Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 14 – 18 Mac 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 14 – 18 Mac 2016

Pengumuman besar ECB tidak menerima kejatuhan yang dikehendaki dalam Euro dan Dollar AS kehilangan sokongan dalam minggu yang menarik. Keputusan kadar di Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland; data pekerjaan dari UK, Amerika Syarikat dan Australia; angka inflasi, pembuatan dan sentimen pengguna Amerika Syarikat dilihat bakal menjadi pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Bank Pusat Eropah menggunakan setiap kaedah yang ada untuk mengelakkan perangkap berbahaya deflasi dalam mesyuarat kadar bulanan. Presiden ECB Mario Draghi mengurangkan kadar deposit sebanyak 10 mata asas kepada paras terendah iaitu -0.4%; meningkatkan kadar pelonggaran kuantitatif dari €60 bilion kepada €80 bilion sebulan; bank-bank menawarkan pinjaman empat tahun tanpa had pada kos hampir sifar untuk mengimbangi kesan-kesan sampingan kadar negatif yang memudaratkan.

Euro pada mulanya menurun tetapi hanya selama sejam, sehingga Draghi membuat kesalahan dengan mengatakan tiada tindakan lanjut selepas ini.  Di tempat lain, harga minyak yang lebih tinggi menyumbang kepada suasana pasaran yang lebih baik walaupun data China bercampur-campur. Tumpuan kini kembali ke Amerika Syarikat.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa

Keputusan Kadar Jepun:  Bank of Japan mengejutkan pasaran kewangan dengan mengguna pakai kadar negatif buat kali pertama dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. BoJ memutuskan untuk melaksanakan kadar negatif 0.1% dan caj untuk bank menyimpan wang mereka yang berlebihan. Penganalisis tidak menjangka langkah ini. BoJ juga mengekalkan program pembelian bon kerajaan. BoJ berkata ekonomi pulih sederhana dan terdapat peningkatan dalam tekanan inflasi. Terdapat banyak ketidakpastian tentang keputusan ini. Dalam satu aspek, Kuroda mempunyai lebih kelonggaran untuk bertindak selepas langkah Draghi. Sebaliknya, keberkesanan langkah sedemikian adalah terhad.

Selasa, 8:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Perbelanjaan pengguna AS meningkat lebih daripada ramalan pada awal tahun ini, meningkat 0.2% selepas kenaikan 0.2% yang disemak semula pada bulan Disember. Jualan meningkat 3.4% berbanding Januari 2015. Tambahan pula, jualan runcit teras – tidak termasuk jualan kereta – meningkat 0.1%, berbanding dengan bacaan rata yang dijangka oleh ahli ekonomi. Jualan runcit mendapat manfaat daripada penurunan harga petrol. Angka-angka jualan yang positif meredakan kebimbangan kemelesetan, tetapi tidak cukup kuat untuk satu lagi keputusan kenaikan kadar Feds. Jualan runcit dijangka merosot 0.1% manakala jualan teras diramalkan jatuh 0.2%.

PPI AS:  Harga pengeluar AS meningkat tanpa dijangka pada Januari walaupun harga tenaga lebih rendah. Indeks harga pengeluar meningkat sebanyak 0.1% selepas jatuh 0.2% pada bulan sebelumnya. Penganalisis menjangka indeks menurun 0.2%. Indeks permintaan perkhidmatan meningkat 0.5%. Margin untuk jentera dan peralatan melonjak 4%. Namun di sebalik kenaikan kos perkhidmatan, penurunan harga minyak dan Dollar yang lebih kukuh terus memberi tekanan kepada harga borong. Ahli ekonomi menjangkakan harga pengeluar menurun 0.1% buat masa ini.

Rabu, 5:30 Petang

Data Pekerjaan UK:  Bilangan rakyat UK yang menuntut bantuan pengangguran menjunam sebanyak 14,800 pada Januari kepada paras terendah sejak tahun 1975. Bacaan tersebut mengejutkan penganalisis yang meramalkan penurunan lebih kecil sebanyak 2,900 pemohon. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran mengecewakan kerana kekal pada 5.1%, manakala penganalisis menjangkakan penurunan kepada 5.0%. Jumlah tuntutan pengangguran UK dianggarkan merosot sebanyak 9 ribu pada bulan Februari.

Rabu, 8:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Bilangan permit bangunan AS menurun 0.2% kepada 1.202 juta unit pada bulan Januari. Permit untuk pembinaan rumah-rumah keluarga tunggal jatuh 1.6% dan permit bangunan berbilang keluarga meningkat 2.1%. Pembinaan perumahan jatuh di tengah-tengah cuaca buruk, yang mengganggu projek pembinaan di beberapa bahagian negara ini. Perumahan keluarga tunggal, segmen terbesar pasaran, jatuh 3.9%. Bilangan permit bangunan dijangka kekal sekitar 1.2 juta.

Data Inflasi AS:  Indeks Harga Pengguna (CPI), tidak termasuk makanan dan tenaga, meningkat paling tinggi dalam hampir 4-1/2 tahun pada bulan Januari lalu, tengah-tengah kenaikan sewa dan kos penjagaan kesihatan. Bacaan tersebut mengatasi jangkaan para penganalisis untuk kenaikan 0.2% dan berikutan peningkatan 0.1% pada bulan sebelumnya. Sementara itu CPI keseluruhan kekal tidak berubah selepas jatuh 0.1% pada bulan Disember. Kenaikan CPI teras bersama-sama dengan peningkatan yang berterusan dalam pasaran pekerjaan, mencadangkan kenaikan kadar pada bulan-bulan akan datang. Inflasi diramalkan menurun 0.2% manakala inflasi teras dijangka meningkat 0.1%.

Khamis, 2:00 Pagi

Keputusan Kadar AS:  Federal Reserve AS mengekalkan kadar pada bulan Januari, menyatakan ia “memantau” perkembangan ekonomi dan kewangan global, sebelum membuat keputusan mengenai kenaikan kadar pada tahun ini. Keputusan itu selaras dengan ramalan pasaran. Pegawai-pegawai Feds berkata ekonomi berkembang secara sederhana dengan pasaran pekerjaan yang lebih kukuh. Kebimbangan terletak di atas perkembangan ekonomi dan kewangan global, dan kesannya kepada pasaran buruh dan inflasi AS. Ahli ekonomi menjangkakan kenaikan kadar 25 mata asas pada 2016, mungkin pada bulan Julai. Tiada perubahan dijangka sekarang, tetapi ramalan yang dikemaskini dan sidang akhbar menjanjikan reaksi pasaran.

Khamis, 5:45 Pagi

KDNK (GDP) New Zealand:  Ekonomi New Zealand berkembang lebih daripada ramalan pada suku ketiga, meningkat 0.9% daripada 0.4% pada suku kedua 2015. Kadar pertumbuhan suku ketiga melebihi ramalan pada 0.8%. Reserve Bank of New Zealand menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas dan inflasi yang lebih tinggi pada tahun ini. Rangsangan pertumbuhan adalah disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan oleh pelancong dan perdagangan runcit. Pertumbuhan New Zealand dijangka mencapai 0.7% pada suku keempat tahun 2015.

Khamis, 8:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Pasaran pekerjaan Australia kehilangan 7,900 pekerjaan pada bulan Januari, meleset dari jangkaan pertambahan sebanyak 13 ribu pekerjaan. Kerja sepenuh masa menurun sebanyak 40,600, manakala kerja sambilan meningkat sebanyak 32,700. Kadar pengangguran di Australia meningkat kepada 6% daripada 5.8% – tahap tertinggi yang dicatatkan sejak September 2015. Kadar penyertaan kekal stabil pada 65.2%. Walau bagaimanapun, prospek pasaran buruh kekal positif. Ahli ekonomi percaya Australia tidak mungkin menghadapi kemelesetan pada 2016, tetapi pendapatan negara yang lemah menimbulkan risiko kepada ekonomi. Pasaran pekerjaan Australia dijangka menambah 12,300 pekerjaan pada Februari manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada 6%.

Khamis, 4:30 Petang

Keputusan Kadar Switzerland:  Bank Pusat Switzerland mengekalkan kadar rekod terendah tidak berubah selepas ECB melakukan perkara yang sama, sekaligus memberikan Swiss Francs ruang bernafas dalam pertempuran dengan Euro. SNB memutuskan untuk mengekalkan kadar  tiga bulan Libor antara -1.25% dan 0.25% selaras dengan ramalan pasaran. Aktiviti ekonomi Switzerland lemah pada suku ketiga disebabkan oleh kejatuhan francs. SNB meramalkan pertumbuhan akan mencapai 1.5% pada 2016 dengan kadar inflasi pada -1.1%. Pertumbuhan harga dijangka pulih pada tahun 2017.

Khamis, 8:00 Malam

Keputusan Kadar UK:  Bank of England memotong unjuran pertumbuhan, upah dan inflasi, tetapi mengekalkan kadar. Gabenor Mark Carney menimbulkan spekulasi pasaran bahawa kelembapan ekonomi global boleh menggalakkan penurunan kadar. Tetapi MPC mengundi sebulat suara untuk mengekalkan kos pinjaman. Carney berkata, dia mahu menyediakan pengguna dan perniagaan untuk senario kos pinjaman yang dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang. Walau bagaimanapun, menurut tinjauan terkini BoE, MPC seolah-olah tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar dalam masa terdekat. Minit mesyuarat menunjukkan keputusan sebulat suara menentang kenaikan kadar. Satu lagi undi sebulat suara adalah mungkin pada mesyuarat kali ini.

Khamis, 8:30 Malam

Indeks Pembuatan Philly Feds AS:  Indeks aktiviti perkilangan di Feds kawasan Philadelphia kekal lemah pada Februari tetapi meningkat kepada -2.8 daripada -3.5 pada bulan Januari. Indeks itu masih kekal dalam lingkungan negatif selama enam bulan berterusan, walaupun ianya masih lebih baik daripada -2.9 yang diramalkan oleh penganalisis. Eksport kekal positif tetapi tempahan baru dan indeks pekerjaan kekal sederhana negatif. Indeks Pembuatan Philly dijangka bertambah baik kepada -1.1 pada kali ini.

Tuntutan Pengangguran AS:  Tuntutan awal untuk bantuan pengangguran AS jatuh sebanyak 18 ribu pada minggu lepas, mencecah 259 ribu tuntutan. Bacaan tersebut lebih baik daripada jangkaan, mejadikannya paras terendah sejak pertengahan Oktober. Ahli ekonomi meramalkan 272 ribu tuntutan baru pada minggu lepas. Purata bergerak empat minggu jatuh sebanyak 2,500 kepada 267,500 – angka terendah sejak 31 Oktober lalu. Bilangan tuntutan baru dijangka mencecah 267 ribu pada kali ini.

Jumaat, 11:00 Malam

Sentimen Pengguna AS:  Sentimen pengguna yang merosot pada bulan Februari pada 90.7 mata disemak semula lebih tinggi kepada 91.7 mata, berbanding 93.3 mata yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Penganalisis menjangkakan bacaan 92.6 mata. Apa yang agak pelik ialah bacaan sentimen suram itu diikuti oleh angka jualan runcit yang positif pada Januari, dirangsang oleh pasaran buruh yang lebih kukuh dan pertambahan pendapatan yang lebih tinggi disebabkan oleh inflasi yang sangat rendah. Sentimen pengguna AS pada bulan Mac diramalkan mencapai 92.3 mata.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register