banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 16 – 20 Nov 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS menghadapi seminggu yang bercampur-campur selepas NFP. Data KDNK (GDP) Jepun, data inflasi dari UK, Amerika Syarikat dan Kanada serta keputusan kadar di Jepun merupakan tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Satu senarai panjang ucapan pegawai-pegawai Federal Reserve AS pada dasarnya menyebabkan jangkaan untuk kenaikan kadar Feds AS tidak berubah, dengan itu condong ke arah kenaikan pada bulan Disember. Pengerusi Feds Janet Yellen berdiam diri.  Data bercampur-campur, dengan kekecewaan dalam jualan runcit tetapi keyakinan pengguna masih baik, serta laporan JOLTS yang positif.  Di Euro-Zone, Presiden ECB Mario Draghi mengulangi kesediaannya untuk bertindak pada Disember ini  dengan menyediakan lebih banyak ransangan. Di Australia, laporan pekerjaan begitu memberansangkan dan harga minyak yang terus merudum menjejaskan Dollar Kanada. Apakah trend yang akan kita lihat selanjutnya?

Peluang Trade Forex Sambil Melancong ke Kota London – KLIK SINI SEGERA

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 7:50 Pagi

KDNK (GDP) Jepun:  Ekonomi Jepun menguncup 0.4% pada suku kedua, apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) tahunan menurun sebanyak 1.6% antara bulan April hingga Jun. Penguncupan ini kurang daripada yang dijangkakan, tetapi perbelanjaan pengguna dan pelaburan lemah. Ramai ahli ekonomi percaya inflasi tidak akan mencapai sasaran 2% pada musim panas 2016, dan menjangkakan pelonggaran monetari pada bulan-bulan yang akan datang. KDNK (GDP) dijangka kekal negatif pada -0.1%.

Isnin, 6:15 Petang & Jumaat, 4:00 Petang

Ucapan Presiden ECB:  Presiden ECB Mario Draghi akan memberikan ucapan di Madrid dan di Frankfurt. Dalam ucapan beliau di Parlimen Eropah minggu lalu, Encik Draghi memberikan lagi tanda-tanda bahawa ECB sedang bersedia untuk mengorak langkah-langkah pelonggaran monetari bagi merangsang pemulihan Euro-Zone. Presiden ECB itu mengakui sasaran inflasi 2% akan mengambil masa yang lama untuk dicapai dan ECB akan mengkaji semula program QE pada awal Disember ini. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Selasa, 5:30 Petang

Data Inflasi UK:  Harga Pengguna UK turun kepada -0.1% pada bulan September lalu dan berlegar-legar sekitar hampir sifar untuk sebahagian besar daripada tahun ini. Harga makanan menurun sebanyak 2.5% di tengah-tengah perang harga yang berterusan. Menurut kenyataan inflasi yang rendah, Bank of England tidak dalam tergesa-gesa untuk menaikkan kadar dalam masa terdekat. Tambahan pula, inflasi teras yang kekal lemah pada 1.0% mencadangkan tiada tekanan inflasi yang ketara, walaupun terdapat kekuatan berterusan dalam pertumbuhan gaji. Harga pengguna dijangka kekal pada -0.1%.

Selasa, 6:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman:  Sentimen penganalisis dan pelabur Jerman menjunam pada bulan Oktober kepada 1.9 mata, berikutan 12.1 mata pada September di tengah-tengah skandal Volkswagen dan kelemahan dalam pasaran negara membangun. Penganalisis menjangkakan bacaan 6.8. Keadaan semasa turun kepada 55.2 mata daripada 67.5 mata pada bulan September, di bawah jangkaan penurunan kepada 64.7. Sentimen ekonomi Jerman dijangka mencapai 6.7% buat masa ini.

Selasa, 9:30 Malam

Data Inflasi AS:  Harga pengguna (CPI) di Amerika Syarikat jatuh 0.2% pada bulan September manakala CPI teras – tidak termasuk sektor makanan dan tenaga yang tidak menentu – naik 0.2%. Penganalisis menjangka CPI jatuh 0.2% dan CPI teras telah diramalkan meningkat sebanyak 0.1%. Walaupun inflasi jatuh, harga teras meningkat 1.9% dalam tempoh 12 bulan lepas, daripada 1.8% pada bulan sebelumnya, sekaligus menguatkan panggilan untuk kenaikan kadar pada Disember ini. Indeks tenaga menjunam 4.7% pada bulan September. Penurunan berterusan dalam indeks petrol, kali ini sebanyak 9%, merupakan penyebab utama dalam penurunan keseluruhan CPI. Kedua-dua CPI dan CPI teras diramalkan meningkat 0.2% pada bulan Oktober.

Rabu, 9:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Permit bangunan AS menurun 5% kepada 1.1 juta permit pada bulan September lalu – jumlah terendah sejak Mac. Sementara itu, permohonan untuk projek-projek keluarga tunggal menurun 0.3% kepada 697 ribu unit; yang menunjukkan komponen ini bakal terhenti pada bulan-bulan yang akan datang. Walau bagaimanapun, perumahan baru dibina adalah menggalakkan selaras dengan keyakinan pembina yang meningkat dalam prospek industri mereka. Bilangan permit bangunan AS dijangka mencapai 1.15 juta pada bulan Oktober lalu.

Khamis, 3:00 Pagi

Minit Mesyuarat FOMC AS:  Dalam keputusan Feds AS Oktober lalu, nada mereka agak agresif mengenai inflasi dan pekerjaan, dan tidak menyatakan kebimbangan sebenar. Di samping itu, mereka memberikan petunjuk tentang tindakan pada bulan Disember. Minit kali ini boleh mendedahkan bagaimana agresif ahli-ahli Feds yang sebenarnya dan sejauh mana kebenaran kenaikan pada Disember ini. Perlu diingat bahawa NFP yang sangat baik telah dilaporkan pada masa yang sama, dan Federal Reserve AS menyunting minit sehingga saat-saat akhir sebelum penerbitan. Pasaran sentiasa bergerak oleh mana-mana perubahan kata-kata dalam minit tersebut.

Khamis,

Keputusan Kadar Jepun:  Bank of Japan mengekalkan dasar monetarinya, menahan daripada menambah rangsangan pada mesyuarat dasar pada bulan Oktober lalu. Walau bagaimanapun, ahli-ahli lembaga BoJ mengulangi janji mereka untuk meningkatkan asas kewangan pada kadar tahunan sebanyak ¥80 trilion ($660 bilion). Pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Gabenor Haruhiko Kuroda berkata tiada cadangan untuk melonggarkan dasar monetari pada mesyuarat itu, dan menyalahkan harga tenaga yang rendah sebagai sebab kegagalan dalam mencapai sasaran inflasi BoJ.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Permohonan baru AS untuk bantuan pengangguran kekal tidak berubah pada minggu lepas, sekaligus menunjukkan keadaan pasaran pekerjaan yang kukuh. Walaupun data tersebut adalah lebih teruk daripada 270 ribu yang diramalkan, ianya masih menyokong Federal Reserve AS untuk memanggil kenaikan kadar pada bulan depan. Purata bergerak empat minggu tuntutan, meningkat sebanyak 5 ribu kepada 267,750 minggu lepas – masih hampir dengan paras 42 tahun terendah. Bilangan orang yang terus menerima bantuan selepas minggu pertama meningkat 5 ribu kepada 2.17 juta minggu lepas. Tuntutan pengangguran untuk minggu ini dijangka mencecah 272 ribu.

Khamis, 11:00 Malam

Indeks Philly Fed Manufacturing AS:  Indeks pembuatan Philadelphia kekal dalam lingkungan negatif untuk bulan kedua berturut-turut, mencapai -4.5 pada Oktober selepas mencatatkan -6 pada bulan September. Angka negatif menunjukkan kelembapan mendadak dalam sektor pembuatan. Kekuatan Dollar telah memberati industri AS sejak musim luruh lepas, menjadikan produk AS kurang berdaya saing dalam pasaran global. Indeks pembuatan Philadelphia dijangka meningkat kepada 0.1 pada bulan November.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Peluang Trade Forex Sambil Melancong ke Kota London – KLIK SINI SEGERA

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register