728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 9 – 13 Mei 2016

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 9 – 13 Mei 2016

Dollar AS membuat lantunan pada Selasa minggu lepas dan kekuatannya dilihat ke hadapan selepas itu. Keputusan kadar di UK, KDNK (GDP) dari Jerman dan sentimen pengguna AS; dijangka menjadi pemacu utama pergerakan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Laporan sektor pekerjaan bulanan AS menunjukkan pertambahan yang lebih rendah daripada jangkaan, sebanyak hanya 160 ribu pada April tetapi kenaikan gaji yang kukuh, pada 2.5%, adalah di mana tumpuan pasaran akhirnya berada. Walaupun kenaikan kadar pada bulan Jun masih tidak menjadi pilihan baik untuk Feds AS, data tersebut cukup untuk menyokong Dollar AS, yang akhirnya telah mula menerima permintaan selepas jatuh merudum pada awal minggu lepas.

Di tempat lain, Dollar Australia telah terjejas teruk oleh RBA, Loonie susut ekoran campuran data Kanada yang lemah dan harga minyak yang tidak menentu, Euro jatuh selepas mencapai paras tertinggi yang baru di tengah-tengah krisis Greek yang baru dan Yen  mula melemah.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Ahad, 10:00 Pagi

Imbangan Dagangan China:  Ekonomi ketiga terbesar dunia adalah punca kebimbangan Feds AS dan pasaran secara umum. Tahap aktiviti ekonomi di China akan memberi kesan kepada harga pembukaan pasaran minggu ini. Angka laporan ini adalah bagi bulan April, cukup jauh dari Tahun Baru Cina pada Februari, satu alasan untuk melihat angka yang jauh berbeza. Lebihan dagangan sebanyak 250 bilion Yuan dijangka selepas 195 bilion Yuan dalam laporan sebelum ini.

Rabu, 5:00 Pagi

Laporan Kestabilan Kewangan RBNZ:  Gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) Graeme Wheeler boleh mengulas lanjut mengenai faktor-faktor ekonomi yang mendorong keputusan kadar tunai yang terakhir pada akhir bulan lepas. Para pelabur keliru dengan dasar terbaru RBNZ. Dollar New Zealand yang kukuh menentang rangsangan dalam pasaran perumahan dan Bank Pusat NZ berjuang dengan kadar inflasi yang berterusan rendah. Penganalisis mendapati sukar untuk mentafsir keputusan Gabenor Wheeler menurunkan kadar pada bulan Mac lepas. Selepas penurunan kadar RBA, RBNZ mungkin seterusnya dan selepas itu mungkin juga Bank of Canada. Keputusan ini juga boleh memberi kesan di luar New Zealand.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Inventori minyak mentah AS meningkat kepada paras tertinggi dalam rekod pada minggu lepas, bertambah sebanyak 2.8 juta tong. Bacaan adalah jauh lebih tinggi daripada 600 ribu tong yang diramalkan oleh penganalisis. Pertambahan tersebut menolak harga minyak di pasaran ke paras yang lebih rendah. Brent merosot lebih daripada $5 sejak Jumaat lepas, akibat pertambahan output dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), tanda-tanda kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat dan Asia, serta Dollar AS yang lebih kukuh. Sesetengah pelabur percaya trend ini akan berterusan pada 2016 manakala yang lain mengharapkan peningkatan harga.

Khamis, 7:00 Malam

Keputusan Kadar dan Laporan Inflasi UK:  Bank of England memutuskan untuk mengekalkan kadar tidak berubah pada mesyuarat bulan April yang bertujuan untuk mencapai sasaran inflasi 2%; dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan pasaran pekerjaan. Ahli-ahli MPC mengundi sebulat suara untuk mengekalkan kadar pada 0.5%, mengekalkan pembelian aset pada £375 bilion. Pembuat dasar menyatakan terdapat risiko dalam harga tenaga dan makanan yang rendah, dan menjangka ia akan semakin pudar menjelang tahun akan datang. Walaupun inflasi teras meningkat, ia masih kekal rendah bersama-sama dengan inflasi global yang lemah dan pertumbuhan kos dalam negeri yang lembap. Ahli-ahli MPC mengunjurkan kadar Bank akan meningkat bagi memastikan pulangan inflasi ke sasaran dengan cara yang mampan. Walau bagaimanapun, kesan referendum EU boleh merosakkan jangkaan. Dengan ini “Super Thursday” menyiarkan kedua-dua keputusan kadar dan minit, serta laporan inflasi suku tahun; BoE boleh membuka perdebatan isu ‘Brexit’ yang kini telah menjadi satu isu global.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada minggu lalu, selepas tuntutan berdaftar mencatatkan pertambahan terbesar dalam lebih daripada satu tahun. Tambahan pula, sektor tenaga meningkatkan bilangan pemberhentian disebabkan oleh harga minyak yang rendah. Jumlah tuntutan telah meningkat sebanyak 17 ribu kepada pelarasan bermusim 274 ribu. Penganalisis percaya peningkatan ini adalah bersifat teknikal. Purata bergerak empat minggu tuntutan meningkat sebanyak 2 ribu kepada 258 ribu pada minggu lalu. Jumlah tuntutan dijangka mencecah 277 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 2:00 Petang

KDNK (GDP) Jerman:  Ekonomi Jerman terus berkembang pada kadar yang stabil, tetapi sederhana, sebanyak 0.3% pada suku terakhir tahun 2015. Pengembangan ekonomi adalah terutamanya disebabkan oleh penggunaan domestik yang kukuh. Bacaan itu adalah sejajar dengan unjuran pasaran. Eksport menurun daripada suku ketiga terjejas oleh permintaan yang lemah dari China, Rusia dan lain-lain negara-negara membangun yang besar. Sementara itu, penggunaan domestik Jerman mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada akhir tahun lepas. Pertumbuhan ekonomi Jerman dijangka mencapai 0.6% pada suku pertama 2016.

Jumaat, 8:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit AS tidak disangka-sangka menurun pada bulan Mac, turun 0.3% selepas penurunan 0.1% pada bulan Februari. Pakar ekonomi menjangkakan indeks jualan runcit meningkat 0.1%. Namun di sebalik permulaan yang lemah pada tahun ini, penganalisis percaya bahawa jika pertambahan pekerjaan terus berlaku, pengguna akan meningkatkan perbelanjaan dalam jangka masa panjang. Sementara itu jualan teras yang tidak termasuk kereta, meningkat hanya 0.2% walaupun dijangka naik 0.4%. Jualan runcit AS diramal merosot 0.3% pada kali ini, manakala jualan teras dijangka mencapai 0.6%.

Harga Pengeluar AS:  Harga pengeluar AS lebih lemah daripada jangkaan pada bulan Mac lalu, dengan menurun 0.1% walaupun dijangka mencecah 0.3%. Kekurangan tekanan inflasi bersama-sama dengan kuasa harga yang lemah adalah punca di belakang kejatuhan ini. Sementara itu harga teras tidak berubah berbanding dengan jangkaan peningkatan 0.1%. Pada asas tahunan, harga menurun 0.1% dengan teras meningkat 0.9%. Feds AS agak yakin kadar pertumbuhan dalam pasaran pekerjaan AS, tetapi bimbang dengan jangkaan inflasi yang semakin lemah dan boleh menjadi halangan utama kepada kenaikan kadar selanjutnya. Harga pengeluar dijangka meningkat 0.3% buat masa ini.

Jumaat, 10:00 Malam

Sentimen Pengguna AS:  Keyakinan pengguna AS merosot untuk bulan keempat berturut-turut pada April lepas, selepas mencatatkan 89.7 mata daripada 91 mata pada bulan Mac, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan ekonomi yang lemah. Penganalisis menjangkakan bacaan positif sebanyak 91.9 mata. Angka-angka yang lemah ini meningkatkan kebimbangan terhadap daya tahan pengguna pada bulan-bulan akan datang. Ahli ekonomi takut kelembapan ekonomi boleh menjejaskan kenaikan gaji dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan mengurangkan kadar pekerjaan. Keyakinan pengguna dianggarkan meningkat kepada 89.9 kali ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register