Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 29 Feb – 4 Mac 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 29 Feb – 4 Mac 2016

Dollar AS menghadapi seminggu yang positif. Bulan baru Mac membawa keputusan kadar di Australia, data KDNK (GDP) dari Kanada dan Australia, dan pemacu utama Dollar AS iaitu Laporan Pekerjaan Sektor Bukan Perladangan (NFP).  Semuanya itu dilihat bakal menjadi pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Minggu lepas tempahan barangan tahan lama AS untuk bulan Januari meningkat pada kadar yang paling kukuh dalam masa 10 bulan mencapai 4.9%, berikutan kejatuhan 5.1% pada bulan Disember. Bacaan melebihi ramalan pasaran sebanyak 3.0%, menunjukkan pandangan positif bagi pengeluar Amerika Syarikat.

Sementara itu, tempahan teras, yang tidak termasuk pengangkutan, meningkat 1.8% – yang terbaik sejak Jun 2014. Tambahan pula, data pasaran pekerjaan AS kekal positif meskipun terdapat kenaikan 10,000 dalam bilangan tuntutan pengangguran. Menurut data, peluang untuk kenaikan kadar AS pada Mac ini tidak begitu tinggi, tetapi dasar pengetatan monetari dijangka datang pada lewat tahun ini.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 9:00 & 9:45 Pagi

PMI Pembuatan China: Laporan rasmi kerajaan China pada 9:00 Pagi dan agensi bebas Caixin pada 9:45 pagi.  Ekonomi No. 2 dunia telah menyaksikan penguncupan kecil dalam sektor pembuatan mengikut kedua-dua indeks pengurus pembelian. Indeks rasmi dijangka kekal tidak berubah pada 49.4 mata. Indeks bebas dari Caixin juga diramalkan kekal tidak berubah pada 48.4 mata. Kejatuhan mana-mana indeks akan mencetuskan kebimbangan.

Selasa, 11:30 Pagi

Keputusan Kadar Australia:  Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar tunai rasmi pada 2%. Gabenor RBA Glenn Stevens berkata, kadar yang rendah meningkatkan permintaan, manakala piawaian pinjaman yang ketat membantu untuk mengelakkan risiko dalam pasaran perumahan. Pasaran perumahan mula perlahan seperti yang diharapkan dan tidak memerlukan satu lagi penurunan kadar dalam masa terdekat. Pasaran buruh masih dalam trend pertumbuhan dan jualan runcit juga berkembang. Ahli ekonomi masih percaya RBA akan menurunkan kadar pada bulan-bulan yang akan datang.

Selasa, 9:30 Malam

Data KDNK (GDP) Kanada:  Ekonomi Kanada mula berkembang pada bulan November, sebanyak 0.3% dari bulan Oktober, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam perdagangan, pembuatan, minyak dan gas. Bacaan itu datang selepas pertumbuhan rata pada bulan Oktober dan penguncupan 0.5% pada bulan September. Peningkatan ini adalah selaras dengan ramalan pasaran. Walaupun terdapat peningkatan kukuh pada bulan November, pertumbuhan suku keempat 2015 dijangka kekal tidak berubah, dan ramai penganalisis percaya kadar pertumbuhan yang lembap hanya sementara. KDNK (GDP) Kanada dijangka mencapai 0.1% pada bulan Disember.

Selasa, 11:00 Malam

ISM PMI Pembuatan AS:  Sektor pembuatan AS kekal dalam penguncupan bagi bulan keempat berturut-turut pada Januari, tetapi penurunan adalah lebih perlahan daripada bulan sebelumnya. Indeks itu meningkat 0.2% kepada 48.2 mata. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan 48.6 mata. Indeks pekerjaan jatuh ke paras enam setengah tahun terendah kepada 45.9 mata dan indeks tempahan baru meningkat kepada 51.5 mata – yang tertinggi sejak Ogos lepas, daripada 48.8 mata. PMI Pembuatan AS dijangka mencecah 48.5 mata buat masa ini.

Rabu, 8:30 Pagi

Data KDNK (GDP) Australia:  Pertumbuhan ekonomi Australia meningkat pada suku ketiga tahun 2015, naik 0.9% menjadikan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5%. Penganalisis menjangka peningkatan suku tahunan sebanyak 0.8%, dengan kadar tahunan naik sehingga 2.4%. Ekonomi Australia telah berkembang sejak lebih 24 tahun yang lalu, menahan krisis kewangan Asia dan global. Eksport meningkat 4.6% manakala import jatuh 2.4%. Pelaburan sektor awam jatuh 9.2% selaras dengan kejatuhan dalam perbelanjaan ketenteraan. Perbelanjaan pengguna mengejutkan dengan kenaikan 0.7% dan peningkatan tahunan 2.7%. Australia dijangka berkembang 0.5% pada suku lepas.

Rabu, 9:15 Malam

ADP “Non-Farm Employment Change” AS:  Sektor pekerjaan swasta AS menambah 205 ribu pekerjaan pada bulan Januari selepas 267 ribu pada Disember menurut laporan ADP. Dollar yang kukuh dan permintaan global yang lembap memberi kesan kepada pengeluar dan melemahkan pertumbuhan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2016. Pakar ekonomi menjangkakan tambahan 193 ribu pekerjaan pada bulan Januari. Pengambilan pekerja swasta turun lebih rendah daripada bulan Disember, di tengah-tengah kelembapan yang dialami oleh syarikat-syarikat besar. Ahli ekonomi menjangkakan laporan ADP hanya meningkat sebanyak 185 ribu pekerjaan.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran meningkat minggu lepas, kepada 272 ribu daripada 262 ribu pada bulan sebelumnya, tetapi kekal pada tahap yang rendah; sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan yang kukuh. Ahli ekonomi menganggarkan tuntutan akan mencapai 271 ribu pada minggu terkini. Purata bergerak empat minggu tuntutan susut sebanyak 1,250 kepada 272 ribu. Walaupun penganalisis tidak meramalkan kenaikan kadar pada bulan Mac, mereka melihat kemungkinan kenaikan pada bulan-bulan akan datang, berikutan pasaran buruh yang berdaya tahan. Bilangan tuntutan baru untuk minggu ini dianggarkan meningkat sebanyak 271 ribu.

Khamis, 11:00 Malam

ISM PMI Bukan Pembuatan AS:  Aktiviti sektor perkhidmatan AS tersandung pada bulan Januari, sekaligus menghantar pertumbuhan yang lebih rendah untuk bulan ketiga berturut-turut. Aktiviti turun kepada 53.5 mata daripada 55.8 mata pada bulan Disember. Pasaran dijangka berada pada bacaan 55.1 mata untuk bulan Januari. Sepuluh daripada 18 industri bukan perkilangan yang ditinjau melaporkan pengembangan, diketuai oleh industri kewangan dan insurans. Lapan berkata sektor mereka menguncup, dengan perlombongan, yang menanggung beban harga minyak jatuh, adalah yang paling teruk. Majoriti responden adalah positif tentang keadaan perniagaan tetapi lebih prihatin tentang keadaan global. PMI Bukan Pembuatan AS diramalkan mencapai 49.8 mata buat masa ini.

Jumaat, 9:30 Malam

Baki Perdagangan AS:  Defisit perdagangan AS meningkat pada bulan Disember kepada $43.4 bilion daripada $42.2 bilion pada bulan sebelumnya. Import meningkat, manakala eksport merosot. Dollar yang kukuh dan permintaan global yang lemah adalah sebab-sebab utama bagi peningkatan dalam defisit. Defisit perdagangan pada 2015 bertambah sehingga $531.5 bilion, berkembang 4.6% lebih daripada tahun 2014. Dollar meningkat 9.2% berbanding dengan matawang rakan dagangan utama pada 2015, sekaligus memberati eksport. Begitu juga, kelemahan ekonomi China dan defisit perdagangan dengan China mungkin membahayakan sektor pembuatan AS dengan lebih jauh. Defisit perdagangan bulan Januari dijangka meningkat kepada $43.5 bilion.

“Non-Farm Payroll” (NFP) AS:  Laporan pekerjaan bulanan AS menunjukkan kadar pekerjaan mula perlahan pada bulan Januari. Sektor swasta hanya menambah 151 ribu jawatan – kadar paling rendah sejak Februari 2008. Bacaan kemudiannya diikuti dengan pertambahan besar sebanyak 292 ribu pada bulan Disember. Walau bagaimanapun, kenaikan gaji dan kadar pengangguran yang rendah, menunjukkan pemulihan pasaran tenaga kerja akan tetap utuh. Ramai penganalisis percaya angka pekerjaan yang lebih rendah tidak semestinya satu petanda buruk, dan bahawa gabungan pertumbuhan upah yang kukuh serta penurunan kadar pengangguran boleh mendorong kenaikan kadar pada bulan-bulan yang akan datang. Pasaran pekerjaan AS dijangka menambah 195 ribu jawatan pada bulan Februari dan kadar pengangguran dijangka kekal pada 4.9%.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register