banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 16 – 20 Mei 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 16 – 20 Mei 2016

Dollar AS menghadapi minggu yang positif, dengan beberapa data ekonomi yang baik. Data inflasi UK dan Amerika Syarikat, angka perumahan dan yang paling penting, Minit Mesyuarat FOMC; adalah dijangka menjadi pemacu utama pergerakan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Tuntutan bantuan pengangguran AS mencatatkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 294 ribu pemohon. Tambahan 20 ribu pemohon adalah paras tertinggi sejak Februari 2015. Walau bagaimanapun, trend positif yang bermula pada awal Mei terus mmberikan sokongan positif untuk Dollar, terutamanya data jualan runcit mengatasi jangkaan, sesuatu yang biasanya tidak berlaku.

Adakah ini bermaksud kenaikan kadar Feds? Mungkin tidak begitu pantas, kerana Puan Yellen dan ahli FOMC seolah-olah tidak tergesa-gesa. Kebimbangan terhadap Brexit, yang diketengahkan oleh BoE, adalah salah satu sebab yang mungkin Feds terpaksa menunggu. Adakah Dollar akan terus meningkat nilai?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 4:30 Petang

Data Inflasi UK:  Inflasi UK meningkat kepada 0.5% pada bulan Mac selepas kenaikan 0.3% pada bulan sebelumnya. Kenaikan harga tambang udara adalah punca utama kenaikan ini. Inflasi harga pengguna mencapai paras tertinggi sejak Disember 2014, tetapi masih di bawah sasaran 2% Bank of England. Walaupun terdapat kenaikan, majoriti ahli ekonomi tidak menjangkakan kenaikan kadar sebelum awal tahun depan. CPI di UK dijangka meningkat sebanyak 0.5% pada bulan April.

Selasa, 8:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Sektor perumahan AS mula menurun lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Mac dan bilangan permit mencatatkan paras terendah dalam masa setahun sebanyak 1.09 juta unit, menunjukkan pasaran telah hilang momentum dalam pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2016. Angka lemah tersebut seiring dengan kelembapan dalam perbelanjaan perniagaan, pengeluaran perindustrian, perdagangan, pelaburan inventori dan jualan runcit. Permit untuk pembinaan rumah-rumah keluarga tunggal menurun 1.2% pada bulan Mac selepas kenaikan yang kukuh pada bulan Februari. Bilangan permit bangunan dijangka meningkat kepada 1.13 juta unit.

Data Inflasi AS:  Harga pengguna AS hampir tidak bergerak pada bulan Mac, meningkat hanya 0.1%; sekaligus menunjukkan hanya sedikit sebab untuk kenaikan kadar dalam masa terdekat. Angka-angka inflasi yang lemah tidak menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam pasaran pekerjaan. CPI bulanan menurun 0.2% pada bulan Februari. Pada asas tahunan, CPI meningkat 0.9% selepas mara 1.0% pada bulan Februari. Pakar ekonomi menjangkakan kenaikan 0.2% dalam kedua-dua CPI dan CPI teras. CPI teras dikekang oleh kos perumahan, perubatan dan pakaian. Walaupun terdapat kelembapan dalam harga teras, penganalisis percaya bahawa pasaran buruh yang semakin kukuh, kenaikan nilai Dollar yang pudar, dan kestabilan harga minyak akan menyemarakkan inflasi pada tahun ini. CPI diramal akan meningkat 0.4% manakala CPI teras dianggarkan mendaki 0.2% buat masa ini.

Rabu, 4:30 Petang

Data Pekerjaan UK:  Bilangan orang yang menerima bantuan pengangguran meningkat sebanyak 6,700 pada bulan Mac, meleset dari ramalan untuk pengurangan sebanyak 11,900 pemohon. Kadar tuntutan pengangguran kekal pada 2.1%. BoE berkata pengambilan pekerja baru pada bulan April adalah hampir tidak berubah; sekaligus menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang semakin perlahan. Sementara itu, pengangguran UK meningkat buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan dan majikan menambah peluang pekerjaan kurang daripada ramalan; sekaligus menunjukkan pasaran buruh kehilangan momentum. Bilangan orang yang mencari kerja meningkat sebanyak 21 ribu kepada 1.7 juta dalam tempoh tiga bulan hingga Februari lepas. Berdasarkan angka-angka ini, Bank of England dijangka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar dalam masa terdekat dan referendum Brexit pada 23 Jun sudah mula menjejaskan pertumbuhan ekonomi UK. Jumlah orang yang menerima bantuan pengangguran dijangka meningkat sebanyak 4,100 pada bulan April.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Inventori minyak mentah menjunam 3.4 juta tong minggu lepas, meleset dari ramalan untuk penambahan sebanyak 714 ribu tong. Ini adalah penurunan pertama sejak bulan Mac. Harga minyak mentah melonjak 4.6% kepada $47.6 setong. EIA menjangka minyak mentah gred Brent bakal diniagakan pada sekitar $76 setong pada tahun depan, berikutan peningkatan berterusan dalam permintaan.

Rabu, 2:00 Pagi

Minit Mesyuarat FOMC AS:  Ini adalah minit mesyuarat dari keputusan kadar bulan April, di mana Feds mengekalkan dasar, dan mengakui terdapat sedikit peningkatan dalam ekonomi tetapi tidak memberikan apa-apa petunjuk tentang kenaikan kadar. Peluang untuk kenaikan kadar pada Jun meleset selepas mesyuarat tersebut, tetapi sejak itu, data telah bertambah baik. Jadi, ini adalah satu peluang untuk Fed membayangkan tentang kenaikan kadar pada bulan Jun. Perlu diingati bahawa minit disunting sehingga saat-saat akhir, sekaligus membolehkan Feds untuk mengubah sebarang mesej.

Khamis, 9:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Pengangguran Australia jatuh kepada kadar terendah sejak 2013, mencapai 5.7% daripada 5.9% pada bulan Mac. Bacaan tersebut adalah lebih baik daripada ramalan 5.9%. Pasaran guna tenaga menambah 26,100 pekerjaan pada bulan Mac, jauh lebih baik daripada tambahan 18,600 yang dijangkakan. Pekerjaan sepenuh masa menurun 8,800, manakala bilangan pekerjaan sambilan meningkat sebanyak 34,900. Pada asas tahunan, jumlah orang yang bekerja telah meningkat sebanyak 2.2%, manakala bilangan orang yang menganggur telah menurun 4.6%. Kadar penyertaan masih kekal tidak berubah pada 64.9%. Pasaran kerja di Australia dijangka mencatatkan 12,300 pekerjaan tambahan, manakala kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.8% pada kali ini.

Khamis, 8:30 Malam

Indeks Pembuatan Philly Feds AS:  Indeks Pembuatan Feds cawangan Philadelphia jatuh kepada -1.6 mata pada bulan April, berikutan kenaikan 12.4 mata yang bagus pada bulan Mac. Indeks itu bertukar positif pada bulan Mac, selepas berada dalam zon negatif bagi enam bulan berturut-turut. Indeks tempahan baru menurun daripada 15.7 mata kepada sifar, manakala indeks penghantaran semasa, jatuh mendadak daripada 22.1 mata kepada -10.8 mata. Data pekerjaan merosot dengan mendadak. Walaupun terdapat penurunan dalam indeks keadaan semasa, responden kajian adalah lebih positif terhadap masa depan. Indeks dijangka bertambah baik kepada 3.2 mata pada bulan Mei.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat minggu lepas ke tahap tertinggi dalam lebih daripada satu tahun. Jumlah tuntutan meningkat 20 ribu kepada 294 ribu. Peningkatan dijangka mencetuskan kebimbangan bahawa sesetengah majikan akan mengurangkan pekerja disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi. Jumlah tuntutan telah meningkat selama tiga minggu berturut-turut. Walau bagaimanapun, ahli ekonomi berkata adalah terlalu awal untuk mengisytiharkan kelembapan ekonomi. Walaupun terdapat kenaikan, tuntutan pengangguran berada berdekatan dengan paras yang sangat rendah, sekaligus menunjukkan ekonomi masih tumbuh dengan kukuh. Tuntutan pengangguran dianggarkan mencapai 276 ribu pemohon pada minggu ini.

Jumaat, 10:00 Malam

Jualan rumah sedia ada AS:  Sebahagian besar jualan rumah di Amerika Syarikat adalah rumah sedia ada. Jumlah jualan tahunan pada bulan Mac berada di atas 5.33 juta, lebih kurang seperti yang diharapkan. Angka yang lebih kurang sama iaitu 5.39 juta unit adalah dijangka dalam laporan kali ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register