728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 2 – 6 Mei 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 2 – 6 Mei 2016

Dollar Amerika Syarikat merudum sedikit dan Yen menjadi bintang yang bersinar pada minggu penutup April. Ucapan Presiden ECB Mario Draghi, keputusan kadar di Australia, dan data ekonomi Amerika Syarikat yang membina menjelang laporan Non-Farm Payroll; semuanya dijangka menjadi pemacu utama pergerakan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Federal Reserve AS mengekalkan kadar tidak berubah dan walaupun kenyataan media adalah lebih optimistik, Feds seolah-olah tidak tergesa-gesa untuk kenaikan kadar pada bulan Jun ini. Ini memberi kesan kepada Dollar dan laporan KDNK (GDP) terbaru AS yang mengecewakan juga tidak membantu sama sekali. Yen bangkit keras terkesan daripada kekurangan dasar pelonggaran baru dari BoJ dengan penurunan yang amat ketara dalam nilai tukaran USD/JPY. Euro juga bangkit tetapi dipenuhi rintangan, manakala harga minyak memberi rangsangan kepada Dollar Kanada.

telegram-moshed

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 10:00 Malam

Ucapan Presiden ECB:  Presiden ECB Mario Draghi akan berucap di Frankfurt. Beliau boleh merujuk kepada kritikan dari Jerman baru-baru ini, bahawa kadar rendah ECB telah memerah penyimpan. Encik Draghi mempertahankan dasar ini yang memastikan kos pinjaman rendah dan berkata strategi ini terbukti berkesan. Encik Draghi juga menggesa kerajaan Euro-Zone untuk membantu meningkatkan ekonomi yang lembap di rantau ini kepada asas yang lebih kukuh melalui pembaharuan ekonomi. Turun naik pasaran adalah dijangka.

ISM PMI Pembuatan AS:  Sektor pembuatan AS mengumpulkan segenap kekuatannya pada bulan Mac, di tengah-tengah peningkatan mendadak dalam tempahan baru. Indeks ISM meningkat dari 49.5 mata kepada 51.8 mata pada bulan Mac. Bacaan adalah lebih baik daripada angka 50.8 mata yang diharapkan oleh pasaran. Indeks pekerjaan menurun kepada 48.1 mata daripada 48.5 mata sebulan lebih awal, tetapi tempahan baru melonjak kepada 58.3 mata daripada 51.5 mata. Tambahan pula, indeks harga yang dibayar meningkat kepada 51.5 mata daripada 38.5 mata, melebihi jangkaan. Mac adalah bulan pertama berlakunya pengembangan dalam aktiviti pembuatan sejak Ogos 2015. Indeks ini dijangka menurun sedikit kepada 51.6 mata pada kali ini.

Selasa, 9:45 Pagi

Caixin PMI Pembuatan China:  Sektor pembuatan China berada dalam penguncupan menurut laporam bebas Caixin. Keadaan dilaporkan bertambah baik. Kenaikan daripada 49.7 mata kepada 49.8 mata adalah dalam jangkaan. Ini mempunyai kesan yang besar ke atas Dollar Australia dan juga pada matawang lain ekoran China merupakan ekonomi ketiga terbesar dunia.

Selasa, 12:30 Tengah Hari

Keputusan Kadar Australia:  Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar tunai rasmi pada rekod rendah 2% untuk 10 mesyuarat berturut-turut. Gabenor RBA Glenn Stevens menyatakan bahawa kadar inflasi yang rendah akan mempengaruhi satu lagi penurunan kadar untuk meningkatkan aktiviti ekonomi. Keputusan itu telah dijangka secara meluas. RBA kelihatan agak kurang bimbang mengenai prospek global manakala ekonomi domestik terus stabil berikutan ledakan pelaburan dalam sektor perlombongan. Tiada perubahan dijangka pada kali ini.

Rabu, 6:45 Pagi

Data Pekerjaan NZ:  Pasaran buruh New Zealand pulih pada suku terakhir 2015, setelah pengangguran menjunam ke paras terendah dalam enam tahun sebanyak 5.3% daripada 6% pada suku ketiga. Walau bagaimanapun, penurunan mendadak dalam pengangguran juga telah dipengaruhi oleh penurunan 0.2% dalam penyertaan pasaran buruh. Tenaga kerja New Zealand meningkat sebanyak 0.9% kepada 2,369,000 pada suku tersebut. Penganalisis menjangka pengangguran meningkat kepada 6.1% dan pertumbuhan pekerjaan meningkat 0.8%. Gaji sektor swasta meningkat sebanyak 0.4%, sedikit lebih rendah daripada kenaikan 0.5% yang dijangkakan. Pasaran pekerjaan New Zealand dijangka meningkat sebanyak 0.6% pada suku pertama, manakala kadar pengangguran dianggarkan meningkat kepada 5.5%.

Rabu, 8:15 Malam

ADP ‘Non-Farm Employment Change’ AS:  Sektor swasta AS menambah 200 ribu pekerjaan pada bulan Mac, menewaskan jangkaan 195 ribu. Angka pekerjaan swasta pada Februari telah disemak turun kepada 205 ribu daripada laporan asal kenaikan sebanyak 214 ribu. Laporan ADP datang menjelang laporan pekerjaan utama dari Jabatan Buruh AS, yang termasuk kedua-dua pekerjaan sektor awam dan sektor swasta. Sektor swasta AS dijangka menambah 205 ribu pekerjaan baru pada bulan April.

Rabu, 10:00 Malam

ISM PMI Bukan Pembuatan AS:  Indeks ISM PMI Bukan Pembuatan AS meningkat kepada 54.5 mata pada bulan Mac berbanding 53.4 mata pada bulan sebelumnya, meningkat lebih daripada ramalan 54.1 mata. Bacaan menunjukkan sektor bukan pembuatan adalah dalam pengembangan selama 74 bulan. Walau bagaimanapun, angka-angka positif indeks PMI bukan pembuatan telah menurun sejak memuncak pada Julai 2015, di mana indeks kekal tinggi pada paras tertinggi pelbagai tahun 60.3 mata. Laporan itu menunjukkan keadaan perniagaan yang kebanyakannya positif, ekonomi yang stabil dan akan terus perlahan dalam pertumbuhan yang stabil. PMI bukan pembuatan dijangka mencatat kenaikan kepada 54.9 mata pada bulan April.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Inventori minyak AS meningkat sebanyak 2 juta tong minggu lalu, mencapai puncak sepanjang masa 540.6 juta tong. Harga minyak meningkat kira-kira 3%, mencecah paras tertinggi baru tahun 2016 selepas Dollar AS menjadi lemah apabila Federal Reserve AS mengumumkan bahawa ia akan mengekalkan kadar tidak berubah. Penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 1.4 juta tong. Ahli ekonomi percaya pertambahan dalam inventori baru-baru ini, adalah juga didorong oleh kelemahan Dollar.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran meningkat minggu lepas kepada 257 ribu, tetapi masih kekal pada tahap yang terendah dalam sejarah selaras dengan pasaran buruh yang teguh. Jumlah tuntutan meningkat sebanyak 9 ribu daripada minggu sebelum ini, selari dengan ramalan pasaran. Pasaran buruh terus mencatatkan pertumbuhan sihat walaupun terdapat kebimbangan mengenai kelembapan yang lebih luas dalam pertumbuhan ekonomi AS pada awal 2016. Jumlah tuntutan baru dijangka mencecah 261 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 8:30 Malam

Data Pekerjaan Kanada:  Pasaran buruh Kanada menambah 40,600 pekerjaan pada bulan Mac, mengurangkan kadar pengangguran daripada 7.3% pada bulan Februari kepada 7.1%. Ini adalah kenaikan bulanan terbesar sejak Oktober 2015. 35,300 jawatan adalah sepenuh masa, 65,100 jawatan telah diwujudkan dalam sektor swasta, kedudukan sektor awam menurun sebanyak 2,600 jawatan dan 74,700 jawatan baru adalah dalam sektor perkhidmatan. Kadar pengangguran belia pula merangkak kepada 13.4% pada bulan lepas, daripada 13.3% pada Februari. Laporan itu juga menunjukkan bahawa jawatan bekerja sendiri di seluruh Kanada meningkat sebanyak 22 ribu pada bulan lepas, manakala jumlah bersih pekerjaan meningkat sebanyak 62,600 jawatan. Kali ini pasaran buruh Kanada dijangka berkembang dengan hanya 200 pekerjaan, manakala kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 7.2%.

‘Non-Farm Payroll’ (NFP) AS:  Laporan pekerjaan bulanan AS menunjukkan perkembangan yang kukuh pada bulan Mac, dengan kenaikan gaji yang menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan dan memberi isyarat kepada Feds untuk meneruskan dengan pelan kenaikan kadar secara beransur-ansur. Pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) meningkat 215 ribu pada bulan Mac berikutan tambahan 242 ribu pada bulan sebelumnya. Purata pendapatan setiap jam menokok tujuh sen. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada 5.0% daripada tahap terendah lapan tahun sebanyak 4.9% yang dicatatkan pada Februari. Feds menurunkan tinjauan ekonominya dalam keadaan harga minyak yang murah dan Dolar yang kuat, dengan berkata ianya adalah wajar untuk “meneruskan dengan berhati-hati dalam dasar menyesuaikan diri.” Angka positif pada bulan Mac menunjukkan trend positif dalam ekonomi Amerika Syarikat. Pertumbuhan bulanan dalam sektor bukan perladangan dijangka mencecah 206 ribu dan kadar pengangguran kekal pada 5% dalam laporan kali ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register