banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 4 – 8 Mei 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dolar AS mengalami minggu yang bergelora, menjunam dan memacu, tetapi tidak berbanding euro. Pilihan raya umum di UK, keputusan “interest rate” di Australia, data pekerjaan dari New Zealand, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat dan kemuncaknya dengan NFP Amerika Syarikat, adalah berita-berita penting dalam kalendar Forex untuk minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Federal Reserve AS menurunkan unjuran ekonomi di tengah-tengah data pertumbuhan yang lemah. Feds mengakui kelemahan pada suku pertama baru-baru ini dan mengaitkannya dengan faktor-faktor sementara. Inflasi perlu kembali ke 2% dan pasaran kerja perlu dipertingkatkan lagi sebelum kenaikan “interest rate” diumumkan. Walau bagaimanapun, Feds percaya ekonomi AS akan pulih pada suku kedua.

Sementara itu, tuntutan pengangguran yang dikeluarkan Khamis lalu, mengejutkan pasaran dengan 34,000 kejatuhan dalam bilangan tuntutan, namum tidak semua data kagum. Pemenang paling besar ialah euro, yang memecahkan resistance kritikal dan seolah-olah tidak dapat dihalang. Data GDP yang lemah mengekang Pound menjelang pilihan raya umum UK, dan bank-bank pusat pula mengekang Kiwi dan Aussie.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 12:30 Tengah Hari

“Interest rate” Australia:  Reserve Bank of Australia mengekalkan “interest rate” pada 2.25% untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan April, kerana majoriti pembuat dasar membuat keputusan menolak satu lagi penurunan “interest rate”. Pemotongan pada bulan Februari lalu telah direka untuk meningkatkan pertumbuhan dalam sektor bukan perlombongan. Gabenor RBA Glenn Stevens menyatakan dalam satu kenyataan bahawa, langkah-langkah ransangan ekonomi akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang. Tiada perubahan dijangka buat masa ini, tetapi tidak ada konsensus 100%. Ini bermakna bahawa penurunan “interest rate” akan merudumkan Aussie, dan pengekalan akan memacu ia naik.

Selasa, 8:30 Malam

“Trade Balance” AS:  Defisit perdagangan AS mengecil pada bulan Februari kepada paras terendah sejak 2009, mencapai $35.4 billion. Pakar ekonomi menjangkakan defisit akan meningkat kepada $41.3 billion. Walau bagaimanapun, Dollar yang kukuh, permintaan global yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih rendah mungkin memberi kesan kepada imbangan perdagangan pada bulan Februari. Walaupun defisit yang rendah, pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dengan ketara pada suku pertama 2015. Eksport menurun 1.6% kepada $186.2 billion, yang paling kecil sejak Oktober 2012; manakala import dari China jatuh 18.1%, mengurangkan defisit perdagangan AS-China yang sensitif dari segi politik, turun 21.2% kepada $22.5 billion. Defisit perdagangan dijangka meningkat kepada $39.7 billion pada bulan Mac.

Selasa, 10:00 Malam

“ISM Non-Manufacturing PMI” AS:  Sektor bukan perkilangan Amerika Syarikat terus berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada bulan Mac, dan syarikat-syarikat perkhidmatan meningkatkan pesanan untuk eksport mereka. Ahli ekonomi menjangka “non-manufacturing PMI” bakal mencapai 56.6 dan majoriti responden adalah positif tentang keadaan perniagaan dan ekonomi secara keseluruhan. Indeks pesanan baru ISM meningkat kepada 57.8 pada bulan Mac daripada 56.7 pada bulan Februari. Indeks eksport meningkat kepada 59.0 daripada 53.0 dan Indeks aktiviti perniagaan merosot kepada 57.5 daripada 59.4 pada bulan Februari dan 61.5 pada bulan Januari. “ISM non-manufacturing PMI” dijangka mencapai 56.2 pada bulan April.

Rabu, 6:45 Pagi

Data pasaran pekerjaan NZ:  Pasaran pekerjaan New Zealand berkembang 1.2% pada suku keempat 2014, berbanding dengan pertumbuhan 0.8% pada suku sebelumnya. Pakar ekonomi menjangkakan kenaikan 0.8% dalam bilangan jawatan baru. Walaupun bilangan pekerja meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan, kadar pengangguran masih juga meningkat kepada 5.7% daripada 5.4% pada suku ketiga, merupakan kadar pengangguran yang tertinggi sejak suku pertama 2014. Penganalisis menganggarkan purata 5.2% untuk 2015. Pasaran pekerjaan New Zealand dijangka berkembang sebanyak 0.7% pada suku pertama, manakala kadar pengangguran dijangka menurun kepada 5.5%.

Rabu, 8:15 Malam

ADP NFP AS:  Sektor swasta Amerika Syarikat melaporkan peningkatan pekerjaan yang paling kecil dalam lebih setahun, sambil menambah 189 ribu jawatan pada bulan Mac. Bacaan itu di bawah ramalan pasaran sebanyak 227 ribu pekerjaan dan lebih lemah daripada peningkatan 212 ribu pada bulan sebelumnya. Musim sejuk yang tegar, Dollar yang kukuh dan permintaan global yang lemah adalah antara punca data pasaran pekerjaan keluar mengecewakan. Pekerjaan sektor swasta ADP dijangka berkembang sebanyak 185 ribu pekerjaan pada bulan April.

Rabu, 9:15 Malam

Ucapan Janet Yellen:  Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen akan berucap di Washington DC. Beliau boleh bercakap mengenai keputusan mesyuarat FOMC baru-baru ini dan keadaan pasaran pekerjaan. Pasaran dijangka ‘volatile’.

Khamis, 9:30 Pagi

Data pasaran pekerjaan Australia:  Pasaran pekerjaan Australia berkembang sebanyak 37 ribu pekerjaan baru pada bulan Mac, menjadikan kadar pengangguran turun kepada 6.1%. Majoriti pekerjaan adalah jawatan sepenuh masa. Pakar ekonomi menjangkakan kenaikan yang lebih rendah sebanyak 14,900 jawatan dan pengangguran sebanyak 6.3%. Produktiviti yang telah meningkat menjadikan permintaan majikan untuk pekerja, bertambah. Prospek pekerjaan yang lebih baik dijangka menambah pendapatan isi rumah dan meningkatkan ekonomi. Pasaran pekerjaan Australia diramalkan berkembang sebanyak 3,100 peluang pekerjaan, manakala kadar pengangguran dijangka mencecah 6.2%.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran, jatuh minggu lepas kepada paras terendah sejak tahun 2000; sekaligus menunjukkan kelemahan dalam pasaran buruh pada bulan Mac, hanyalah bersifat sementara. Jumlah tuntutan awal menjunam 34 ribu dengan pelarasan musim sebanyak 262 ribu, mengatasi unjuran sebanyak 290 ribu tuntutan baru. Purata empat minggu bergerak dijangka susut 1,250 kepada 283,750.

Khamis

Pilihan raya umum UK: Keputusan awal dijangka pada lewat petang sesi dagangan AS. Selepas 5 tahun gabungan Konservatif-LibDem, penyandang David Cameron mempunyai ekonomi yang pulih manakala pemimpin Buruh Ed Miliband menunding kepada taraf hidup yang semakin merosot. Pasaran lebih menyukai kerajaan Konservatif, gabungan semasa atau sekurang-kurangnya majoriti secara terang-terangan untuk Parti Buruh. Walau bagaimanapun, perkara kelihatan lebih rumit, dengan kedua-dua pihak dijangka tidak mendapat majoriti dan parlimen berkemungkinan tergantung – keadaan yang tidak menentu dengan kesan negatif untuk Pound. Undian dijangka amat sengit, menjadikannya satu acara yang menarik sekali.

Jumaat, 8:30 Malam

Data pasaran pekerjaan Kanada:  Ekonomi Kanada tidak disangka-sangka menambah 28,700 pekerjaan pada bulan Mac, mengatasi ramalan penguncupan. Majoriti pekerjaan adalah jawatan separuh masa, tetapi majikan juga memotong 28,200 jawatan sepenuh masa. Peningkatan utama telah dikesan dalam sektor perkhidmatan. Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz, menyatakan bahawa pertumbuhan suku pertama akan terjejas teruk akibat kejatuhan harga minyak baru-baru ini. Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat kepada 65.9% daripada 65.7%. Kadar pengangguran yang sebelum ini pada 6.8% dijangka meningkat sehingga 6.9%.

Jumaat, 8:30 Malam

NFP AS:  “Non-Farm Payroll” AS mengecewakan pada Mac lalu, apabila pertumbuhan pekerjaan memaparkan 126 ribu jawatan, jauh lebih rendah daripada 246 ribu peningkatan yang dijangka oleh penganalisis; berikutan tambahan sebanyak 295 ribu pekerjaan pada bulan Februari. Sementara itu kadar pengangguran kekal stabil pada 5.5% sejajar dengan unjuran pasaran. Nisbah pekerjaan-penduduk kekal pada 59.3%, manakala kadar penyertaan susut kepada 62.7% pada bulan Mac, daripada 62.8% pada bulan sebelumnya. Sektor swasta AS dijangka menambah 231 ribu pekerjaan, menurunkan kadar pengangguran kepada 5.4%.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register