728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 25 – 29 Apr 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 25 – 29 Apr 2016

Dollar AS mengakhiri minggu lepas dengan positif. Laporan KDNK (GDP) dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, tempahan barangan tahan lama dan mesyuarat Feds semuanya dijangka menjadi pemacu utama minggu ini. Juga ambil perhatian terhadap keputusan BoJ, yang menjadi lebih penting sekarang.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Data ekonomi AS telah bercampur-campur dengan data perumahan yang lemah dan satu lagi pengurangan dalam tuntutan pengangguran. Kesan daripada sidang kemuncak Doha yang gagal tidak kekal lama dan harga minyak kembali pulih dengan agak pantas. Presiden ECB Mario Draghi cuba untuk tidak merubah keadaan dan akhirnya mendapat Euro yang lebih lemah, manakala laporan yang keluar dari BoJ mengenai pelonggaran terbukti menjadi penggerak pasaran yang besar, akhirnya memukul Yen dengan keras.

telegram-moshed

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 4:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen perniagaan Jerman telah meningkat pada bulan Mac, selepas tiga penurunan berturut-turut, di tengah-tengah keyakinan yang lebih tinggi tentang keadaan semasa serta prospek masa depan. Indeks IFO iklim perniagaan Jerman meningkat kepada 106.7 mata pada bulan Mac daripada 105.7 mata pada bulan Februari. Penganalisis hanya menjangkakan kenaikan ringan kepada 106.1 mata. Jangkaan perniagaan meningkat kepada 100.0 mata pada bulan Mac daripada yang disemak naik 98.9 mata pada bulan Februari, tetapi masih jelas di bawah paras yang dicatatkan pada akhir tahun lepas. Penganalisis menjangkakan sentimen perniagaan akan kekal lembap pada bulan-bulan akan datang. Ahli ekonomi menjangkakan iklim perniagaan Jerman meningkat kepada 107.1 mata.

Selasa, 8:30 Malam

Tempahan Barangan Tahan Lama AS:  Tempahan baru untuk barangan perkilangan tahan lama AS merosot pada bulan Februari, di tengah-tengah kekuatan Dollar yang berterusan dan harga minyak yang kembali rendah. Tempahan barangan tahan lama merosot 2.8% selepas kenaikan 4.2% yang disemak turun pada bulan Januari. Pakar ekonomi menjangkakan penurunan yang lebih teruk kepada -3%. Penurunan tempahan barangan tahan lama menyokong data baru-baru ini yang mencadangkan trend menurun dalam sektor pembuatan hampir berakhir. Sementara itu, tempahan teras tidak termasuk pengangkutan, jatuh 1.0% selepas meningkat 1.8% pada bulan sebelumnya. Tempahan barangan tahan lama dijangka meningkat sebanyak 1.9% buat masa ini, manakala tempahan teras dianggarkan stabil kepada 0.6%.

Selasa, 10:00 Malam

Keyakinan Pengguna AS:  Sentimen pengguna di Amerika Syarikat mengumpulkan segenap kekuatannya pada bulan Mac, tengah-tengah keyakinan yang lebih tinggi mengenai prospek jangka pendek untuk ekonomi AS. Indeks meningkat kepada 96.2 mata pada bulan Mac daripada disemak naik 94.0 mata pada bulan Februari, manakala pakar ekonomi menjangkakan penurunan kepada 93.9 mata. Pandangan enam bulan menunjukkan peningkatan kepada 84.7 mata daripada 79.9 mata pada bulan sebelum ini. Tetapi keadaan ini menurun sedikit kepada 113.5 mata daripada 115 mata pada bulan Februari, mencapai paras terendah sejak November. Sentimen pengguna telah kebanyakannya menjadi positif selama lebih daripada setahun, manakala perbelanjaan pengguna telah perlahan baru-baru ini, meningkat hanya 0.1% setiap bulan antara Disember dan Februari. Tetapi pasaran buruh AS telah semakin bertambah baik, menambah peluang pekerjaan dan gaji sepanjang tahun lalu. Keyakinan pengguna dijangka mencatatkan 95.8 mata pada bulan April.

Rabu, 4:30 Petang

Data KDNK (GDP) UK:  Ekonomi UK berkembang sebanyak 0.6% pada suku terakhir 2015, mencapai kadar pertumbuhan yang lebih baik menurut data terkini. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan tahunan adalah lebih rendah daripada kenaikan 2.9% yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Walaupun terdapat penurunan dalam pertumbuhan, ekonomi UK masih menjadi salah satu daripada ekonomi negara-negara maju yang paling pesat berkembang. Bacaan itu adalah sejajar dengan konsensus pasaran. KDNK (GDP) UK dijangka mencapai 0.4% buat masa ini.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Harga minyak meningkat 4% minggu lepas selepas kenaikan yang lebih kecil daripada jangkaan dalam inventori minyak mentah yang mengimbangi kebimbangan output yang kembali meningkat di Kuwait. Stok minyak mentah meningkat 2.1 juta tong berbanding jangkaan peningkatan 2.2 juta tong. Harga minyak mentah pada mulanya jatuh selepas industri minyak dan gas Kuwait memberhentikan mogok tiga hari mereka dan meningkatkan pengeluaran mereka kepada 1.6 juta tong sehari daripada 1.1 juta pada hari Ahad.

Khamis, 2:00 Pagi

Keputusan Kadar AS:  Dalam mesyuarat dasar sebelumnya, Fed berkata ia tidak akan menaikkan kadar utama yang dirancang pada mulanya. Feds juga memotong unjuran pertumbuhan ekonomi AS dan inflasi, secara radikal menurunkan anggarannya bagi bilangan kenaikan kadar pada 2016. Pengerusi Janet Yellen, menganggarkan pada Disember lalu, bahawa ekonomi akan berkembang 2.4% tahun ini dan Feds akan menaikkan kadar sebanyak empat kali. Tetapi kemudian, pasaran saham menjadi tidak menentu, harga minyak menjunam dan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi AS meningkat pada bulan Januari dan awal Februari. Hasilnya, Yellen dan pemimpin-pemimpin Feds menjangkakan hanya dua kenaikan kadar pada tahun ini. Feds juga menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini kepada 2.2%, berbanding dengan 2.4% yang dilaporkan pada sebelum ini. Tambahan pula, Feds juga menyatakan bahawa kenaikan kadar pada masa hadapan akan berlaku secara beransur-ansur dan bahawa “dasar tidaklah tetap” dan akan berubah dengan mengikut keadaan ekonomi semasa.

Khamis, 5:00 Pagi

Keputusan Kadar NZ:  Reserve Bank of New Zealand mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas, mencapai 2.25% pada mesyuarat bulan Mac lalu. Langkah itu tidak dijangkakan oleh penganalisis. Bank itu berkata bahawa tinjauan ekonomi global bertambah buruk sejak Disember dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah di China dan Eropah. Gabenor RBNZ Graeme Wheeler berkata, industri tenusu New Zealand mengalami cabaran yang sukar tetapi pertumbuhan domestik sedang mengumpul kekuatan di tengah-tengah penghijrahan masuk dan pelancongan. Wheeler juga berkata lebih banyak pemotongan kadar akan dilakukan untuk memastikan inflasi mendap berhampiran pertengahan julat sasaran.

Khamis, 1:00 Petang

Keputusan Kadar Jepun:  Bank of Japan (BoJ) mengekalkan kadar tidak berubah pada pertemuan terakhir pada bulan Januari lalu, di mana ia mengejutkan pasaran dengan mengamalkan dasar kadar negatif, sekaligus membayangkan pemotongan kadar jika diperlukan. BoJ berkata eksport dan pengeluaran adalah lembap disebabkan oleh kelembapan dalam pasaran negara membangun. Kelesuan dijangka berterusan dalam eksport dan pengeluaran untuk hari-hari yang akan datang, manakala permintaan dalam negeri dijangka mengumpul kekuatan.

Khamis, 8:30 Malam

Data KDNK (GDP) AS:  Pertumbuhan ekonomi AS berkembang kurang daripada yang dijangkakan pada suku keempat 2015, ekoran Dollar AS yang kukuh dan permintaan global yang lembap, sekaligus memberikan kesan kepada eksport. Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) meningkat pada kadar tahunan 0.7%. Pelaburan oleh syarikat tenaga menurun dengan harga minyak yang lebih rendah. Pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna juga perlahan. Walau bagaimanapun, pasaran buruh semakin diperkukuhkan. Federal Reserve (Feds) AS mengakui bahawa pertumbuhan perlahan pada akhir tahun lalu, tetapi juga menyatakan bahawa keadaan pasaran pekerjaan adalah semakin bertambah baik. Ekonomi Amerika Syarikat dijangka berkembang sebanyak 0.7% pada suku pertama 2016.

Tuntutan Bantuan Pengangguran AS:  Tuntutan bantuan pengangguran mingguan mencatatkan penurunan yang tidak dijangka mencecah 247 ribu selepas 253 tuntutan pada minggu sebelumnya. Bacaan tersebut adalah lebih baik daripada 265 ribu yang diramalkan oleh penganalisis. Purata bergerak empat minggu tuntutan menurun sebanyak 4,500 kepada 260,500 daripada minggu sebelumnya. Bilangan tuntutan baru dijangka mencecah 252 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 8:30 Malam

Data KDNK (GDP) Kanada:  Ekonomi Kanada berkembang untuk bulan yang keempat berturut-turut pada bulan Januari, sebanyak 0.6%. Bacaan adalah lebih baik daripada ramalan 0.3%. Sektor perkilangan berkembang sebanyak 1.2%, jauh lebih baik daripada 0.4% yang dijangkakan. Sektor minyak dan gas, perkilangan, perdagangan runcit, utiliti dan kewangan juga berkembang, manakala sektor perdagangan borong dan seni, hiburan dan rekreasi menguncup. Sektor perlombongan juga menyusut, terutamanya akibat daripada penurunan dalam harga tembaga, nikel, plumbum dan zink.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register