728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 7 – 11 Dec 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Euro melonjak ekoran kekecewaan terhadap Mario Draghi dan ia juga menyebabkan Dollar merudum berbanding mata wang lain. Apa yang menanti minggu ini?  Keputusan kadar di Switzerland, New Zealand dan UK, data pekerjaan di Australia, jualan runcit, harga pengeluar dan sentimen pengguna dari Amerika Syarikat adalah merupakan tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran, seminggu sebelum keputusan kadar AS.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Keputusan Draghi adalah dramatik seperti biasa, tetapi tidak ke arah yang dijangkakan: ECB membuat potongan kadar yang minimum, lanjutan masa QE yang minimum dan tiada peningkatan dalam pembelian bon bulanan. Walaupun terdapat pilihan untuk mengambil lebih banyak tindakan dan melabur semula perolehan QE, ECB gagal memenuhi jangkaan pasaran, sekaligus menghantar kadar tukaran EUR/USD 450 pips lebih tinggi.

Di Amerika Syarikat, pasaran pekerjaan mencatatkan kenaikan kukuh pada bulan November dengan menambah 211 ribu pekerjaan, mengatasi unjuran pasaran. Bacaan positif ini telah didahului oleh tambahan 298 ribu pekerjaan pada bulan Oktober, sekaligus membuka jalan untuk kenaikan kadar pada bulan ini. Laporan ini datang sehari selepas Pengerusi Feds Janet Yellen menyatakan bahawa syarat-syarat untuk kenaikan kadar pertama telah dipenuhi.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin

Ucapan Gabenor Bank of Japan:  Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda dijadualkan berucap di Tokyo. Gabenor Kuroda telah menolak gesaan untuk perlahan dalam mencapai sasaran inflasi 2%. Beberapa pembuat dasar memberi amaran bahawa mendesak kenaikan harga dengan terlalu cepat boleh menjejaskan pengguna dan menyeru supaya BoJ memberi lebih banyak masa untuk mencapai sasaran inflasi. Gabenor Kuroda memberitahu pemimpin perniagaan, bahawa proses yang lebih perlahan juga akan menjejaskan pelarasan gaji. Hanya langkah berani sahaja yang boleh melawan deflasi. Turun naik pasaran dijangka.

Selasa, 11:00 Malam

JOLTS AS:  Angka “Jobs Openings and Labor Turnover Summary” (JOLTS) dalam meningkatkan pasaran pekerjaan dipantau oleh Federal Reserve AS, walaupun laporannya agak lambat. Ia memberikan gambaran yang lebih luas dalam ekonomi. Terdapat 5.59 juta peluang pekerjaan adalah dijangka pada Oktober selepas 5.39 juta pada bulan September lalu.

Khamis, 4:00 Pagi

Keputusan Kadar New Zealand:  Reserve Bank of New Zealand mengekalkan Kadar Tunai Rasmi pada 2.75%, di tengah-tengah kebimbangan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China dan Asia Timur. Penurunan mendadak harga barangan tenusu sejak awal tahun 2014, terus memberi tekanan kepada pendapatan domestik. Walau bagaimanapun, inflasi dijangka kembali pada landasan yang betul pada awal 2016. Menurut penganalisis, untuk memastikan purata inflasi CPI masa depan berada berhampiran tengah-tengah sasaran, beberapa pengurangan selanjutnya dalam kadar perlu dilakukan oleh RBNZ. Bank Pusat New Zealand dijangka menurunkan kadar kepada 2.50% pada mesyuarat kali ini.

Khamis, 8:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Kadar pengangguran Australia menurun dengan tidak disangka-sangka kepada 5.9% pada bulan Oktober lalu, berbanding jangkaan 6.2% – bacaan terendah sejak Mei lalu. Pasaran pekerjaan menambah 58,600 jawatan baru, hampir empat kali ganda daripada yang dijangkakan. Majoriti pekerjaan baru (40 ribu) adalah jawatan sepenuh masa, manakala pekerjaan sambilan meningkat sebanyak 18,600. Kadar penyertaan meningkat kepada 65.0% daripada 64.9% pada bulan September. Bacaan yang kukuh mencadangkan pasaran pekerjaan Australia melantun selepas peralihan dari sektor perlombongan kepada sektor perkhidmatan, perkhidmatan peribadi dan perniagaan. Pasaran pekerjaan dijangka kehilangan 10 ribu pekerjaan manakala kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 6.0% dalam laporan kali ini.

Khamis, 4:30 Petang

Keputusan Kadar Switzerland:  Bank pusat Switzerland meneruskan dasar kadar negatif dalam mesyuarat September lalu, mengekalkan kadar pada -0.75%. SNB berusaha untuk menyusutkan nilai franc Switzerland, tetapi meramalkan deflasi yang disebabkan oleh harga minyak yang rendah. SNB menyatakan bahawa, walaupun susut sedikit, franc Switzerland masih terlalu kuat dan ekonomi Switzerland yang bergantung kepada eksport, terpaksa menyesuaikan diri dengan peningkatan nilai franc tahun ini; selepas SNB tiba-tiba melepaskan tambatan 1.20 francs untuk satu Euro pada 15 Januari lalu.

Khamis, 8:00 Malam

Keputusan Kadar UK:  Gabenor Bank of England Mark Carney menyatakan pada bulan November lalu, bahawa kadar UK tidak akan dinaikkan sebelum akhir tahun ini dan majoriti pembuat dasar percaya bahawa BoE perlu menunggu beberapa bulan sebelum kenaikan pertama. Walau bagaimanapun, kos pinjaman mungkin akan berubah dan menjejaskan kadar gadai janji untuk rumah kedua atau pinjaman lain. Carney memberi amaran tentang pertumbuhan dalam pinjaman peribadi dan ledakan dalam pinjaman ‘beli-untuk-sewa’ yang telah memacu naik harga hartanah.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan permohonan untuk bantuan pengangguran di Amerika Syarikat meningkat minggu lepas sebanyak 9 ribu kepada 269 ribu pemohon; sekaligus mengekalkan paras empat dekad terendah dalam jumlah tuntutan. Terdapat hanya sedikit jumlah pemberhentian pekerja yang membolehkan perbelanjaan pengguna meningkat lebih kukuh semasa musim cuti. Purata tuntutan selama empat minggu susut kepada 269,250 dari 271 ribu pada minggu sebelumnya. Jumlah tuntutan pengangguran untuk minggu ini dijangka mencecah 266 ribu pemohon.

Jumaat, 9:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit AS meningkat 0.1% pada bulan Oktober di tengah-tengah penurunan yang tidak dijangka dalam pembelian kenderaan, menunjukkan kelembapan dalam perbelanjaan pengguna. Pakar ekonomi menjangkakan jualan runcit meningkat 0.3% selepas dilaporkan meningkat sebanyak 0.1% pada bulan September. Jualan kenderaan jatuh 0.5% selepas meningkat 1.4% pada bulan September. Sementara itu, jualan runcit tidak termasuk kenderaan meningkat 0.2% selepas mencatatkan kejatuhan 0.3% pada bulan sebelumnya, berbanding jangkaan ahli ekonomi untuk kenaikan 0.4%. Kali ini jualan runcit dijangka meningkat 0.2% dan jualan runcit teras diramalkan meningkat 0.3%.

PPI AS:  Harga pengeluar Amerika Syarikat menurun 0.4% pada bulan Oktober, untuk bulan kedua berturut-turut selepas dilaporkan pada -0.5% pada bulan sebelumnya, sekaligus mencadangkan tekanan inflasi rendah yang mungkin menangguhkan kenaikan kadar AS pada bulan Disember. Dalam tempoh 12 bulan hingga Oktober, PPI menurun 1.6%, penurunan terbesar sejak bacaan ini bermula pada tahun 2009. Harga pengeluar dijangka kekal lemah dalam beberapa bulan akan datang. PPI dijangka kekal mendatar buat masa ini.

Jumaat, 11:00 Malam

Sentimen Pengguna AS:  Keyakinan pengguna AS meningkat kepada 93.1 pada bulan November, meningkat bagi bulan kedua berturut-turut, satu petanda yang baik sebelum musim cuti. Ahli ekonomi meramalkan indeks itu akan meningkat kepada 91.3. Indeks pandangan masa depan pula meningkat kepada 85.6 daripada 82.1 pada bulan Oktober, meningkat 7.1% berbanding tahun lalu. Bacaan positif ini mencadangkan pengguna kini berasa lega dengan harga gas yang rendah, dan pasaran pekerjaan telah bertambah baik. Jangkaan inflasi pengguna adalah rendah untuk tempoh terdekat dan jangka masa panjang. Persekutuan Peruncit Kebangsaan AS menjangkakan jualan semasa musim percutian akan meningkat 3.7%, hanya kurang sedikit daripada kenaikan 4.1% pada tahun lepas. Sentimen pengguna dijangka mencecah 92.3 pada bulan Disember ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register