banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 20 – 24 April 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

US Dollar menghadapi minggu yang mencabar, di mana data ekonomi AS kebanyakannya lemah, sekaligus menjatuhkan nilai mata wang Amerika itu. Bolehkah suku kedua tahun ini diharapkan untuk memulihkan semula permintaan untuk Dollar atau keadaan yang lebih buruk sedang menanti Dollar?

Data inflasi di New Zealand dan Australia, “Durable goods orders” AS dan pelbagai ucapan bank pusat bakal menjadi perhatian utama minggu ini.

telegram-moshed

Sedikit ulasan minggu lepas:

Majoriti data ekonomi AS minggu lepas, begitu mengecewakan dengan data perumahan dan pasaran buruh yang meleset dari jangkaan serta jualan runcit yang lemah. “Unemployment claims” meningkat sebanyak 12,000 kepada 294 ribu,  manakala “building permits mencapai 1.04 juta berbanding jangkaan 1.08 juta dan “housing starts” pula pada 930 ribu buah berbanding jangkaan 1.04 juta.

“Retail sales” mencatatkan peningkatan 0.9%, di bawah kenaikan 1.1% yang dijangkakan dan “core retail sales” menokok 0.4% jauh lebih rendah daripada 0.7% yang dijangka. Walau bagaimanapun, Philadelphia Fed Manufacturing Index mengejutkan dengan 7.5 mata berbanding 5 pada bulan-bulan sebelumnya, malah melebihi jangkaan 6.5 mata. Adakah data AS akan stabil minggu ini?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 6:45 Pagi

Data Inflasi New Zealand:  Harga pengguna(CPI) di New Zealand menurun sebanyak 0.2% pada suku keempat tahun 2014, ekoran harga minyak dan sayur-sayuran yang lebih rendah. Ini adalah penurunan pertama sejak suku keempat tahun 2012. Penganalisis menjangka bahawa “interest rate” akan stabil pertumbuhan ekonomi tahunan dijangka sebanyak 0.9% berbanding 0.8% pada sebelumnya. Walau bagaimanapun, tambang penerbangan antarabangsa meningkat 7.3%, manakala tambang penerbangan domestik naik 8.3%. Kos perumahan juga penyumbang positif kepada inflasi dalam suku keempat 2014. Harga pengguna(CPI) dijangka merosot sekali lagi sebanyak 0.2%.

Isnin, 10:05 Malam

Ucapan Gabenor Bank of Canada:  Gabenor BOC Stephen Poloz dijadualkan berucap di New York.  Beliau dijangka berucap mengenai keputusan bank pusat Kanada untuk mengekalkan “interest rate” pada mesyuarat baru-baru ini dan unjuran beliau yang begitu positif untuk pertumbuhan ekonomi Kanada walaupun kelembapan ekonomi semasa, terkesan dari kejatuhan harga minyak.

Selasa, 12:30 Pagi

Ucapan Gabenor Royal Bank of Australia:  Gabenor RBA Glenn Stevens dijangka berucap di New York. Beliau juga dijangka berucap tentang keputusan RBA untuk mengekalkan “interest rate” pada 2.25%, walaupun terdapat spekulasi hebat dikalangan para penganalisa tentang penurunannya.

Selasa, 5:00 Petang

Jerman ZEW Economic Sentiment:  Sentimen pelabur Jerman kekal positif pada bulan Mac, meningkat untuk kali kelima berturut-turut kepada 54.8 daripada 53 pada bulan Februari ekoran peningkatan permintaan domestik. Walau bagaimanapun kebimbangan mengenai Greece dan Ukraine mengaburkan pandangan masa hadapan. Penganalisis menjangka angka yang lebih tinggi tetapi menjangkakan perkembangan yang optimis selepas krisis Greece dan Ukraine mengendur. Sentimen pelabur dijangka meningkat kepada 56.

Rabu, 9:30 Pagi

Data inflasi Australia:  Inflasi Australia pada suku keempat 2014, meningkat 0.2% selepas daripada kenaikan 0.5% yang dilaporkan pada suku ketiga. Bacaan di luar jangkaan mencerminkan harga yang lebih rendah untuk penjagaan kesihatan dan pengangkutan, disebabkan oleh penurunan harga minyak yang berterusan. Kejatuhan harga minyak adalah punca utama untuk inflasi yang stabil pada suku keempat. Tetapi Inflasi teras, yang merupakan ukuran yang lebih tepat, merekodkan peningkatan sebanyak 0.7% sekaligus menjadikan bacaan 2.3% mencapai sasaran tahunan dalam julat 2-3% sasaran RBA. CPI dijangka meningkat sebanyak 0.1%.

Rabu, 10:00 Malam

“Existing home sales” AS: Jualan rumah sedia ada, merupakan transaksi majority dalam ekonomi Amerika. Selepas jatuh kepada 4.88 juta pada bulan Februari, kenaikan kepada 5.04 juta adalah dalam jangkaan. Data adalah untuk jualan tahunan.

Khamis, 8:30 Malam

“Unemployment claims” AS:  Bilangan rakyat Amerika memfailkan tuntutan pertama untuk bantuan pengangguran meningkat sebanyak 12,000 menjadikan jumlah terkumpul 294 ribu pemohon. Peningkatan untuk dua minggu berturut-turut. Walau bagaimanapun, bilangan pekerja yang menganggur adalah masih rendah. Purata empat minggu, meningkat sebanyak 250 menjadikan jumlah terkumpul 282,750; hampir sama seperti pada minggu sebelumnya. Jumlah keseluruhan rakyat Amerika yang mendapat bantuan susut kepada 2.27 juta, yang terendah sejak lebih 14 tahun lalu. Bilangan tuntutan dijangka bertambah 90,000 minggu ini.

Khamis, 10:00 Malam

“New Home Sales” AS:  Jualan rumah baru membentuk bahagian yang lebih kecil daripada transaksi ekonomi Amerika Syarikat, tetapi permulaannya mencetuskan pelbagai aktiviti ekonomi. Kejatuhan dijangka daripada paras tertinggi sebanyak 539 ribu (tahunan) yang dilihat pada bulan Februari kepada 514 ribu kini.

Jumaat

Mesyuarat Eurogroup:  Mesyuarat Eurogroup yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Kewangan dari Euro-Zone akan menjadi penting untuk Greece. Melainkan jika suatu perjanjian pembiayaan dicapai, Greece tidak akan menerima program bantuan ketiga dari ECB, mengakibatkan ia bangkrap. Athens yang tidak menerima bantuan dana kecemasan sejak Ogos tahun lepas telah menjadi bertambah sukar untuk menampung bayaran di tengah-tengah krisis tunai, telah mengambil jalan keluar dengan langkah-langkah seperti meminjam daripada perbadanan negeri-negeri dalam Greece.

Jumaat, 4:00 Petang

“IFO Business Climate” Jerman:  Jerman “IFO business climate” meningkat kepada 107.9 pada bulan Mac daripada 106.8 pada bulan Februari, mengatasi jangkaan 107.3.  Keyakinan tentang keadaan perniagaan semasa bersama prospek untuk enam bulan hadapan meningkat. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan harga minyak yang rendah meningkatkan permintaan domestik. Ahli ekonomi IFO percaya ekonomi akan terus berkembang pada bulan-bulan akan datang.

Jumaat, 8:30 Malam

“Durable Goods Orders” AS:  Pesanan untuk barangan tahan lama (barangan tahan sekurang-kurangnya 3 tahun, selalunya peralatan industri) merosot pada bulan Februari sebanyak 1.4% meleset dari jangkaan tambahan sebanyak 0.3%. Sementara itu, pesanan teras (tidak termasuk pengangkutan) jatuh 0.4% yang merupakan kejatuhan lima bulan berturut-turut. Bacaan yang lemah ini terkesan dari permintaan domestic yang mula melemah, walaupun terdapat pertumbuhan dalam sektor pekerjaan. Walau bagaimanapun, ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan yang meningkat pada bulan-bulan akan datang.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register