728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 4 – 8 Jan 2016

kalendar-ekonomi-moshedfx

2016 bermula dengan kalendar ekonomi yang sibuk: Data pekerjaan Kanada, PMI, Imbangan Perdagangan, Minit Mesyuarat FOMC dan data pekerjaan Amerika Syarikat, dengan kemuncaknya Non-Farm Payroll. Di samping itu, mudah tunai dijangka kembali selepas musim cuti. Berikut adalah tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Keyakinan pengguna AS meningkat kepada 96.5 mata daripada 92.6 mata pada bulan November, mengatasi unjuran pasaran. Keadaan semasa bertambah baik dari 110.9 mata kepada 115.3 mata dan Indeks Jangkaan meningkat kepada 83.9 mata daripada 80.4 mata pada bulan November. Secara keseluruhan, penilaian pengguna tentang keadaan ekonomi semasa kekal positif.

Sementara itu, tuntutan bantuan pengangguran AS meningkat 20 ribu pada minggu cuti disebabkan oleh faktor cuti sementara. Pakar ekonomi menjangkakan peningkatan sebanyak 270 ribu. Penganalisis menjangkakan kadar yang lebih perlahan dalam peningkatan pasaran pekerjaan pada 2016 walaupun pada kadar pengangguran yang rendah.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 9:45 Pagi

Caixin Manufacturing PMI China:  Ini laporan bebas bagi ekonomi China yang membimbangkan pelabur pada 2015, tetapi pulih daripada tahap rendah kemudiannya. Selepas mencecah 48.6 mata pada bulan November, ia dijangka meningkat kepada 48.9 mata pada bulan Disember, tetapi masih di bawah paras 50 mata yang memisahkan antara pertumbuhan dan penguncupan.

Isnin, 11:00 Malam

ISM Manufacturing PMI AS:  Aktiviti pembuatan AS menjunam pada bulan November ke tahap paling teruk sejak Jun 2009, apabila indeks aktiviti perkilangan jatuh kepada 48.6 mata, menyeberangi garis 50 mata buat kali pertama sejak November 2012. Bacaan sebelumnya adalah 50.5 mata. Pakar ekonomi menjangkakan indeks meningkat kepada 50.6 mata. Bahagian pekerjaan meningkat kepada 51.3 mata daripada 47.6 mata pada bulan Oktober, tempahan baru turun kepada 48.9 mata, yang terendah sejak Ogos 2012 dan indeks harga dibayar jatuh kepada 35.5 mata daripada 39 mata. Skor 49.1 mata dijangka pada kali ini.

Rabu, 9:15 Malam

US ADP Non-Farm Employment Change:  Pekerjaan sektor swasta meningkat sebanyak 217 ribu pekerjaan pada bulan November menurut Laporan ADP. Bacaan mendahului ramalan pasaran dan diikuti bacaan 196 ribu pada bulan sebelumnya. Ini adalah kenaikan paling kukuh dalam sektor perkhidmatan sejak Jun. Peningkatan ini didorong terutamanya oleh pemulihan dalam bidang profesional dan perkhidmatan perniagaan. Pertumbuhan pekerjaan kekal kukuh dan kadar pewujudan pekerjaan sebanyak dua kali ganda diperlukan untuk menyerap pertumbuhan penduduk yang berumur. 193 ribu pekerjaan dijangka wujud pada kali ini.

Rabu, 9:30 Malam

Imbangan Perdagangan AS:  Defisit perdagangan AS meningkat tanpa dijangka pada bulan Oktober di tengah-tengah kejatuhan dalam eksport. Jurang perdagangan meningkat 3.4% kepada $43.9 bilion, akibat daripada Dollar yang lebih kukuh. Defisit perdagangan September ini telah disemak semula kepada $42.5 bilion daripada yang dilaporkan sebelum ini sebanyak $40.8 bilion. Ahli ekonomi menjangkakan peningkatan kepada $40.6 bilion. Eksport jatuh 1.4% kepada $184.1 bilion – paras terendah sejak Oktober 2012. Import susut 0.6% kepada $228.0 bilion pada bulan Oktober. Defisit sebanyak $44 bilion dijangka pada laporan kali ini.

Rabu, 11:00 Malam

ISM Non-Manufacturing PMI AS:  Sektor perkhidmatan AS mencerminkan aktiviti perniagaan yang lebih perlahan pada bulan November. Indeks Institut perkilangan bagi Pengurusan Bekalan jatuh kepada 55.9 mata daripada 59.1 mata pada bulan Oktober. Pakar ekonomi menjangkakan indeks jatuh kepada 58.1 mata. Walaupun terdapat penurunan, bacaan November ini menunjukkan daya tahan sektor perkhidmatan domestik. Aktiviti perniagaan, pesanan baru dan komponen pekerjaan jatuh sebanyak lebih daripada 4 mata, tetapi masih mencatatkan bacaan di atas 55 mata.

Khamis, 3:00 Pagi

Minit Mesyuarat FOMC AS:  Ini adalah beberapa minit dari keputusan kenaikan kadar yang bersejarah. Kenyataan itu menunjukkan undi sebulat suara, tetapi mungkin terdapat kepelbagaian yang lebih luas daripada ahli-ahli yang tidak setuju sepenuhnya. Ia penting untuk ambil perhatian terhadap sentimen kenaikan kadar pada tahun 2016. Pada masa ini, 4 kenaikan diramalkan mengikut plot Feds, manakala pasaran menjangkakan bilangan yang jauh lebih rendah. Fed mengambil keputusan untuk meletakkan penekanan kepada inflasi, dan pasaran bakal tahu bagaimana bimbangnya mereka pada masa itu.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Tuntutan bantuan pengangguran di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 20 ribu pada minggu lepas untuk pelarasan bermusim kepada 287 ribu. Peningkatan ini adalah lebih besar daripada 274 ribu pemohon yang mulanya dijangka. Sementara itu, purata empat minggu bergerak meningkat sebanyak 4,500 tuntutan kepada 272,500. Tuntutan pengangguran  yang berterusan meningkat sebanyak 3 ribu selepas diselaraskan secara bermusim sebanyak 2.198 juta permohonan. Penurunan kepada 271 ribu tuntutan diramalkan pada kali ini.

Jumaat, 9:30 Malam

Data pekerjaan Kanada:  Ekonomi Kanada kehilangan hampir 36 ribu pekerjaan pada November lalu, selepas pekerja separuh masa yang diupah untuk pilihan raya persekutuan Oktober lalu telah dibuang kerja. Kehilangan pekerjaan, empat kali lebih besar daripada 10 ribu yang dijangka menaikkan kadar pengangguran kepada 7.1%, daripada 7% pada bulan Oktober. Walaupun ekonomi kehilangan 72 ribu pekerja sambilan, ia juga mendapat 36 ribu pekerja sepenuh masa, sekaligus menunjukkan gambaran yang tidaklah seburuk mana. Pertambahan pekerjaan sebanyak 10,400 dan kadar pengangguran kekal pada 7.1% adalah diramalkan pada kali ini.

Non-Farm Payroll AS: Laporan NFP lepas menunjukkan pertambahan sebanyak 211 ribu pekerjaan pada bulan November, mengatasi unjuran peningkatan sebanyak 201 ribu dan kadar pengangguran yang kekal pada 5%. Kenaikan kukuh tersebut adalah apa yang Feds perlukan untuk membuat keputusan menaikkan kadar pada mesyuarat Disember lalu. Upah meningkat 2.3% tahun ke tahun pada bulan November, sedikit lebih rendah daripada kenaikan 2.5% yang dicatatkan pada bulan Oktober; sekaligus menunjukkan trend pertumbuhan. Pertambahan sebanyak 202 ribu pekerjaan adalah diramalkan dengan kadar pengangguran yang stabil sebanyak 5% pada kali ini. Upah sekali lagi dijangka meningkat 0.2%. Walaupun tiada kenaikan dijangka dalam mesyuarat Januari ini, ini dijangka mempengaruhi keputusan pada mesyuarat bulan Mac nanti.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register