728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 28 Sep – 2 Okt 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Seminggu yang bergelora telah menyaksikan dolar merudum tetapi pulih semula dengan agak baik. Keyakinan Pengguna dan laporan pekerjaan ADP Amerika Syarikat, GDP Kanada, ucapan Presiden Federal Reserve AS Janet Yellen dan penumpuan ke atas laporan pekerjaan bulanan AS merupakan tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Dolar AS merudum untuk seketika, ekoran kelembapan pada pesanan barangan tahan lama. Kejatuhan tersebut lebih dirasai dengan euro, yang menerima komen negatif yang biasa sahaja dari Presiden ECB Mario Draghi. Namun nasib dolar tiba-tiba berubah apabila Presiden Feds Janet Yellen berucap dengan nada agresif, menekankan bahawa kenaikan kadar pada 2015 adalah suatu yang hampir pasti.

Anggaran GDP akhir bagi suku kedua di Amerika Syarikat mengatasi jangkaan dengan bacaan tahunan yang lebih baik sebanyak 3.9%. Di pasaran lain, Aussie terus bergelut dengan satu lagi data yang lemah dari China dan USD/CAD telah mencapai paras 11 tahun tertinggi, namun kedua-dua mata wang komoditi itu telah pulih.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 8:30 Malam

Ucapan Presiden Feds New York:  William Dudley, Presiden Federal Reserve New York akan memberikan satu temu bual bersama Wall Street Journal dan bercakap tentang isu kenaikan kadar dan jangkaan inflasi. Dalam perbincangan lalu beliau menentang kenaikan kadar pada bulan September, di tengah-tengah perkembangan pasaran kewangan antarabangsa, tetapi berkata beliau masih berharap Feds akan menaikkan kadar tahun ini. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Selasa, 10:00 Malam

CB Keyakinan Pengguna AS:  Keyakinan pengguna AS meningkat pada bulan Ogos, pulih selepas kejatuhan mendadak pada bulan Julai. Indeks persidangan lembaga keyakinan pengguna meningkat kepada 101.5 daripada dikemaskini kepada 91.0 pada bulan sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh perkembangan yang baik daripada pasaran buruh. Keadaan semasa adalah lebih baik; dari segi pasaran pekerjaan yang meningkat daripada 19.9% ​​pada bulan Julai kepada 21.9% pada bulan Ogos. Orang-orang yang beranggapan “susah mendapat kerja” menurun daripada 27.4% pada bulan Julai kepada 21.9% pada bulan Ogos. Penganalisis percaya bacaan yang kukuh akan menyokong perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh pada bulan-bulan berikutnya. Keyakinan pengguna AS dijangka mencecah 96.2 kali ini.

Rabu, 8:15 Malam

Laporan ADP NFP:  Sektor swasta Amerika Syarikat terus meningkatkan kadar pengambilan pekerja pada bulan Ogos, walaupun dilanda kegawatan pasaran kewangan global. Laporan ADP menunjukkan pekerja swasta meningkat 190 ribu daripada 177 ribu pada bulan Julai. Bacaan adalah di bawah jangkaan ekonomi tetapi sejajar dengan trend pertumbuhan tujuh bulan pertama tahun ini. Tambahan pula, data yang kukuh daripada sektor pembuatan dan aktiviti domestik menunjukkan peningkatan dalam aktiviti ekonomi. Ahli ekonomi menjangkakan laporan ADP NFP akan menunjukkan kenaikan 191 ribu pekerjaan.

Rabu, 8:30 Malam

GDP Kanada:  Ekonomi Kanada berkembang 0.5% pada bulan Jun, selepas menguncup 0.2% pada bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, bacaan positif ini tidak boleh mengimbangi pertumbuhan negatif pada suku kedua secara keseluruhan. Pada asas tahunan, ekonomi menyusut 0.5% dalam tempoh April hingga Jun, selepas penguncupan tahunan 0.8% dalam tempoh tiga bulan pertama 2015. Pembuat dasar bimbang tentang kemungkinan kemelesetan ekonomi telah melanda, tetapi data terbaru menunjukkan trend pertumbuhan pada suku ketiga. GDP Kanada pada Julai dijangka mencecah 0.2%.

Khamis, 3:00 Pagi

Ucapan Presiden Federal Reserve AS:  Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen dijadualkan berucap di St Louis. Selepas mesyuarat penting Feds pada bulan ini, di mana Federal Reserve menangguhkan langkah kenaikan kadar; Pengerusi Feds Janet Yellen berkata bank pusat AS itu masih bersedia untuk menaikkan kadar pada tahun ini buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad. Yellen berkata kelemahan inflasi baru-baru ini adalah sementara, disebabkan oleh dolar dan harga minyak yang rendah, yang pastinya akan berlalu. Beliau berkata prospek ekonomi AS kelihatan semakin kukuh, sekaligus mencadangkan kenaikan kadar sudah dekat. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan permohonan untuk bantuan pengangguran yang difailkan minggu lalu, meningkat tetapi kurang daripada jangkaan, mencapai 267 ribu yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang berterusan. Pakar ekonomi menjangkakan bilangan tuntutan untuk mencapai 268 ribu. Purata bergerak empat minggu menurun sebanyak 750 kepada paras terendah dalam lebih daripada satu bulan – mencapai 271,750. Bilangan mereka yang masih menerima bantuan pengangguran hampir tidak berubah pada 2.24 juta. Jumlah tuntutan baru dijangka meningkat kepada 273 ribu pada minggu ini.

Khamis, 10:00 Malam

ISM PMI Pembuatan AS:  Sektor pembuatan Amerika Syarikat berkembang pada kadar paling perlahan sejak Mei 2013, mencapai 51.1 selepas mencatatkan 52.7 pada bulan Julai. Pesanan baru jatuh 4.8% kepada 51.7, juga paras terendah sejak Mei 2013. Indeks pekerjaan pula merosot kepada 51.2 daripada 52.7 pada bulan Julai. Bacaan pekerjaan yang lemah menunjukkan kelembapan yang sederhana dalam kenaikan gaji pekerja kilang pada bulan Ogos. Ahli ekonomi menjangkakan PMI pembuatan AS mencapai 51.3 pada bulan September.

Jumaat, 8:30 Malam

Laporan NFP AS:  Pertumbuhan pekerjaan AS menjadi sederhana pada bulan Ogos, tetapi kadar pengangguran menurun hampir ke paras 7 setengah tahun terendah manakala kadar upah meningkat. Pekerja bukan ladang (NFP) meningkat 173 ribu pada bulan Ogos selepas tambahan semakan semula 245 ribu pada bulan Julai. Peningkatan Ogos adalah yang paling kecil dalam tempoh lima bulan, di tengah-tengah kehilangan pekerjaan di sektor pembuatan. Walaupun laporan itu bercampur-campur, trend umum kekal positif yang menunjukkan bahawa ekonomi AS kekal kukuh. Penganalisis menjangkakan pertambahan pekerjaan sebanyak 202,000 pada bulan September dengan kadar pengangguran sebanyak 5.1%. Kadar upah bulanan dijangka meningkat sebanyak 0.2%.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register