728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 27 April – 1 Mei 2015

 

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS tidak mendapat sokongan daripada data-data ekonomi Amerika Syarikat dan mengalami kejatuhan nilai. Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk para ‘traders’ yang bakal menutup journal dagangan bulanan: Laporan GDP dari UK, Amerika Syarikat dan Kanada dan tiga mesyuarat “interest rate”. Federal Reserve Amerika Syarikat bakal menjadi tumpuan utama minggu ini.

telegram-moshed

Sedikit ulasan minggu lepas:

Data AS kebanyakannya berada di bawah jangkaan, dengan peningkatan 1,000 dalam bilangan tuntutan pengangguran, mencapai 295 ribu. Satu lagi laporan mengecewakan datang dari pasaran perumahan, di mana jualan rumah baru untuk keluarga tunggal mencatatkan kejatuhan paling ketara tempoh 18 bulan, turun 11.4% kepada 481 ribu unit pada bulan Mac. Pesanan barangan tahan lama juga agak membimbangkan.

Di Euro-Zone pula, data adalah tidak meyakinkan dan krisis Greece semakin mengelirukan. UK menghampiri pilihan raya tetapi data ekonomi walaupun tidak kelihatan terlalu baik, masih berkesan kepada pasaran. Aussie pula telah ditundukkan oleh China dan kiwi dengan RBNZ.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 4:30 Petang

GDP UK:  Pemulihan ekonomi Britain hilang momentum pada suku keempat 2014, berkembang pada 0.5% berbanding 0.7% pada suku ketiga. Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi akan berkembang pada 0.6%. Penurunan utama berlaku di sektor pembinaan. Sektor perkhidmatan UK berkembang pada 0.8% pada suku keempat tahun lepas. Walaupun 2014 menghadapi pertumbuhan yang lembap, ianya adalah yang paling kukuh sejak sebelum krisis kewangan 2008, dengan peningkatan tahunan sebanyak 2.6%. Ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan suku pertama akan mencapai 0.5%.

Selasa, 10:00 Malam

Keyakinan Pengguna AS: Keyakinan pengguna AS meningkat pada bulan Mac kepada 101.3 daripada 98.8 pada bulan Februari di tengah-tengah pasaran buruh yang optimis. Cuaca musim sejuk yang teruk dan permintaan global yang masih lemah, membantutkan pertumbuhan awal pada suku pertama. Tetapi pengguna terus optimis dengan pasaran buruh. Sesetengah penganalisis percaya pertumbuhan ekonomi yang lemah boleh menyebabkan Federal Reserve menangguhkan kenaikan “interest rate” yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, data perumahan yang positif bersama-sama dengan laporan pekerjaan yang sihat menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat masih berkembang baik. Keyakinan pengguna AS dijangka meningkat kepada 102.6 pada bulan April.

Rabu, 8:30 Malam

GDP AS: Ekonomi Amerika Syarikat perlahan lebih daripada yang dijangkakan pada suku keempat tahun 2014 setelah perbelanjaan kerajaan menurun secara mendadak dan pelaburan perniagaan dihentikan. GDP mencapai kadar tahunan sebanyak 2.2% daripada kenaikan 5% yang kukuh dalam suku ketiga. Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan 3%. Ekonomi berkembang 2.4% pada tahun 2014 berbanding dengan 2.2% pada tahun 2013. Penganalisis meramalkan lonjakan dalam pertumbuhan di tengah-tengah kejatuhan harga bahan api yang meningkatkan kuasa beli pengguna. Penganalisis meramalkan pertumbuhan 1.1% pada suku pertama.

Khamis, 2:00 Pagi

Federal Reserve FOMC AS: Federal Reserve AS semakin hampir dengan kenaikan “interest rate” dalam mesyuarat bulan Mac, tetapi menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi, yang menunjukkan mereka tidak tergesa-gesa dalam menormalkan “interest rate”. Perkataan “Patient” (Sabar) telah dibuang dari kenyataan Feds, meningkatkan prospek kenaikan “interest rate” tetapi pada masa yang sama tidak memberikan tarikh tertentu. Presiden Feds Janet Yellen memberitahu pemberita bahawa kenaikan pada Jun ini tidak boleh ditolak. Penganalisis tidak menjangka Fed menaikkan “interest rate” buat masa ini. Kebimbangan mengenai ekonomi AS akan diteliti dengan rapi.

Khamis, 5:00 Pagi

Kenyataan RBNZ: Reserve Bank of New Zealand mengekalkan “interest rate”, menyatakan ia tidak akan menurunkannya seperti yang dilakukan oleh 18 bank-bank pusat di seluruh dunia dan menjanjikan “tempoh kestabilan” sehingga dua tahun. Gabenor RBNZ Graeme Wheeler masih menyuarakan kebimbangan beliau tentang kekuatan Dollar dan keperluan segera untuk susut nilai. RBNZ menjangkakan inflasi akan kekal rendah untuk sepanjang tahun ini. “Interest rate” dijangka kekal tidak berubah, tetapi komen-komen yang pesimis berkemungkinan diulangi seperti baru-baru ini.

Khamis

Kenyataan Bank of Japan: Bank of Japan telah mengekalkan dasar monetarinya pada mesyuarat lalu, walaupun tarikh akhir dua tahun untuk sasaran inflasi 2.0% telah berlalu dan inflasi masih kekal hampir sifar. Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda menyatakan jangkaan inflasi adalah positif walaupun kejatuhan sementara berlaku ekoran kejatuhan harga minyak dan BoJ adalah di landasan yang betul dan langkah-langkah ransangan ekonomi akan diteruskan seperti yang dirancang. Ahli ekonomi tidak mengharapkan apa-apa perubahan dasar buat masa ini.

Khamis, 8:30 Malam

GDP Kanada: Ekonomi Kanada menyusut 0.1% pada bulan Januari, selepas kenaikan 0.3% pada bulan Disember lalu. Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan 0.2% pada bulan Januari. Pengeluaran minyak dan gas meningkat 2.6% dan carigali minyak diteruskan walaupun harga rendah. Walau bagaimanapun, ahli ekonomi percaya harga minyak yang rendah akan memberi kesan negatif kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi, yang boleh memaksa Bank of Canada untuk menurunkan “interest rate” 25 basis points (0.25%) lagi pada masa akan datang. Ekonomi Kanada dijangka menguncup 0.2% pada bulan Februari.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS: Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan kali pertama untuk faedah pengangguran meningkat sebanyak 1,000 minggu lepas menjadikannya 295 ribu. Walaupun pasaran mengharapkan angka yang lebih rendah, 288 ribu, bilangan pemecatan adalah yang terendah dalam masa 15 tahun, menunjukkan penurunan baru-baru ini dalam pengambilan pekerja baru hanyalah sementara. Purata empat minggu menurun sebanyak 22 ribu, kepada 2.31 juta; paras terendah sejak Disember 2000. Jumlah tuntutan dijangka mencecah 297 ribu minggu ini.

Jumaat, 10:00 Malam

“ISM Manufacturing PMI” AS: “Manufacturing PMI” AS jatuh pada Mac buat kali pertama dalam masa 14 bulan, kepada 51.5 daripada 52.9 pada bulan Februari. Bacaan itu adalah di bawah jangkaan pasaran sebanyak 52.5. Indeks pekerjaan susut 1.4 mata kepada 50. Eksport semakin menguncup kepada 47.5 daripada 48.5. Pengeluaran berkembang, tetapi pertumbuhan pesanan baru menjadi perlahan kepada bacaan 51.8. “Manufacturing PMI” dijangka meningkat kepada 52.1 pada bulan April.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register