banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 23 – 27 Mei 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 23 – 27 Mei 2016

Dollar AS menghadapi minggu yang positif, terkesan daripada sokongan Feds. Laporan perkembangan GDP UK dan AS, tempahan barangan tahan lama AS dan laporan tinjauan ekonomi Jerman adalah dijangka menjadi pemacu utama pergerakan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

FOMC Federal Reserve AS menyiarkan minit mesyuarat dasar kewangan bulan April lepas, di mana ia menunjukkan sokongan yang semakin meningkat untuk kenaikan kadar pada bulan Jun depan. Majoriti ahli jawatankuasa mengatakan bahawa jika data ekonomi konsisten dengan pertumbuhan ekonomi pada suku kedua, mereka akan menggesa kenaikan kadar pada bulan Jun.

telegram-moshed

Ucapan susulan dari Presiden Feds New York Encik William Dudley juga membuka pintu untuk kenaikan pada bulan Julai, selepas Referendum keahlian EU di UK. Dalam apa jua keadaan terdapat peralihan agresif dan ianya menyokong Dollar. Di UK, sokongan lebih kepada kempen pemilihan “pro-kekal” membantu Pound. Matawang komoditi pula berada di bawah tekanan.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 5:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman:  Sentimen ekonomi di Jerman meningkat semula pada bulan April, meningkat mendadak kepada 11.2 mata daripada 4.3 mata pada bulan sebelumnya. Bacaan adalah jauh lebih baik daripada anggaran 8.2 mata dan ZEW berkata data itu dipengaruhi oleh data ekonomi yang lebih baik dari China, walaupun ia masih menimbulkan risiko kepada pertumbuhan eksport Jerman. Tambahan pula, kemungkinan UK keluar dari EU menimbulkan risiko lain terhadap ekonomi terbesar di Eropah itu, ekoran China dan UK adalah rakan dagangan terbesar di Jerman. Kenaikan seterusnya kepada 12.1 mata adalah dijangka pada kali ini.

Rabu, 4:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen perniagaan Jerman menurun sedikit kepada 106.6 mata, walaupun pasaran mengharapkan kenaikan kepada 107.1 mata. Syarikat-syarikat kurang berpuas hati dengan keadaan perniagaan semasa mereka, manakala jangkaan perniagaan meningkat kepada 100.4 mata daripada 100.0 mata pada bulan Mac lalu, kesan dari pengeluar yang menaik taraf rancangan pengeluaran mereka. Ahli ekonomi dari IFO institut percaya aktiviti ekonomi Jerman akan menunjukkan pertumbuhan 0.6%, manakala suku kedua dijangka lebih lemah dengan kadar pengembangan 0.3%.  Sentimen perniagaan dijangka mencecah 106.9 mata pada laporan kali ini.

Rabu, 10:00 Malam

Keputusan Kadar Kanada:  Bank Pusat Kanada mengekalkan kadar penanda aras pada 0.5% pada bulan April dan seolah-olah tidak mahu apa-apa perubahan dalam beberapa bulan akan datang. Aktiviti ekonomi Kanada telah meningkat pada suku pertama. Bank of Canada (BoC) menjangka pertumbuhan ekonomi akan berterusan pada tahun ini, dengan menaik taraf anggaran asal kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.4% kepada 1.7% untuk tahun 2016. Bagi tahun yang akan datang, 2017, BoC menjangka pertumbuhan sebanyak 2.3%. Walau bagaimanapun kekurangan pelaburan perniagaan akan menjadi kuasa negatif yang mungkin melambatkan kadar pengambilan pekerja dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. BoC dijangka tidak akan mengubah dasar monetarinya pada bulan ini.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Inventori minyak mentah AS bertambah sebanyak 1.3 juta tong, meleset dari ramalan untuk pengurangan besar sebanyak 3.1 juta tong. Perdagangan minyak mentah kekal di atas paras $48 setong. Harga kekal tinggi disebabkan oleh masalah pengeluaran seperti kebakaran hutan besar-besaran di Alberta, Kanada pada awal bulan ini.

Khamis, 4:30 Petang

Data GDP UK:  Ini adalah anggaran kedua untuk suku pertama 2016. Menurut anggaran pertama, ekonomi berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 0.4%. Kelembapan ini mungkin berkaitan dengan ketidakpastian mengenai keputusan referendum ‘Brexit’. Jumlah itu mungkin akan disahkan dalam laporan kali ini.

Khamis, 8:30 Malam

Tempahan Barang Tahan Lama AS:  Tempahan untuk barangan tahan lama meningkat kurang daripada yang dijangkakan pada bulan Mac, mencapai 0.8% selepas penurunan 3.0% pada sebelumnya.  Permintaan yang lemah bagi barangan tahan lama mencadangkan jualan global lembap dan perbelanjaan pengguna AS yang kurang terus memberi kesan pada tempahan. Pakar ekonomi menjangkakan tempahan meningkat 1.9%. Sementara itu, tempahan teras yang tidak termasuk pengangkutan menurun 0.2% pada bulan Mac selepas jatuh 1.3% pada bulan sebelumnya. Tempahan Barangan Tahan Lama dijangka meningkat 0.3% pada bulan April, dan tempahan teras juga dijangka mencatat kenaikan yang sama.

Tuntutan Pengangguran AS: Laporan mingguan tuntutan bantuan pengangguran menunjukkan penurunan sebanyak 16 ribu dalam jumlah tuntutan minggu sebelumnya, yang mencapai 278 ribu. Laporan ini adalah minggu ke-63 di mana tuntutan berada di bawah tahap 300 ribu, sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan yang sihat. Purata bergerak empat minggu meningkat sebanyak 7,500 kepada 275,750 daripada purata minggu sebelumnya sebanyak 268,250. Walaupun trend positif masih berterusan, pasaran buruh telah mula perlahan sejak dua bulan lalu, tetapi ahli ekonomi percaya pasaran pekerjaan akan mendapatkan semula kekuatan pada suku kedua bersama-sama dengan kenaikan yang dijangka dalam pertumbuhan ekonomi. Jumlah tuntutan mingguan dijangka menurun sedikit kepada 275 ribu pemohon.

Jumaat, 8:30 Malam

Data GDP AS:  Menurut anggaran pertama, ekonomi nombor 1 dunia mula perlahan dan hanya maju sebanyak 0.5% dari segi tahunan. Dalam semakan pertama, naik taraf kecil kepada 0.8% adalah dilihat kesan dari beberapa data ekonomi yang lebih baik. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan suku pertama adalah lemah dan kadang-kadang cuaca dipersalahkan, walaupun ianya baik buat masa ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register