Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 21 – 25 Sep 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dolar menerima tamparan dari Federal Reserve yang negatif, tetapi sebahagiannya berjaya dipulihkan. Selain dari semua keputusan penting, kita mempunyai pilihan raya di Greece, ucapan Presiden ECB Mario Draghi, pesanan barangan tahan lama AS, tuntutan pengangguran AS, data GDP AS dan ucapan Presiden Feds Janet Yellen yang merupakan tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Federal Reserve AS memutuskan untuk mengekalkan kadar tidak berubah, di tengah-tengah kebimbangan terhadap ekonomi global, ketidakstabilan pasaran dan inflasi yang tidak berubah di Amerika Syarikat. Walaupun Feds bernada dovish, ia masih meninggalkan pintu yang terbuka untuk kenaikan kadar pada akhir tahun ini.

Tambahan pula, unjuran ekonomi FOMC dikeluarkan pada masa yang sama menunjukkan 13 daripada 17 pembuat dasar menjangkakan kenaikan kadar pada tahun ini, kurang dari 15 pada mesyuarat terakhir pada bulan Jun lalu.  Adakah kita masih akan melihat kenaikan kadar pada tahun ini? Kebimbangan Feds mungkin akan menyebabkan kebimbangan untuk bank pusat lain juga, dan kita boleh melihat reaksi yang negatif dari bank-bank pusat yang lain.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Ahad.

Pilihan Raya Parlimen Greek:  Bekas Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras meletak jawatan selepas tujuh bulan berkhidmat dari tempoh perkhidmatan empat tahun, berikutan bantahan yang kuat dari Parti Syriza ke atas perjanjian ketiga dengan pemiutang Greece, walaupun beliau mengumumkan untuk menamatkan penjimatan. Tsipras mengumumkan pilihan raya umum dengan harapan untuk memperbaharui undi keyakinan untuknya. Ahli-ahli yang memberontak membentuk sebuah parti baru, iaitu Popular Unity yang menyokong Greece keluar daripada mata wang bersama Eropah-Euro.  Namun satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan parti baru tersebut tidak akan dapat masuk ke dalam Parlimen. Syriza masih mendahului perlumbaan, diikuti oleh parti New Democracy yang berhaluan kanan dan neutral itu. Keputusan majoriti mutlak untuk mana-mana parti adalah positif untuk Euro, manakala parlimen yang tergantung akan menjadi negatif untuk Euro.

Rabu, 9:45 Pagi

China Caixin Flash Manufacturing PMI:  Langkah bebas dan ke hadapan yang dibuat oleh ekonomi China adalah sangat penting untuk dunia, terutama selepas Presiden Feds Janet Yellen meletakkan penekanan kepada kelembapan ekonomi China. Selepas bacaan akhir 47.3 mata pada bulan Ogos, angka awal bagi September dijangka disemak sehingga 47.6.  Ini bermakna ia masih kekal dalam kawasan penguncupan, iaitu di bawah tanda 50 mata.

Rabu, 9:00 Malam

Ucapan Presiden ECB:  Presiden ECB Mario Draghi bakal berucap di hadapan Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan Parlimen Eropah di Brussels. Selepas Bank Pusat Eropah menurunkan ramalan inflasi dan pertumbuhan bagi 2015 dan dua tahun berikutnya; Encik Draghi membayangkan bahawa QE tambahan boleh dilaksanakan untuk merangsang aktiviti ekonomi jika perlu. Beliau juga mengakui bahawa inflasi boleh bertukar negatif dalam masa terdekat. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Khamis 4:00 Petang

IFO Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen perniagaan Jerman meningkat pada bulan Ogos kepada 108.3 daripada 108 pada bulan Julai, selepas data pembuatan yang positif dilaporkan. Ekonomi menunjukkan pertumbuhan yang berterusan pada suku kedua dengan kenaikan 0.4%, selepas peningkatan 0.3% dalam suku pertama. Syarikat-syarikat yang dibanci memberi komen lebih positif mengenai keadaan semasa. Walau bagaimanapun, mereka agak kurang yakin mengenai iklim perniagaan pada masa depan. Keyakinan perniagaan dijangka berkurangan kepada 107.8 pada bulan September.

Khamis, 8:30 Malam

Pesanan Barangan Tahan Lama AS:  Pesanan untuk barangan tahan lama dan perkilangan AS terus bertambah baik pada bulan Julai, meningkat untuk bulan kedua berturut-turut. Pesanan baru meningkat sebanyak 2.0%, iaitu $ 241.1 bilion pada bulan Julai, berikutan kenaikan 4.1% pada bulan Jun. Ahli ekonomi menjangkakan kejatuhan 0.4%. Sementara itu, pesanan untuk barangan perkilangan, tidak termasuk sektor pengangkutan, naik 0.6% kepada $158 bilion pada bulan Julai, selepas peningkatan disemak turun semula sebanyak 0.6% pada bulan Jun. Angka positif tersebut menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dalam suku ketiga. Pesanan barangan tahan lama dijangka menguncup 2.0%, manakala pesanan teras dijangka menjadi 0.2%.

Tuntutan Pengangguran AS: Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran jatuh tidak disangka-sangka pada minggu lepas sebanyak 11 ribu kepada 264 ribu, sekaligus menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran buruh AS. Purata bergerak empat minggu susut kepada 272,500 dari 275,250 pada minggu sebelumnya. Tuntutan pengangguran yang masih berterusan pula turun kepada 2.237 juta dari 2.263 juta pada minggu sebelumnya. Jumlah tuntutan diramal akan mencapai 268 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 5:00 Pagi

Ucapan Presiden Feds AS:  Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen bakal berucap di Universiti Massachusetts. Beliau boleh merujuk kepada keputusan Feds AS untuk mengekalkan kadar dan bercakap tentang jadual baru untuk kenaikan kadar yang dinanti-nantikan. Turun naik pasaran adalah dijangka seperti biasa. Yellen telah banyak berdiam diri dalam tempoh dua bulan sebelum keputusan itu, tetapi pasti mempunyai perkara yang menarik untuk dikatakan pada sidang akhbar majlis tersebut.

Jumaat, 8:30 Malam

Data GDP AS:  Ekonomi Amerika Syarikat berkembang sebanyak 3.7% pada suku kedua.  Angka ini adalah peningkatan yang ketara berbanding dengan penerbitan awal dan memberi rangsangan kepada dolar AS. Dalam keluaran ketiga dan terakhir kali ini, angka ini dijangka akan disahkan.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register