728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 19 – 23 Okt 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dolar AS menunjukkan kelemahan berbanding kebanyakan mata wang selepas data AS kebanyakannya terbukti lemah. Adakah ini satu perubahan arah? Ucapan Mark Carney dan Janet Yellen, Permit Bangunan Amerika Syarikat, dan kadar di Kanada dan Euro-Zone adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Minggu lepas jualan runcit dan indeks pembuatan Feds kawasan Philadelphia AS meleset dari jangkaan, sekaligus mengurangkan peluang untuk kenaikan kadar AS pada tahun ini. Laporan jualan runcit meningkat hanya 0.1% berbanding jangkaan pasaran sebanyak 0.2%.  Indeks pembuatan Feds kawasan Philadelphia pula menguncup untuk bulan kedua pada bulan Oktober. Angka inflasi yang lebih baik membenarkan dolar untuk pulih, terutamanya berbanding euro, yang dilanda kemelut Bank Pusat Eropah. Mata wang berasaskan komoditi pula dalam keadaan bercampur-campur, masing-masing dengan sifat tersendiri, dan Aussie adalah yang paling lemah.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 6:00 Petang

Ucapan Gabenor Bank of England:  Gabenor BoE Mark Carney akan berucap di London. Harga pengguna (CPI) telah menurun 0.1% pada bulan September, meletakkan tekanan kepada Gabenor Bank of England Mark Carney untuk menaikkan harga bagi mencapai sasaran inflasi sebanyak 2.0%. Tambahan pula, risiko tambahan seperti kelemahan global dan ekonomi domestik masih wujud. Turun naik pasaran dijangka.

Selasa, 8:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Bilangan permit bangunan meningkat 3.5% pada bulan Ogos untuk kadar tahunan pelarasan bermusim berjumlah 1.17 juta, berikutan 1.13 juta pada bulan Julai. Pakar ekonomi menjangkakan kenaikan yang lebih kecil untuk kadar tahunan sebanyak 1.15 juta. Pada asas tahunan, bilangan permit meningkat 12.5% ​​berbanding dengan Ogos 2014; sekaligus menunjukkan trend yang positif dalam sektor perumahan, walaupun perumahan mula dibina dengan agak perlahan. Bilangan permit dijangka mencecah 1.16 juta pada laporan kali ini.

Selasa, 11:00 Malam

Ucapan Pengerusi Federal Reserve AS:  Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen akan berucap di Washington DC. Puan Yellen menyatakan pada sidang akhbar FOMC lalu bahawa walaupun Feds menangguhkan kenaikan kadar pada bulan September, dia masih melihat kenaikan kadar pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, sentimen di kalangan pembuat dasar telah berubah. Dua ahli FOMC menyatakan bantahan mereka terhadap kenaikan kadar pada 2015 dan Puan Yellen mungkin akan menghadapi pelbagai golongan penentang yang pesimis dalam FOMC. Turun naik pasaran dijangka.

Rabu, 10:00 Malam

Keputusan kadar Kanada:  Bank of Canada mengekalkan kadar pada 0.5% ketika mesyuarat September, menyatakan kedua-dua potongan kadar sebelumnya dalam bulan Januari dan Julai masih meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan pasaran global, terutamanya di China, terus memberi masalah kepada pembuat dasar dan pengeksport. Ahli ekonomi mengurangkan jangkaan mereka terhadap penurunan kadar pada bulan Oktober ini kepada 19% daripada kemungkinan 32% sebelum ini.

Khamis: keputusan pada 7:45 Malam, sidang media pada 8:30 Malam

Keputusan kadar Euro-Zone:  Tiada perubahan dasar dijangka pada kali ini, dengan kadar pinjaman kekal pada 0.05%, kadar deposit pada -0.20% dan program QE tidak berubah pada €60 bilion sebulan sehingga September 2016. Walau bagaimanapun, memandangkan kemerosotan dalam beberapa petunjuk ekonomi di Euro-Zone, masalah kelembapan ekonomi di China dan kenaikan kadar pertukaran asing; terdapat spekulasi bahawa ECB akan membayangkan tindakan lanjut dalam mesyuarat Disember ini, apabila angka ramalan baru dikeluarkan. Komen-komen terkini menunjukkan ECB masih teragak-agak untuk melakukan lebih banyak ransangan, tetapi tiada apa yang pasti ketika ini.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS: Jumlah tuntutan baru untuk bantuan pengangguran Amerika Syarikat menurun sebanyak 7 ribu kepada 255 ribu minggu lalu – paras terendah dalam 42 tahun. Bacaan yang lebih baik daripada yang jangkaan itu adalah selepas laporan 263 ribu tuntutan pada minggu sebelumnya. Purata bergerak empat minggu juga mencapai kadar yang paling rendah sejak 1973 dan tuntutan berterusan untuk minggu sebelumnya jatuh kepada yang terendah dalam tempoh 15 tahun; sekaligus menunjukkan pasaran buruh AS yang kekal berdaya tahan. Jumlah tuntutan pengangguran AS dijangka mencecah 266 ribu pada minggu ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register