banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 4 – 8 Apr 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 4 – 8 Apr 2016

Dollar AS terjejas teruk oleh nada ‘dovish’ Puan Yellen dan pemulihan kelihatan terhad. Puan Yellen mempunyai satu lagi peluang untuk menggerakkan Dollar AS pada minggu ini. Di samping itu, keputusan kadar di Australia, PMI Bukan Pembuatan Amerika Syarikat dan minit mesyuarat FOMC adalah antara pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Laporan NFP menunjukkan ekonomi AS menambah 215 ribu pekerjaan pada bulan Mac, mengesahkan kekuatan pasaran buruh, walaupun keadaan tidak menentu dalam ekonomi baru-baru ini. Bacaan adalah lebih tinggi daripada ramalan 206 ribu tetapi tidak cukup untuk mengekalkan kadar pengangguran yang meningkat kepada 5.0%. Walau bagaimanapun purata pendapatan setiap jam menokok 7% yang mewakili 2.3% kenaikan tahunan.

telegram-moshed

Sektor runcit menunjukkan peningkatan tertinggi dengan 48 ribu peluang pekerjaan baru, manakala pembinaan dan penjagaan kesihatan menambah 37 ribu pekerjaan setiap satu. Laporan itu adalah sangat baik tetapi ia kelihatan tidak mungkin mengubah keputusan Feds untuk menangguhkan rancangan kenaikan kadar tahun ini.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 12:30 Tengah Hari

Keputusan Kadar Australia:  Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar tidak berubah pada 2% pada bulan Mac lalu, tetapi membayangkan bahawa ia boleh mengurangkan kadar pada masa akan datang. Gabenor Glenn Stevens mengulangi risiko inflasi rendah yang membolehkan RBA untuk mengurangkan kadar. Pasaran pekerjaan juga membimbangkan Bank Pusat Australia selepas kejutan kenaikan dalam kadar pengangguran. Tambahan pula, ketidaktentuan pasaran global menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi masa depan. Ahli ekonomi menjangkakan RBA akan menurunkan kadar kepada 1.5% pada tahun ini.

Selasa, 10:00 Malam

ISM PMI Bukan Pembuatan AS:  Sektor perkhidmatan AS berkembang pada bulan Februari mencapai 53.4 mata yang agak lebih rendah daripada 53.5 mata yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Namun, bacaan adalah lebih tinggi daripada angka 53.2 mata yang diharapkan oleh penganalisis. Indeks aktiviti perniagaan meningkat kepada 57.8 mata daripada 53.9 mata pada bulan sebelumnya. Indeks pekerjaan turun kepada 49.7 mata daripada 52.1 mata, sekaligus menunjukkan penurunan pertama sejak Februari 2014. Tempahan baru menurun kepada 55.5 mata daripada 56.5 mata. Indeks Harga jatuh kepada 45.5 mata daripada 46.4 mata. Sektor perkhidmatan AS dijangka berkembang lagi kepada 54.1 mata pada bulan Mac.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak Mentah AS:  Inventori minyak mentah AS meningkat 2.3 juta tong pada minggu terakhir, kurang sedikit daripada kenaikan 3.3 juta tong yang diramalkan oleh penganalisis. Harga minyak telah dirangsang oleh Dollar yang lemah, menjadikannya lebih murah kepada pengguna Euro dan matawang lain. Pengeluaran minyak OPEC meningkat pada bulan Mac, dengan bekalan yang lebih tinggi dari Iran.

Khamis, 2:00 Pagi

Minit Mesyuarat FOMC AS:  Minit mesyuarat FOMC bulan Januari Feds menunjukkan topik utama yang membimbangkan ialah kemerosotan berterusan pasaran kewangan global dan risiko kepada ekonomi AS. Beberapa ahli majlis mesyuarat FOMC menyatakan bahawa tekanan ke atas upah telah meningkat. Secara keseluruhan minit menunjukkan bahawa terdapat kelonggaran dalam turun naik pasaran global, bersama-sama dengan peningkatan berterusan dalam pasaran buruh dan inflasi domestik, yang boleh membawa kenaikan kadar pada bulan-bulan mendatang.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran meningkat di luar jangkaan pada minggu lalu, tetapi kekal di bawah garis 300 ribu yang menunjukkan pasaran pekerjaan yang kukuh. Tuntutan meningkat 11 ribu kepada pelarasan bermusim 276 ribu, lebih tinggi daripada ramalan 267 ribu tuntutan. Purata bergerak empat minggu tuntutan meningkat sebanyak 3,500 kepada 263,250 pada minggu lepas. Ahli ekonomi menjangkakan NFP meningkat 205 ribu pada bulan ini, berikutan kenaikan 242 ribu pada bulan Februari. Kadar pengangguran telah meningkat 0.1% kepada 5%.  Ahli ekonomi menjangkakan 271 ribu peningkatan dalam bilangan tuntutan minggu ini.

Jumaat, 5:30 Pagi

Ucapan Pengerusi Feds AS:  Pengerusi Feds, Janet Yellen akan berucap dalam Forum Rumah Antarabangsa di New York. Beliau boleh bercakap mengenai data pekerjaan yang positif baru-baru ini, dan perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan dan boleh juga merujuk kepada pandangan pesimis beliau terhadap ekonomi global dan risiko kepada ekonomi Amerika Syarikat. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Jumaat, 8:30 Malam

Data Pekerjaan Kanada:  Pasaran pekerjaan Kanada menguncup tanpa dijangka pada bulan Februari dengan 2,300 kehilangan pekerjaan, sekaligus menaikkan kadar pengangguran kepada 7.3%. Kadar pengangguran meningkat kepada paras tertinggi sejak Mac 2013, sekaligus mengejutkan penganalisis yang telah mengunjurkan Kanada akan menambah hampir 10,200 peluang pekerjaan. Kebanyakan pekerjaan yang hilang adalah sepenuh masa, sebanyak 52 ribu pekerjaan. Walau bagaimanapun, angka itu sebahagiannya telah diimbangi oleh peningkatan dalam kerja-kerja sambilan.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register