728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 28 Mac – 1 Apr 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 28 Mac – 1 Apr 2016

Dollar AS berjaya keluar daripada kerugian sebelum ini pada minggu yang membawa kepada cuti ‘Easter’. Keyakinan Pengguna AS, ucapan Janet Yellen, dan yang dinanti-nantikan laporan ‘non-farm payroll’ (NFP) adalah antara pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Jabatan Perdagangan AS melaporkan anggaran KDNK ketiga bagi suku keempat 2015. Bacaan adalah lebih baik daripada sebelum ini, kenaikan pada 1.4%. Anggaran semakan semula menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi kesan negatif daripada inventori perniagaan yang semakin berkembang, serta kerugian besar dalam firma perkhidmatan telaga minyak ekoran penurunan berterusan harga minyak.

telegram-moshed

Laporan itu menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi AS, meningkat kepada 2.4% berbanding 2.0% yang dilaporkan pada bulan Februari. Adakah trend ini akan berterusan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 10:00 Malam

Keyakinan Pengguna AS:  Keyakinan pengguna menurun ke paras terendah dalam tujuh bulan kepada 92.2 mata pada Februari berbanding 98.1 mata yang dicatatkan pada bulan Januari. Kejatuhan ini disebabkan oleh pandangan negatif pada keadaan perniagaan dan kewangan peribadi; bagaimanapun gambaran keseluruhan menunjukkan perkembangan ekonomi yang sederhana. Ahli ekonomi menjangka ianya hanya jatuh sedikit kepada 97.4 mata. Pengguna terus menilai kemajuan pasaran buruh tetapi pada tahap yang lebih rendah. Sentimen pengguna dijangka bertambah baik kepada 93.9 mata pada bulan Mac.

Selasa, 11:30 Malam

Ucapan Pengerusi Feds:  Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen akan berucap di New York. Dalam ucapannya bertajuk “Tinjauan Ekonomi dan Dasar Monetari”, beliau boleh merujuk kepada keputusan Feds untuk mengurangkan bilangan kenaikan kadar pada 2016 di tengah-tengah ramalan pertumbuhan dan inflasi yang lebih rendah. Turun naik pasaran dijangka. Beliau mungkin menjelaskan kekeliruan dari keputusan Feds yang ‘dovish’ dan komen-komen Feds cawangan yang agresif.

Rabu, 8:15 Malam

ADP ‘Non-Farm Employment Change’ AS:  Laporan Pekerjaan Kebangsaan AS menunjukkan pertambahan jawatan sebanyak 214 ribu pada bulan Februari, menewaskan jangkaan pasaran untuk 185 ribu pekerjaan tambahan. Kenaikan pekerja swasta pada bulan sebelumnya telah disemak turun kepada 193 ribu daripada 205 ribu yang dilaporkan pada awalnya. Penganalisis percaya bahawa jika perkembangan ini berterusan, ekonomi akan mencapai guna tenaga penuh pada pertengahan tahun. Laporan ADP dijangka menunjukkan pertambahan 194 ribu pekerjaan pada bulan Mac.

Rabu, 8:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Harga minyak mentah terus merosot selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga AS menunjukkan simpanan minyak mentah komersil meningkat 9.4 juta tong pada minggu lalu, mencapai 532.5 juta tong.

Khamis, 3:00 Petang

Ucapan Gabenor BoE:  Gabenor BoE Mark Carney akan bercakap tentang kestabilan kewangan di Tokyo. Beliau boleh bercakap mengenai perbahasan ‘Brexit’ di UK dan kesan yang mungkin terhadap UK dan Euro-Zone. Turun naik boleh dijangka. Kita telah melihat peningkatan peluang ‘Brexit’ berikutan pengeboman di Brussels. Ini mempunyai kesan ke atas Pound serta Euro.

Khamis, 8:30 Malam

KDNK Kanada:  Ekonomi Kanada berkembang 0.2% pada bulan Disember melebihi ramalan untuk kenaikan 0.1%. Walau bagaimanapun, KDNK jatuh pada suku keempat disebabkan oleh pelaburan perniagaan yang lebih sedikit dan pengurangan berterusan dalam harga komoditi, menutup tahun yang sukar. Kelemahan pada 2015 terus memberi tekanan kepada ekonomi Kanada pada 2016, apabila harga minyak mentah turun di bawah paras $30 setong sehingga baru-baru ini; menyebabkan syarikat-syarikat minyak dan gas menjalankan pusingan baru dalam pemotongan gaji dan perbelanjaan. KDNK dijangka akan meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Januari.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran meningkat sederhana minggu lalu, meningkat sebanyak 6 ribu kepada 265 ribu, selepas pelarasan bermusim. Pakar ekonomi menjangkakan angka yang lebih tinggi sedikit daripada 267 ribu. Purata bergerak empat minggu tuntutan meningkat sebanyak 250 kepada 259,750 pada minggu lepas. Apapun, pasaran buruh terus menunjukkan daya tahan meskipun terdapat turun naik yang kecil. Jumlah tuntutan dianggarkan sebanyak 269 ribu untuk minggu ini.

Jumaat, 9:00 Pagi & 9:45 Pagi

PMI China:  Ekonomi kedua terbesar dunia mempunyai indeks pengurus pembelian yang berada dalam wilayah penguncupan dalam masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, negara itu komited untuk kadar pertumbuhan minimum 6.5% dan juga menyediakan langkah-langkah rangsangan lain seperti mengurangkan rizab perbankan. Kenaikan kecil dijangka, dengan angka rasmi yang diramalkan untuk meningkat dari 49 mata kepada 49.3 mata, dan angka bebas meningkat dari 48 mata kepada 48.3 mata. Skor bawah 50 mencerminkan penguncupan manakala angka di atas 50 mewakili pengembangan.

Jumaat, 8:30 Malam

‘Non-Farm Payroll’ (NFP) AS:  Pasaran pekerjaan AS mencatatkan angka pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan dengan pertambahan sebanyak 242 ribu pada bulan Februari, menewaskan ramalan 195 ribu. Bacaan kukuh itu diikuti pertambahan sebanyak 172 ribu pada bulan Januari. Sementara itu, kadar pengangguran kekal stabil pada 4.9%. Walaupun angka itu kukuh, upah sebenarnya jatuh 3 sen dan bersamaan dengan peningkatan tahunan sebanyak 2.2%, lebih rendah daripada 2.5% pada bulan Januari. Ahli ekonomi menjangkakan pertambahan pekerjaan sebanyak 208 ribu pada bulan Mac. Kali ini, kita tidak mempunyai PMI ISM sebelum laporan NFP, jadi tahap ketidakpastian dijangka lebih tinggi.

Jumaat, 10:00 Malam

ISM PMI Pembuatan AS:  Sektor pembuatan menguncup pada Februari tetapi pada kadar yang lebih perlahan, semakin hampir garis 50 mata. Indeks aktiviti perkilangan AS meningkat kepada 49.5 mata daripada 48.2 mata pada bulan sebelumnya. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan yang lebih rendah sebanyak 48.5 mata. Indeks guna tenaga meningkat kepada 48.5 mata daripada 45.9 mata pada bulan yang lalu. Dan tempahan baru mencatat 51.5 mata. ISM PMI Pembuatan AS dijangka menyeberang ke wilayah pengembangan dengan mencecah 50.8 mata untuk bulan Mac.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register