepada paras tertinggi sejak Disember 2007. Pakar ekonomi menjangka bacaan yang sama. Data perumahan secara keseluruhannya menunjukkan pasaran telah meningkat pada tahun ini, tetapi masih di bawah paras sebelum kemelesetan. Bilangan permit bangunan dijangka meningkat kepada 1.16 juta pada November.

Khamis, 3:00 Pagi dengan sidang media pada 3:30 Pagi

Keputusan Kadar FOMC AS:  Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen berkata beliau “tidak sabar” dengan kadar AS, sambil mencatatkan bahawa kenaikan ini akan membuktikan bahawa ekonomi AS telah pulih daripada kemelesetan. Majoriti pembuat dasar percaya bahawa kenaikan kadar pertama dalam hampir satu dekad, akan diumumkan pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini. Perbelanjaan pengguna AS yang kukuh dan prospek inflasi yang dijangka meningkat semula pada tahun depan; selepas tekanan daripada dengan dolar yang kukuh dan harga tenaga yang rendah mula pudar. Data NFP yang positif baru-baru ini, seolah-olah telah menjamin kenaikan. Feds dijangka menaikkan kadar daripada 0.25% kepada 0.50% dan ia akan menjadi kenaikan pertama sejak 2006.

Khamis, 5:45 Pagi

GDP NZ:  Pertumbuhan ekonomi New Zealand berkembang kurang dari jangkaan pada suku kedua, meningkat 0.4% selepas penurunan dalam sektor pembuatan dan pembinaan kediaman, yang mengimbangi pemulihan dalam pengeluaran sektor perladangan. Penganalisis ekonomi menjangkakan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 0.5%. Pertumbuhan tahunan perlahan dari 2.7% yang dikemaskini pada suku pertama. Kejatuhan harga eksport, kurang pelaburan dan permintaan yang lemah, telah membantutkan pertumbuhan ekonomi NZ.

Khamis, 5:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen perniagaan Jerman meningkat kepada 109 mata pada bulan November, selepas 108.2 mata pada bulan sebelumnya. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan 108.3 mata. Indeks pandangan ekonomi masa depan meningkat kepada 104.7 mata berbanding 103.9 mata pada bulan Oktober dan indeks penilaian semasa meningkat kepada 113.4 mata daripada semakan semula 112.7 mata pada bulan Oktober. Iklim perniagaan Jerman dijangka terus meningkat kepada 109.2 mata pada bulan Disember.

Khamis, 9:30 Malam

Indeks Pembuatan Philly Feds AS:  Indeks pembuatan Federal Reserve Philadelphia meningkat daripada -4.5 mata pada bulan Oktober kepada 1.9 mata pada bulan November – kembali ke zon positif buat kali pertama dalam tempoh dua bulan. Bacaan adalah lebih tinggi daripada -0.8 mata yang diramalkan. Walau bagaimanapun, pesanan baru dan penghantaran masih kekal negatif manakala bilangan pekerja meningkat kepada 2.6 mata selepas -1.7 mata pada bulan sebelumnya. Indeks Philly dijangka mencecah 2.1 mata pada kali ini.

Tuntutan Pengangguran AS:  Minggu lepas, bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat ke paras tertinggi dalam lima bulan – sebanyak 282 ribu pemohon. Walau bagaimanapun, trend asas masih kekal positif. Laporan tidak mengubah pandangan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar minggu ini, kerana tuntutan pengangguran cenderung untuk menjadi tidak menentu. Purata bergerak tuntutan empat minggu meningkat 1,500 kepada 270,750 pada minggu lepas. Tuntutan terkumpul masih kekal di bawah tahap 300 ribu selama 40 minggu berturut-turut. Ini adalah tempoh yang paling lama sejak awal 1970-an. Jumlah tuntutan pengangguran dianggarkan mencecah 271 ribu pada kali ini.

Jumaat

Keputusan Kadar Jepun:  Bank of Japan mengekalkan dasar monetari tidak berubah, walaupun dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk. Walau bagaimanapun, pembuat dasar BoJ terus berhujah bahawa pemulihan masih berada di landasan yang betul. BoJ memberi isyarat bahawa ia akan mengekalkan dasar sehingga inflasi kembali ke sasaran. Keputusan itu dibuat selepas Jepun mencatatkan lebihan dagangan sebanyak ¥111 bilion yang tidak dijangka bagi bulan Oktober; sekaligus menunjukkan pemulihan ekonomi dari kejatuhan harga minyak. Walau bagaimanapun, eksport turun 2.1% disebabkan oleh kelembapan di China.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register