Share This Post

Broker Review / Exness / Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 5 – 9 Okt 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Laporan NFP minggu lepas begitu mengecewakan pasaran.  ISM non-manufacturing PMI dan imbangan perdagangan AS, ucapan Mario Draghi, keputusan kadar di Jepun, Australia dan United Kingdom, tuntutan pengangguran AS, minit mesyuarat FOMC, data pekerjaan Kanada dan ucapan Stephen Poloz adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Minggu lepas laporan pekerjaan utama AS bagi bulan September begitu mengecewakan, menunjukkan pertambahan hanya 142 ribu jawatan, jauh di bawah jangkaan 201 ribu yang diramalkan oleh para penganalisis. Sementara itu, kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 5.1% disebabkan oleh kemerosotan dalam kadar penyertaan tenaga buruh – menjunam kepada 62.4%, kadar yang paling teruk sejak Oktober 1977. Tambahan pula, kadar gaji tidak berubah, menunjukkan tekanan inflasi yang rendah. Laporan negatif ini menyuramkan jangkaan kenaikan kadar dalam masa terdekat. Adakah trend penurunan ini akan berterusan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 10:00 Malam

ISM Non-Manufacturing PMI AS:  Sektor perkhidmatan AS berkembang lebih baik daripada jangkaan pada Ogos, menunjukkan kadar pertumbuhan yang kukuh, tetapi lebih lemah daripada bacaan Julai. Indeks PMI menurun kepada 59 pada bulan Ogos daripada 60.3 pada bulan sebelumnya – yang tertinggi sejak tahun 2008. Laporan yang meyakinkan itu menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam ekonomi domestik Amerika Syarikat. Indeks “non-manufacturing” PMI dijangka merosot kepada 58.0 kali ini.

Selasa, 11:30 Pagi

Keputusan kadar Australia:  Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar pada 2% untuk bulan yang keempat berturut-turut, selepas penurunan 0.25% dilakukan pada bulan Mei. Turun naik pasaran di China dan kebimbangan kesan ekonomi yang negatif adalah sebab utama untuk mengekalkan kadar tidak berubah. Kebanyakan penganalisis menjangkakan RBA akan mengekalkan dasar monetarinya sehingga akhir tahun ini. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli ekonomi berkata RBA boleh mengurangkan kadar untuk kali ketiga tahun ini pada bulan November.

Selasa, 8:30 Malam

Baki Perdagangan AS:  Defisit perdagangan AS menguncup pada bulan Julai kepada $41.9 bilion, paras terendah dalam tempoh lima bulan, sekaligus menunjukkan ekonomi AS terus kukuh, walaupun ditengah-tengah kelembapan pertumbuhan global. Pakar ekonomi menjangkakan jurang perdagangan untuk mencapai $43.2 bilion. Eksport meningkat 0.4% kepada $188.5 bilion, kenaikan pertama sejak April. Import barangan pengguna menurun pada bulan Julai. Defisit perdagangan AS dijangka mencapai $42.2 bilion.

Rabu

Keputusan kadar Jepun:  Bank of Japan mengekalkan dasar monetari pada bulan September, mengakui pertumbuhan ekonomi Jepun telah diketepikan dengan kelembapan dalam ekonomi negara membangun, tetapi BoJ percaya ekonomi negara maju akan terus berkembang pada kadar yang sederhana, walaupun dalam kelembapan ekonomi negara membangun. Oleh itu, trend pertumbuhan umum dijangka kekal positif. BoJ juga akan memperluaskan asas kewangan kepada kira-kira $667 bilion setahun untuk meningkatkan inflasi.

Rabu, 1:00 Pagi

Ucapan Presiden ECB:  Presiden ECB Mario Draghi dijadualkan berucap di Frankfurt. Beliau boleh bercakap mengenai penurunan prospek ekonomi Euro-Zone oleh ECB baru-baru ini, serta kemerosotan berterusan dalam tahap inflasi. Petunjuk tentang langkah-langkah QE selanjutnya boleh juga diperkatakan. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Khamis, 7:00 Malam

Keputusan kadar UK:  Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar dalam mesyuarat September lalu. BoE juga menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi UK pada suku ketiga daripada 0.7% kepada 0.6%. Pembuat dasar juga mendakwa bahawa kelembapan ekonomi China dan negara membangun boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi UK. Walau bagaimanapun, Majlis MPC BoE kekal optimistik mengenai ekonomi UK dan dijangka menaikkan kadar secara beransur-ansur mulai separuh pertama 2016.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Tuntutan pengangguran AS meningkat sebanyak 10 ribu kepada 277 ribu minggu lalu, tetapi kekal pada paras terendah dalam 15 tahun. Pakar ekonomi menjangkakan bilangan tuntutan sebanyak 273 ribu. Purata bergerak empat minggu merosot 1,000 kepada 270,750. Jumlah orang yang menerima bantuan pengangguran adalah seramai 2.19 juta. Pasaran buruh terus kukuh seiring dengan pertumbuhan ekonomi. Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan pengangguran mencecah 274 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 2:00 Pagi

Minit Mesyuarat FOMC AS:  Pembuat Dasar Federal Reserve AS berkata pada Julai lalu bahawa mereka hampir menaikkan kadar buat kali pertama dalam hampir satu dekad, tetapi memerlukan penambahbaikan dalam ekonomi dan pasaran buruh. Walaupun data ekonomi kebanyakannya memberansangkan, FOMC memutuskan untuk menangguhkan kenaikan kadar September lalu. Minit mesyuarat ini akan memberi gambaran lanjut mengenai sebab-sebab kelewatan tersebut.

Jumaat, 8:30 Malam

Data pekerjaan Kanada:  Pasaran buruh Kanada menambah 12 ribu jawatan yang tidak dijangka pada bulan Ogos, walaupun pasaran menjangkakan penguncupan sebanyak 4,800. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada paras tertinggi dalam satu tahun sebanyak 7%, apabila kadar penyertaan meningkat kepada 65.9% daripada 65.7%. Secara keseluruhan, peningkatan dalam kerja sepenuh masa menunjukkan peningkatan yang positif dalam pasaran kerja Kanada, sekaligus mengimbangi kenaikan kadar pengangguran.

Ahad, 2:45 Pagi

Ucapan Gabenor Bank of Canada:  Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz dijadualkan berucap di Institut Kewangan Antarabangsa, di Lima, Peru. Dalam ucapannya baru-baru ini, Encik Polozs berkata beliau percaya Kanada akan bangkit daripada kejatuhan harga minyak mentah. Syarikat-syarikat boleh mengurangkan pelaburan dan pengeluaran dalam keadaan harga yang lebih rendah, tetapi ini akan meningkatkan permintaan; yang akhirnya akan membawa kepada kenaikan harga.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Adakah anda mencari sebuah forex broker yang mudah urusan deposit dan withdraw? Cuba Exness hari ini! Klik banner di bawah :

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register