banner-mutm-728x90

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 7 – 11 Sep 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

September bermula dengan naik turun pasaran yang tidak menentu. Keputusan kadar di Kanada, New Zealand dan UK; data Pekerjaan di Australia dan sentimen pengguna Amerika Syarikat adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Ekonomi Amerika Syarikat menghasilkan 173 ribu pekerjaan pada bulan Ogos, kurang sedikit daripada anggaran tetapi dengan semakan positif dan pertumbuhan upah yang meyakinkan. Laporan itu datang pada masa yang penting dalam perbahasan kenaikan kadar AS dan ianya menimbulkan ketidakpastian yang bercampur-campur, tetapi ramai penganalisis merasakan Feds masih boleh membawa kepada “kenaikan yang pessimis”.

Di Euro-Zone, situasi masih jauh dari ketenangan, dengan Encik Draghi yang menunjukkan keberaniannya mahu bertindak, sekaligus memberati Euro. Mata wang komoditi tidak dapat berehat sempena cuti pasaran China dan telah terjejas teruk.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Rabu, 11:00 Malam

Keputusan Kadar Kanada:  Bank of Canada memutuskan untuk menurunkan kadar penanda aras kepada 0.5% pada bulan Julai. Ini adalah penurunan kedua tahun ini, yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi. BoC mengurangkan anggaran pertumbuhan pada 2015 daripada unjuran pada bulan April, selepas ekonomi menunjukkan penguncupan kecil pada separuh pertama tahun ini. Walau bagaimanapun, BoC menjangkakan pemulihan pada separuh kedua 2015 dan pertumbuhan 1.9% pada tahun ini. Penganalisis menjangka BoC akan mengekalkan kadar buat masa ini.

JOLTS Peluang Pekerjaan AS:  Peluang pekerjaan dilihat oleh Federal Reserve AS kerana ia memberikan petunjuk yang lebih luas tentang pasaran kerja, walaupun angka ini lewat disiarkan. Pada bulan Jun, terdapat 5.25 juta peluang pekerjaan baru dan kenaikan kepada 5.33 juta adalah dijangkakan pada Julai lalu.

Khamis, 6:00 Pagi

Keputusan Kadar New Zealand:  Reserve Bank of New Zealand menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 3.0% pada bulan Julai, dengan harapan untuk meningkatkan inflasi dan aktiviti ekonomi. Penurunan kadar adalah selaras dengan jangkaan pasaran. Prospek pertumbuhan NZ merosot sejak mesyuarat dasar RBNZ yang terakhir pada bulan Jun. Walau bagaimanapun, “kiwi” telah menurun dengan ketara sejak itu, membantu pengeluar dengan harga eksport komoditi yang lemah. Penganalisis menjangkakan penurunan lagi pada September dan Oktober ekoran kelembapan di China yang mula memberi kesan kepada ekonomi New Zealand. Ahli ekonomi meramalkan satu lagi penurunan kadar kepada 2.75% pada bulan ini.

Khamis, 10:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Kadar pengangguran di Australia meningkat 0.2% pada bulan Julai mencecah 6.3%, walaupun dengan pertambahan 38,500 jawatan pada bulan Julai. Penganalisis menjangka pertambahan yang lebih kecil sebanyak 10,200 peluang pekerjaan dan kadar pengangguran sebanyak 6.1%. Kenaikan mendadak pengangguran adalah disebabkab oleh kadar penyertaan yang mencapai 65.1%. Peningkatan dalam bilangan pencari kerja boleh menyumbang kepada pertumbuhan pekerjaan pada bulan-bulan yang akan datang, yang merupakan satu perkara yang baik untuk ekonomi Australia. Penganalisis menjangkakan pertambahan 5,200 jawatan dan penurunan kadar pengangguran kepada 6.2%.

Khamis, 8:00 Malam

Keputusan Kadar UK:  Bank of England mengekalkan kadar pada 0.5% pada bulan Ogos walaupun seorang ahli mengundi untuk kenaikan. Kekurangan tekanan inflasi menangguhkan keputusan BoE untuk menaikkan kadar, walaupun Gabenor Mark Carney berkata kenaikan adalah semakin hampir, tetapi tidak boleh “diramalkan terlebih dahulu”. Pasaran saham yang merudum di China dan rundingan semula hutang Greece memberi pandangan suram terhadap pertumbuhan global, yang menyumbang kepada keputusan BoE untuk menangguhkan kenaikan kadar. Walau bagaimanapun, ia menjangka inflasi untuk kembali ke sasaran tahun depan, meningkat 0.25% dalam tempoh empat bulan pertama dan mungkin dua kali ganda daripada 0.5% kepada 1% pada akhir tahun 2016. Penganalisis tidak melihat sebarang pertukaran dasar kewangan BoE buat masa ini.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan permohonan baru untuk bantuan pengangguran meningkat minggu lepas kepada 282 ribu, melebihi jangkaan 273 ribu. Walau bagaimanapun, bilangan permohonan masih kekal rendah pada masa kelembapan global. Purata empat minggu meningkat 3,250 kepada 275,500. Angka tersebut telah jatuh 9.2% dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Gabungan pertumbuhan pekerjaan yang stabil dan permohonan yang rendah, menunjukkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat akan terus berkembang pada bulan-bulan yang akan datang. Ahli ekonomi menjangkakan jumlah tuntutan baru akan mencapai 279 ribu minggu ini.

Jumaat, 9:30 Malam

Indeks Harga Pengeluar AS:  Harga pengeluar di Amerika Syarikat meningkat bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan Julai, meningkat 0.2% selepas kenaikan 0.4% pada bulan Julai. Walau bagaimanapun, tekanan inflasi masih stabil di tengah-tengah harga minyak yang lebih rendah dan dolar yang kukuh. Dalam tempoh 12 bulan hingga Julai, Indeks Harga Pengeluar AS menurun 0.8% selepas penurunan 0.7% pada bulan Jun. Ianya dijangka merosot sebanyak 0.1% pada kali ini.

Jumaat, 11:00 Malam

UoM Sentimen Pengguna AS:  Keyakinan pengguna AS lemah bagi bulan kedua pada Ogos lepas, setelah pengguna lebih pesimis terhadap apa yang bakal berlaku selepas kenaikan kadar. Indeks Universiti Michigan untuk sentimen pengguna, menguncup kepada 92.9 daripada 93.1 pada bulan Julai. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan 93.5. Kegawatan kewangan global yang disebabkan oleh China, masih belum mempengaruhi laporan sentimen masa depan. Laporan tersebut menjangkakan kadar inflasi AS sebanyak 2.8% untuk tempoh 12 bulan akan datang dan 2.7% untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Sentimen pengguna AS kali ini dijangka merosot lagi kepada 91.6.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register