728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 26 – 30 Okt 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Euro jatuh merudum dan Dollar kembali ke takhta pada minggu lepas yang menarik. Adakah turun naik ini bakal berterusan? Data KDNK(GDP) dari UK, Amerika Syarikat dan Kanada, Pesanan Barangan Tahan Lama AS, dan keputusan kadar di Amerika Syarikat, Jepun dan New Zealand adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Presiden ECB Encik Mario Draghi memberikan tamparan maut kepada euro: Jangkaan pasaran sudah pun tinggi, tetapi beliau melepasinya dengan bercakap tentang memperluaskan dan mengembangkan QE, kejutan mengenai kemungkinan penurunan kadar dan tanda-tanda jelas bahawa tindakan akan diambil bila perlu. Kebimbangan yang disuarakan oleh Encik Draghi telah diburukkan lagi dengan penurunan kadar pinjaman di China dan dengan itu Dollar AS kembali menjadi raja.

Amerika Syarikat juga menikmati data perumahan dan pekerjaan yang positif, sekaligus membuka pintu untuk kenaikan kadar Feds menjelang akhir tahun. Di tempat lain, “loonie” mengalami ramalan yang lebih rendah dan minyak yang jatuh semula, kiwi pula dari kejatuhan harga tenusu dan hanya pound sahaja yang seolah-olah mempunyai harapan.  Adakah trend positif ini bakal berterusan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 5:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen perniagaan Jerman meningkat tanpa dijangka pada bulan September, mencapai 108.5 selepas dikemaskini kepada 108.4 pada bulan Ogos. Bacaan mencadangkan bahawa kelembapan di China tidak mempunyai kesan serta-merta kepada pengeksport Jerman. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan 107.8. Syarikat-syarikat kurang positif tentang keadaan semasa untuk perniagaan mereka berbanding dengan bulan Ogos. Bagaimanapun, sentimen pada Oktober dijangka menurun berikutan skandal Volkswagen. Penganalisis menjangkakan iklim perniagaan mencapai 108.1 buat masa ini.

Selasa, 5:30 Petang

Data KDNK (GDP) UK:  Ekonomi di UK berkembang 0.7% pada suku kedua, berbanding dengan pertumbuhan sebanyak 0.4% pada suku sebelumnya. Pengeluaran ekonomi adalah 2.6% lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun lalu. Ini adalah suku kesepuluh bagi pertumbuhan ekonomi yang mapan. Angka pengeluaran industri mencatatkan peningkatan terbesar sejak lewat tahun 2010, meningkat 7.8%. Permintaan dalam negeri meningkat kerana inflasi yang rendah meningkatkan perbelanjaan pengguna. Walau bagaimanapun, masih terdapat risiko dalam ekonomi dunia dengan ketidakstabilan di Euro-Zone dan di China. GDP UK dijangka mencapai 0.6% pada suku ketiga.

Selasa, 8:30 Malam

Pesanan Barangan Tahan Lama AS:  Trend positif dalam jumlah pesanan untuk peralatan tahan lama terhenti pada bulan Ogos, di tengah-tengah ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan kebimbangan bahawa pertumbuhan global semakin perlahan. Pesanan, tidak termasuk alat kelengkapan pengangkutan, kekal tidak berubah selepas meningkat 0.6% pada bulan sebelumnya. Pesanan untuk semua barangan tahan lama menjunam 2% disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertahanan dan pesawat. Walau bagaimanapun, kedua-dua pesanan barangan modal dan penghantaran dijangka pulih pada suku ketiga. Pesanan barangan tahan lama diramalkan merosot 1.1%, manakala pesanan teras dijangka tidak berubah.

Selasa, 10:00 Malam

CB Keyakinan Pengguna AS:  Indeks Lembaga Persidangan Keyakinan Pengguna AS meningkat kepada 103 pada bulan September, melebihi anggaran 96.2 selepas bacaan 101.3 pada bulan Ogos. Pengguna yang berkata keadaan perniagaan adalah “baik” meningkat daripada 23.7% kepada 28.0%, manakala mereka yang mendakwa keadaan perniagaan adalah “buruk” menurun daripada 17.8% kepada 16.7%. Jangkaan prospek jangka pendek kekal tidak berubah pada bulan September. Peratusan pengguna yang menjangkakan keadaan perniagaan bakal bertambah baik dalam tempoh enam bulan akan datang meningkat daripada 16.6% kepada 17.9%. Keyakinan Pengguna dijangka mencecah 102.5 pada kali ini

Khamis, 2:00 Pagi

Keputusan Kadar AS:  Feds AS dijangka membiarkan dasar tidak berubah pada mesyuarat kali ini, yang tidak mempunyai sidang akhbar mahupun ramalan baru. Pasaran akan memberi tumpuan kepada kenyataan untuk petunjuk tentang kenaikan pada bulan Disember. Sejak mesyuarat terakhir di mana Feds tersilap dalam langkah berhati-hati, pasaran mendapat kenyataan Feds yang lebih yakin, tetapi ini telah diikuti dengan data NFP yang lemah. Data lain adalah bercampur-campur: inflasi yang meningkat tetapi jualan runcit yang lemah. Terdapat peluang yang baik bahawa Feds akan meninggalkan pasaran dengan sedikit kekeliruan, dengan membuka semua pilihan yang ada. Mungkin pasaran boleh mendapat kesan berpotensi untuk data KDNK (GDP) pada hari berikutnya dari nada kenyataan itu, memandangkan Feds mempunyai angka tersebut sebelum dilaporkan kepada pasaran.

Khamis, 4:00 Pagi

Keputusan Kadar NZ:  Bank Pusat New Zealand menurunkan kadar pinjaman pada bulan September, menyatakan bahawa pengurangan selanjutnya boleh dilakukan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi; selepas kejatuhan mendadak harga eksport dan kelembapan aktiviti pembinaan semula ekoran gempa bumi di Christchurch. Walaupun dengan langkah-langkah ransangan, pembuat dasar masih menjangkakan kelemahan seterusnya dalam kiwi, terkesan dari kejatuhan mendadak harga komoditi eksport baru-baru ini. RBNZ juga menurunkan jangkaan pertumbuhan mereka. Kali ini, juri menyatakan ekonomi yang kuat bakal menghadapi prospek yang lebih rendah. Ketidakpastian ini memungkinkan reaksi yang kuat dalam apa jua keadaan: kekalkan kadar atau turunkannya.  Diingatkan bahawa jika RBNZ tidak menurunkan kadar pada masa ini, ia mungkin akan melakukannya pada masa akan datang.

Khamis, 8:30 Malam

Data KDNK (GDP) AS:  Ekonomi Amerika mendapat momentum pada suku kedua, berkembang 3.9% pada asas tahunan mengikut data terkini.  Memandangkan data baru-baru ini, ahli ekonomi percaya pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat telah berkurangan pada suku ketiga, dengan ramalan pada kadar 1.6%.  Perlu diingatkan bahawa laporan pertama biasanya banyak disemak semula pada dua laporan berikutnya.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat kepada 259 ribu minggu lepas daripada 256 ribu pada minggu sebelumnya. Bacaan adalah lebih baik daripada unjuran 266 ribu oleh penganalisis, menunjukkan pasaran buruh yang kekal kukuh. Purata bergerak empat minggu merosot kepada 263 ribu – paras terendah sejak tahun 1973.

Jumaat

Keputusan Kadar Jepun:  Bank of Japan mengekalkan dasar kewangannya dalam mesyuarat pertama bulan Oktober, mengakui risiko daripada kelembapan dalam pasaran negara membangun, tetapi yakin mengenai kekuatan ekonomi dalam negeri. Bank Pusat Jepun berkata ia akan terus membeli bon kerajaan Jepun pada kadar ¥80 trilion setahun. Dan kini, BoJ juga membuat pandangan setengah tahun, dan ini dilihat sebagai masa yang terbaik untuk bertindak.  Adakah mereka akan bertindak atau sebaliknya?  Klue dari kerajaan Jepun menunjukkan tiada sebarang tindakan. Walau bagaimanapun, memandangkan pelonggaran di Euro-Zone dan China, BoJ mungkin menumpang dengan pelonggarannya sendiri, kadar negatif atau QE.

Jumaat, 8:30 Malam

Data KDNK (GDP) Kanada:  Ekonomi Kanada berkembang selama dua bulan berturut-turut pada bulan Julai, menunjukkan satu peralihan positif daripada enam bulan pertama 2015. KDNK (GDP) meningkat sebanyak 0.34% pada bulan Julai selepas pertumbuhan 0.44% yang dicatatkan pada bulan Jun. Harga minyak yang rendah dan musim sejuk yang teruk, menyebabkan penurunan 0.9% dalam tempoh 5 bulan pertama. Ahli ekonomi percaya KDNK (GDP) suku ketiga dijangka berkisar antara 2.5% dan 3%, jauh melebihi 1.5% yang diunjurkan oleh Bank of Canada dalam ramalan pada pertengahan Julai lalu.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register