728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 21 – 25 Dec 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Federal Reserve AS menaikkan kadar dan langit tidak pun runtuh. Dollar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang selepas kenaikan tersebut. Data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Amerika Syarikat dan Kanada, pesanan barangan tahan lama dan tuntutan bantuan pengangguran AS adalah tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran sebelum cuti Krismas.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Federal Reserve AS menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad; sekaligus menunjukkan keyakinan Feds terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Bank Pusat AS itu menaikkan kadar sebanyak satu perempat daripada satu peratus (25 mata asas) kepada di antara 0.25% dan 0.50%. Pembuat dasar mengulangi bahawa ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan prestasi yang baik dan dijangka akan bertambah baik.

Pasaran buruh maju jauh mencapai kadar pengangguran sebanyak 5%. Tambahan pula, inflasi dijangka meningkat dalam jangka masa sederhana ke arah sasaran 2%. Pegawai-pegawai Feds mengumumkan bahawa kenaikan kadar tersebut adalah permulaan yang “beransur-ansur” dalam kitaran pengetatan dasar monetari AS.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 9:30 Malam

KDNK (GDP) AS Akhir:  Pertumbuhan ekonomi AS telah disemak semula ke atas dalam semakan pertama, tetapi masih menunjukkan pertumbuhan yang sederhana sebanyak 2.1% setahun. Ahli ekonomi menjangkakan KDNK (GDP) AS meningkat 1.9% pada bacaan akhir bagi suku ketiga dengan harapan yang lebih tinggi untuk suku keempay yang akan berakhir tidak lama lagi.

Rabu, 9:30 Malam

KDNK (GDP) Kanada:  Ekonomi Kanada memecahkan perkembangan tiga bulan berturut-turut pada bulan September lalu, dengan penguncupan KDNK (GDP) sebanyak 0.5%. Sektor tenaga mempengaruhi output dengan penurunan 5.5% dalam harga minyak, sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai pertumbuhan pada suku terakhir 2015. Terdapat juga penurunan dalam sektor pembuatan, dan perdagangan borong. Walau bagaimanapun, ekonomi Kanada berkembang pada suku ketiga dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.3%, selepas pengucupan selama dua suku berturut-turut. Walau bagaimanapun, ahli ekonomi tidak menjangkakan pertumbuhan yang kukuh pada suku keempat nanti.

Tempahan Barangan Tahan Lama AS:  Tempahan untuk barangan tahan lama AS mencatatkan kenaikan yang kukuh sebanyak 3.0% pada bulan Oktober lalu, selepas dua bulan mengalami kemerosotan. Pelaburan perniagaan merupakan penyumbang utama dengan kenaikan sebanyak 1.3%. Permintaan untuk pesawat komersil juga meningkat. Sementara itu, tempahan teras yang tidak termasuk barangan pengangkutan, meningkat selepas penyelarasan bermusim sebanyak 0.5% pada bulan Oktober lalu, mengatasi unjuran untuk peningkatan sebanyak 0.3%. Tempahan barangan tahan lama dijangka merosot 0.6% pada kali ini. Manakala tempahan teras diramalkan meningkat 0.1%.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran menurun minggu lepas daripada paras tertinggi dalam masa lima bulan seramai 282 ribu kepada 271 ribu pemohon; sekaligus menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam pasaran buruh AS. Ia adalah minggu ke 41 yang berturut-turut dimana tuntutan kekal di bawah angka 300 ribu pemohon. Angka tersebut menyokong keputusan Feds yang menaikkan kadar sehari sebelum itu. Walaupun tuntutan cenderung untuk menjadi tidak menentu sekitar musi cuti, trend ini terus menunjukkan sektor pekerjaan yang mantap. Purata bergerak tuntutan empat minggu susut 250 kepada 270,500 tuntutan pada minggu lepas. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka mencecah 270 ribu pemohon pada minggu ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register