banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 18 – 22 Mei 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

US Dollar nampaknya semakin lemah dengan tanda-tanda yang lebih membimbangkan daripada ekonomi Amerika Syarikat. Data inflasi dari UK, Amerika Syarikat dan Kanada, Sentimen Ekonomi Jerman, data GDP dari Jepun, Minit Mesyuarat FOMC, data pekerjaan dan pembuatan serta ucapan dari Mario Draghi, Mark Carney dan Haruhiko Kuroda adalah berita-berita utama dalam kalendar Forex untuk minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Minggu lepas, data yang terus mengecewakan dari pasaran AS membuatkan pasaran semakin resah: data jualan runcit meleset dengan bacaan yang tidak berubah selepas kenaikan 1.1% pada bulan Mac, berbanding ramalan kenaikan 0.3%; Jualan teras meningkat hanya 0.1% berbanding jangkaan 0.4%. Harga pengeluar pula menurun 0.4% pada bulan April selepas kenaikan 0.2% pada bulan sebelumnya, walaupun dijangka meningkat 0.1%

Sentimen pengguna juga meleset dengan penurunan mendadak daripada 95.9 pada bulan April kepada 88.6 bulan ini, lebih rendah daripada ramalan 95.8 oleh penganalisis. Walau bagaimanapun, tuntutan pengangguran terus menurun mencecah 264 ribu selepas dilaporkan pada 265 ribu pada minggu sebelumnya. Adakah ekonomi AS akan terus menunjukkan tanda merudum atau kembali pulih pada minggu-minggu akan datang?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 4:30 Petang

Data inflasi UK:  Harga Pengguna UK (CPI) kekal pada 0% untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Mac. Penurunan dalam pengunaan pakaian dan kasut telah diimbangi oleh kenaikan harga petrol. Bacaan ini adalah yang paling rendah sejak anggaran bermula pada akhir 1980-an. Bagaimanapun kejatuhan harga minyak adalah kuasa utama di belakang tahap inflasi yang rendah. Ahli ekonomi percaya inflasi akan meningkat pada separuh kedua 2015 selepas tekanan harga minyak reda. CPI dijangka kekal stabil pada bulan April.

Selasa, 5:00 Petang

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman:  Sentimen pelabur Jerman menurun tanpa dijangka pada bulan April selepas meningkat enam bulan berturut-turut, disebabkan oleh ketidakpastian yang semakin meningkat mengenai krisis hutang Greece dan kesannya ke atas Jerman. Indeks ZEW pada persepsi pelabur dan penganalisis turun kepada 53.3 daripada 54.8 pada bulan Mac, manakala pakar ekonomi menjangkakan peningkatan kepada 55.6. Walaupun demikian, ECB masih yakin bahawa ekonomi Jerman akan terus kukuh disebabkan oleh rangsangan yang luar biasa di Eropah. Sentimen pelabur Jerman dijangka jatuh lagi kepada 50.1 kali ini.

Selasa, 8:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Bilangan permit bangunan kediaman dikeluarkan pada bulan Mac turun 5.7% dari bulan Februari mencapai kadar tahunan 1,039,000. Penganalisis menjangka angka yang lebih tinggi iaitu 1,080,000. Sementara itu, perumahan milik persendirian yang baru bermula ialah 2.5% lebih rendah berbanding Mac, mencapai kadar tahunan yang disesuaikan mengikut musim iaitu 926 ribu. Angka yang lemah menunjukkan ekonomi yang bergelut untuk pulih daripada permulaan 2015 yang lemah. Bilangan permit bangunan kediaman dijangka meningkat kepada 107 ribu pada bulan April.

Selasa, 11:45 Malam

Ucapan Gabenor Bank of Canada: Gabenor Bank of Kanada Stephen Poloz dijadual berucap di Charlottetown. Beliau boleh bercakap tentang kesan-kesan negatif daripada kejutan harga minyak dan prospek perkembangan ekonomi. Gabenor juga boleh bercakap tentang kemungkinan perubahan kadar pada bulan-bulan akan datang.

Rabu, 7:50 Pagi

Data GDP Jepun:  Jepun kembali pulih pada suku keempat 2014, berkembang 0.6% pada 3 bulan terakhir tahun lepas. Walaupun laporan adalah lebih lemah daripada jangkaan, ia masih menunjukkan pertumbuhan tahunan sebanyak 2.2%. Eksport meningkat 0.2% dan Yen yang lemah peningkatan permintaan asing. Penggunaan swasta meningkat 0.3%, tetapi perbelanjaan perniagaan meningkat hanya 0.1%. Ekonomi menjangkakan pertumbuhan suku tahun sebanyak 0.9% dan pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7%. Risiko untuk menurun, mungkin adalah disebabkan oleh cukai jualan yang dijangka mencapai 10% pada bulan April 2017. Inilah sebabnya mengapa BOJ membuat keputusan untuk mengekalkan dasar kewangan yang sesuai untuk merangsang permintaan dalam negeri dan meningkatkan pertumbuhan. Pertumbuhan Jepun pada suku pertama dijangka mencapai 0.4%

Khamis, 2:00 Pagi

Minit Mesyuarat FOMC AS:  Dalam pertemuan baru-baru ini pada bulan April, Feds mengeluarkan kenyataan yang bersifat spekulatif, sekaligus membuka pintu untuk kenaikan “interest rate”. Walaupun mereka meluahkan beberapa kebimbangan mengenai ekonomi, kenyataan itu dilihat sebagai agak agresif, terutamanya selepas laporan GDP yang meleset dikeluarkan pada hari yang sama. Minit boleh mendedahkan lebih banyak kebimbangan atau juga berita baik untuk Dollar. Kita telah melihat pada masa lalu, bagaimana minit boleh memberi pendekatan yang berbeza daripada kenyataan mesyuarat itu sendiri.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Jumlah tuntutan pengangguran terus mengurang 1,000 pemohon dari minggu lepas, menjadikan minggu ini 264 ribu. Bacaan itu lebih baik daripada yang diramalkan, menjadikan purata sejak beberapa bulan lepas ke tahap yang paling rendah dalam tempoh 15 tahun; sekaligus mengesahkan pemulihan dalam pasaran buruh AS. Pengerusi Feds Janet Yellen diberitakan memantau rapat data pekerjaan untuk menentukan sama ada kenaikan “interest rate” sudah sampai masanya. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka mencecah 267 ribu minggu ini.

Khamis, 10:00 Malam

Indeks Philly Fed Manufacturing AS:  Indeks pembuatan Philadelphia mengejutkan pada bulan April dengan peningkatan kepada 7.5 mata daripada 5.0 pada bulan Mac. Penganalisis menjangka indeks utama bakal mencapai 6.5 mata. Pesanan baru jatuh kepada 0.7 daripada bacaan sebelumnya sebanyak 3.9, bacaan terendah sejak Mei 2013. Sementara itu, indeks pekerjaan meningkat kepada 11.5 daripada bacaan Mac sebanyak 3.9, yang tertinggi sejak November. Inflasi pula menurun dengan ketara kepada -7.5 dari bacaan Mac sebanyak -3.0. Namun data-data lain menunjukkan kelemahan dalam sektor pembuatan. Indeks pembuatan Philadelphia diramal akan meningkat lagi kepada 8.3 pada bulan Mei.

Jumaat

Kenyataan Bank of Japan:  Bank of Japan mengambil keputusan untuk terus melaksanakan dasar kewangan sedia ada, walaupun gagal untuk mencapai tarikh akhir untuk sasaran inflasi 2%. Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda berkata, bahawa langkah-langkah ransangan lanjut tidak perlu, dan menyalahkan harga minyak yang lebih rendah menyebabkan inflasi yang rendah. Walau bagaimanapun, ramai penganalisis percaya BOJ akan membuat keputusan untuk menyuntik dana ransangan sekali lagi pada bulan Oktober. Kuroda menangguhkan sasaran inflasi kepada sekitar bulan April hingga September 2016 dan berkata trend inflasi bertambah baik. Penganalisis tidak menjangka sebarang perubahan kepada dasar kewangan Jepun dalam kenyataan kali ini.

Jumaat, 8:30 Malam

Data inflasi AS:  Indeks Harga Pengguna (CPI) AS meningkat 0.2% pada bulan Mac selepas meningkat pada Februari, sejajar dengan unjuran pasaran. Peningkatan utama berlaku dalam kos bahan api dan perumahan. Walau bagaimanapun, inflasi tahunan menjadi negatif, jatuh 0.1%, berbanding dengan bacaan stabil pada Februari. Tidak termasuk harga bahan api dan makanan yang tidak menentu, inflasi teras juga meningkat 0.2% selepas kenaikan 0.2% pada Februari, menurut ramalan. Pada asas tahunan, inflasi teras meningkat 1.8%, meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.6%. CPI dijangka meningkat sebanyak 0.1% dan Core CPI dijangka mencatat 0.2% pada bulan April.

Jumaat, 9:30 Malam

Ucapan Mark Carney, Haruhiko Kuroda, & Mario Draghi: Gabenor BoE Mark Carney, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda dan Presiden ECB Mario Draghi akan berucap pada agenda Sintra-Portugal dalam Forum ECB tentang Perbankan Pusat. Pembuat dasar dari pelbagai negara akan menghadiri Forum ECB dan membincangkan hubungan antara inflasi dan pengangguran dari perspektif yang lebih luas, serta implikasinya terhadap penggubalan dasar monetari semasa di peringkat global.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register