728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 3 – 7 Aug 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

ISM Manufacturing PMI, Imbangan Perdagangan, dan ISM Non-Manufacturing PMI Amerika Syarikat, keputusan “interest rate” di Jepun, data pekerjaan dari New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat, termasuk laporan NFP bakal menjadi tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Minggu lepas FOMC mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa ekonomi AS terus kukuh, memungkinkan kenaikan “interest rate” pada bulan September. Pembuat dasar berkata ekonomi AS telah pulih daripada kelembapan, walaupun mengalami kemerosotan dalam sektor tenaga. Feds juga menyatakan bahawa pasaran pekerjaan menyaksikan kenaikan kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang berterusan. Fed mengekalkan kadar tidak berubah dan berkata pasaran buruh perlu maju sedikit lagi dan inflasi telah meningkat ke arah sasaran jangka sederhana 2%, sebelum Fed memutuskan untuk menaikkan “interest rate”. Adakah kita akan melihat kenaikan kadar pada bulan September?

FBS Inc

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 10:00 Malam

ISM Manufacturing PMI AS:  Aktiviti pembuatan di Amerika Syarikat meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Jun, mencapai 53.5 berbanding 52.8 yang dicatatkan pada Mei. Bacaan positif adalah selaras dengan rancangan Fed untuk menaikkan “interest rate” tahun ini. Pesanan indeks baru meningkat kepada 56.0 daripada 55.8 pada bulan sebelumnya, manakala indeks pekerjaan meningkat kepada 55.5 daripada 51.7 pada bulan Mei, sekaligus menunjukkan tahap pekerjaan yang lebih kukuh. Penganalisis menjangkakan PMI mencapai 53.6 pada kali ini.

Selasa, 12:30 Tengah Hari

Keputusan “interest rate” Australia:  Bank pusat Australia mengekalkan “interest rate” pada rekod yang rendah 2% pada bulan Julai mencerminkan kestabilan dalam dasar monetari. RBA menyatakan bahawa mata wang yang lebih rendah diperlukan untuk mencapai pertumbuhan seimbang. Perbelanjaan yang rendah dan juga nilai mata wang yang kuat menghalang mencapai pertumbuhan seimbang. Tambahan pula turun naik dalam pasaran ekuiti China baru-baru ini, boleh memberi kesan buruk kepada keadaan ekonomi Australia. Tiada perubahan kadar dijangka buat masa ini.

Rabu, 6:45 Pagi

Data pekerjaan NZ:  Reserve Bank of New Zealand mengurangkan kadar pada bulan Julai di tengah-tengah data ekonomi yang suram. Inflasi lebih lemah daripada yang dijangkakan dan pengangguran kekal degil tinggi pada 5.8%. Pertumbuhan pekerjaan juga menjadi sederhana, meningkat 0.7% pada suku pertama menambah 16 ribu jawatan berbanding pertumbuhan 1.2% pada suku terakhir 2014.  Pasaran guna tenaga New Zealand dijangka berkembang sebanyak 0.5%, manakala kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.9% .

Rabu, 8:15 Malam

ADP Non-Farm Employment Change AS:  Pekerjaan sektor swasta AS berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh enam bulan dengan tambahan 237 ribu pekerjaan pada bulan Jun. Pasaran pekerjaan yang kukuh bersama-sama dengan data ekonomi yang lain menjanjikan kenaikan dalam sektor perumahan, peningkatan dalam perbelanjaan pengguna dan aktiviti perkilangan; sekaligus menunjukkan ekonomi AS kembali kepada pertumbuhan yang kukuh.  Ini menyokong pandangan bahawa kenaikan kadar adalah semakin hampir.  Pasaran pekerjaan AS dijangka menambah 218 ribu pekerjaan pada bulan Julai.

Rabu, 8:30 Malam

Imbangan Perdagangan AS:  Defisit perdagangan AS semakin besar pada Mei di tengah-tengah eksport yang lemah, mencapai $41.9 bilion dari $40.7 bilion yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Pakar ekonomi menjangkakan defisit yang lebih besar iaitu $42.5 bilion. Eksport merosot 0.8% disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah bagi pesawat komersial dan peralatan industri. Walau bagaimanapun permintaan domestik yang kukuh meningkatkan terutamanya otomobil. Defisit perdagangan AS dijangka terus berkembang kepada $42.2 bilion.

Rabu, 10:00 Malam

ISM Non-Manufacturing PMI AS:  Laporan bukan pembuatan ISM AS menunjukkan kenaikan yang kukuh pada bulan Jun, dimana indeks komposit meningkat kepada 56.0 daripada 55.7 pada bulan Mei. Pesanan baru mara ke 58.3 berbanding 57.9 pada bulan Mei. Tempahan eksport adalah sederhana tetapi masih kekal lebih dari 50 pada 52.0. Aktiviti perniagaan meningkat 2 mata kepada 61.5, tetapi pekerjaan menjadi perlahan kepada 52.7 dari 55 pada Mei. Walaupun kenaikan positif, indeks perkhidmatan PMI menunjukkan kekurangan pertumbuhan pada akhir suku kedua.

Khamis, 9:30 Pagi

Data pekerjaan Australia:  Kadar pengangguran di Australia kekal pada 6% pada bulan Jun, manakala ekonomi secara keseluruhan menambah 7,300 pekerjaan. Ahli ekonomi menjangkakan kadar pengangguran meningkat kepada 6.1% dan meramalkan pengurangan 2,100 pekerjaan. Kadar penyertaan, yang merujuk kepada bilangan orang yang, sama ada bekerja atau sedang aktif mencari kerja, kekal stabil pada 64.8%.  Walaupun bacaan positif, pembuat dasar bimbang tentang kenaikan berterusan dalam kadar pengangguran berikutan sektor perlombongan yang merudum. Ekonomi Australia dijangka menambah 10,100 pekerjaan, manakala kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 6.1%.

Khamis, 7:00 Malam

Keputusan “interest rate” UK:  Bank of England sudah mengekalkan kadar selama lebih daripada enam tahun dan tidak menjangka untuk menaikkannya sehingga tahun depan. Ahli ekonomi melihat, tidak ada sebab untuk menaikkan kadar kerana tekanan inflasi adalah berhampiran paras terendah. Walau bagaimanapun, Gabenor Mark Carney berkata inflasi dijangka meningkat dengan ketara pada akhir tahun ini. BoE juga mengekalkan program rangsangan monetarinya, pada £375 bilion. Bank of England dijangka tidak akan mengubah kadar buat masa ini.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Jumlah tuntutan baru untuk bantuan pengangguran meningkat, kurang daripada yang dijangkakan minggu lalu; sekaligus mengesahkan bahawa pasaran buruh AS terus bertambah kukuh. Jumlah tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 12 ribu kepada pelarasan bermusim 267 ribu. Penganalisis menjangka tuntutan awal mencapai 268 ribu. Sementara itu purata empat minggu bergerak menurun sebanyak 3,750 kepada 274,750 tuntutan.  Tuntutan pengangguran sambungan, meningkat sebanyak 46 ribu kepada pelarasan bermusim 2.26 juta pada minggu berakhir 18 Julai.  Purata bergerak empat minggu jatuh sebanyak 750 kepada 2.25 juta. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka mencecah 269 ribu minggu ini.

Jumaat

Keputusan “interest rate” Jepun:  Bank pusat Jepun menurunkan unjuran pertumbuhan bagi tahun fiskal 2015 kepada 1.7% daripada anggaran awal sebanyak 2.0%. Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda menyuarakan kebimbangan ke atas harga saham yang merosot di China dan kesan kelembapan ekonomi ke atas Jepun. Harga saham China jatuh lebih daripada 30% dalam beberapa minggu. Tambahan lagi, ekonomi China telah beralih tumpuan daripada eksport kepada permintaan dalam negeri, sekaligus mengurangkan jumlah perdagangan di Asia. BoJ mungkin perlu menurunkan ramalan pertumbuhan sekali lagi jika ekonomi China terus merudum.

Jumaat, 8:30 Malam

Data pekerjaan Kanada:  Pasaran pekerjaan Kanada menguncup sebanyak 6,400 pekerjaan pada bulan Jun berikutan pengurangan dalam pekerjaan sambilan. Kadar pengangguran kekal pada 6.8%. Pakar ekonomi menjangkakan pengurangan yang lebih banyak iaitu 9 ribu pekerjaan. Jawatan sepenuh masa meningkat sebanyak 64,800; bagaimanapun, jawatan sambilan menurun sebanyak 71,200 pada bulan Jun. RBA menurunkan kadar sebanyak 0.25% pada bulan Julai selepas bulan Januari dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Australia.

NFP dan Kadar Pengangguran AS:  Laporan pekerjaan untuk Jun menunjukkan satu lagi pertumbuhan sederhana sebanyak 223 ribu jawatan, selepas pertambahan kukuh sebanyak 280 ribu pada Mei walaupun pakar ekonomi menjangkakan peningkatan yang lebih tinggi sebanyak 231,000. Sementara itu, kadar pengangguran turun kepada 5.3% daripada 5.5% pada bulan Mei. Laporan Jun yang menunjukkan pasaran buruh yang terus berkembang, adalah cukup kuat untuk menyokong pelan kenaikan “interest rate” Feds. Pasaran buruh AS dijangka menambah 225 ribu pekerjaan pada bulan Julai dan kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah pada 5.3%.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

FBS Inc

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register