Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 7 – 11 Mac 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 7 – 11 Mac 2016

Setelah kukuh hampir lebih dua minggu, Dollar terumbang-ambing minggu lepas. Ucapan dari Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda dan Gabenor BoC Stephen Poloz, keputusan kadar di Kanada, New Zealand dan Euro-Zone serta data pekerjaan di Amerika Syarikat dan Kanada dilihat bakal menjadi pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) AS untuk bulan Februari yang disiarkan Jumaat lalu, menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan, pada 242 ribu berbanding 195 ribu, serta peningkatan 172 ribu pada bulan sebelumnya.  Sementara itu, kadar pengangguran kekal stabil pada 4.9%.

Walaupun perkembangan pekerjaan yang positif, upah sebenarnya menurun pada bulan Februari sebanyak tiga sen mencapai 2.2% kenaikan tahunan berbanding 2.5% pada bulan sebelumnya. Majoriti jawatan baru adalah kerja sampingan, meningkat 489 ribu manakala jawatan sepenuh masa hanya menambah 65 ribu sahaja. Walau bagaimanapun, pasaran pekerjaan AS kekal di landasan yang kukuh.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 11:40 Pagi

Ucapan Gabenor Bank of Japan:  Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda berkata pada minggu lepas bahawa Bank Pusat Jepun tidak melihat satu lagi penurunan kadar selepas memperkenalkan kadar negatif pada bulan Februari. Dasar monetari baru mula menunjukkan kesannya dan akan membantu BoJ untuk mencapai sasaran inflasi 2% lebih kurang pada separuh pertama 2017. Sejak kadar BoJ diturunkan pada bulan Januari lalu, beberapa bank-bank mula mengurangkan kadar gadai janji di samping mengurangkan kadar deposit. Turun naik pasaran adalah dijangka.

Rabu, 11:00 Malam

Keputusan Kadar Kanada:  Bank of Canada mengekalkan kadar pada 0.5% pada bulan Januari, berdasarkan bahawa pendirian dasar monetari semasa adalah sesuai. Bank Pusat Kanada menurunkan kadar sebanyak dua kali pada tahun 2015 untuk membantu meningkatkan ekonomi. Penganalisis tidak menolak kemungkinan penurunan lagi bulan ini, walaupun BoC mungkin tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar sebelum bajet persekutuan dibentangkan.  BoC menjangka ekonomi Kanada berkembang sebanyak 1.5% pada tahun ini dan 2.5% pada tahun 2017.

Rabu, 11:30 Malam

Inventori Minyak Mentah AS:  Inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 10.4 juta tong kepada rekod tertinggi 518 juta tong pada minggu lepas. Bacaan tersebut hampir tiga kali ganda daripada peningkatan 3.6 juta tong yang diunjurkan oleh penganalisis. Harga minyak turun tetapi pulih kemudiannya ke paras yang lebih tinggi daripada harga penutup Selasa. Ahli ekonomi menjangkakan harga akan meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun. Pelabur menjangkakan harga akan meningkat dengan harapan OPEC akan meyakinkan ahli-ahlinya untuk mengurangkan pengeluaran.

Khamis, 4:00 Pagi

Keputusan Kadar New Zealand:  Reserve Bank of New Zealand memutuskan untuk mengekalkan kadar utama tidak berubah pada 2.5% pada bulan Januari, selepas penurunan kadar pada Disember lalu. Keputusan itu selaras dengan ramalan pasaran. Kebimbangan mengenai ekonomi global terutamanya di China dan pasaran negara membangun menurunkan jangkaan inflasi. Tambahan lagi, ekonomi domestik lemah pada separuh pertama 2015 didorong oleh terma perdagangan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, pertumbuhan dijangka meningkat pada 2016, di tengah-tengah imigresen dan pelancongan yang bertambah, aktiviti pembinaan yang kukuh, dan peningkatan dalam keyakinan pengguna dan perniagaan.

Khamis, 8:45 Malam

Keputusan Kadar Euro-Zone:  Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi memberi isyarat bahawa ECB boleh melonggarkan dasar monetarinya pada Mac ini ketika terdapat kebimbangan terhadap kelemahan pertumbuhan ekonomi global yang menyebabkan turun naik dalam pasaran kewangan. Draghi berkata langkah-langkah ECB yang diumumkan pada bulan Disember lalu adalah drastik, tetapi keadaan telah berubah sejak itu dan bahawa “tiada had” untuk bertindak dalam tempoh mandatnya. Kejatuhan harga minyak dan komoditi, ekonomi China yang semakin lemah akan membuatkan ECB sibuk pada bulan-bulan yang akan datang.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan tuntutan pengangguran AS tidak disangka-sangka meningkat sebanyak 6 ribu pada minggu lalu, mencapai 278 ribu pemohon. Penganalisis meramalkan tuntutan hanya akan meningkat sebanyak 271 ribu pada minggu lepas. Walau bagaimanapun, trend asas kekal teguh. Purata bergerak empat minggu tuntutan jatuh 1,750 kepada 270,250 pada minggu lepas – paras terendah sejak akhir November 2015. Laporan tuntutan menunjukkan bilangan orang yang masih menerima bantuan selepas minggu pertama, meningkat 3 ribu kepada 2.26 juta orang. Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan baru akan mencapai 272 ribu pemohon pada minggu ini.

Jumaat, 5:15 Pagi

Ucapan Gabenor Bank of Canada:  Gabenor BoC Stephen Poloz akan berucap di Ottawa. Beliau berkata pada Januari lalu bahawa tidak ada penyelesaian yang mudah kepada kejatuhan harga minyak dan komoditi. Ekonomi akan pulih dengan sendirinya, tetapi ia akan menjadi satu proses yang menyakitkan yang akan menjejaskan rakyat, walaupun BoC mengambil langkah-langkah yang boleh membantu mengurangkan kesan tersebut. Poloz menjangka Lonnie kekal lemah seperti pada awal tahun 2002 apabila harga minyak menjunam kepada kira-kira AS$25 setong.

Jumaat, 9:30 Malam

Data Pekerjaan Kanada:  Pasaran pekerjaan Kanada menguncup dengan kehilangan 5,700 pekerjaan pada bulan Januari, manakala kadar pengangguran meningkat dari 7.1% kepada 7.2%. Kegawatan utama berlaku di kawasan-kawasan pengeluar minyak kerana harga minyak terus merudum tetapi kesannya turut dirasai oleh industri-industri lain. Wilayah Alberta kehilangan hampir 22 ribu pekerjaan sepenuh masa, manakala hampir 12 ribu jawatan sambilan diadakan, sekaligus menunjukkan jawatan sepenuh masa yang tidak mencukupi. Wilayah Ontario adalah satu-satunya wilayah yang melihat pertumbuhan pekerjaan, dengan 20 ribu jawatan baru diwujudkan pada bulan Januari lalu. Ekonomi Kanada dijangka menambah 10,200 pekerjaan manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada kadar 7.2%

Jumaat, 11:00 Malam

Sentimen Pengguna AS:  Sentimen pengguna jatuh pada bulan Februari ke paras empat bulan terendah, daripada 90.7 mata selepas mencatatkan 92.3 mata pada Januari, di tengah-tengah penurunan dalam harga saham dan keadaan global yang lemah. Seksyen keadaan semasa jatuh ke paras terendah dalam masa tiga bulan, kepada 105.8 mata daripada 106.4 mata. Namun begitu, terdapat peningkatan 45% dalam bilangan isirumah yang melaporkan bahawa keadaan kewangan mereka bertambah baik. Indeks enam bulan menurun kepada 81 mata dari 82.7 mata – yang paling lemah sejak September 2015.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register