728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 9 – 13 Nov 2015

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS melonjak secara menyeluruh apabila kenaikan kadar Federal Reserve AS pada Disember ini kelihatan hampir nyata. Data pekerjaan dari UK dan Australia, ucapan daripada Mark Carney dan Mario Draghi, data KDNK Jerman, serta jualan runcit Amerika Syarikat merupakan tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

telegram-moshed

Laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat bagi Oktober menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dengan peningkatan 271 ribu pekerjaan selepas kenaikan lemah selama dua bulan berturut-turut.  Kadar pengangguran menurun kepada paras terendah dalam 7-1/2 tahun sebanyak 5.0%, sekaligus menunjukkan kekuatan ekonomi domestik AS.

Bacaan yang teguh ini boleh memberi isyarat pengumuman kenaikan kadar yang ditunggu-tunggu dalam mesyuarat Feds pada Disember akan datang, yang juga dapat dilihat dalam komen Feds baru-baru ini. Satu lagi berita yang menggalakkan adalah kenaikan gaji dan perbelanjaan pengguna yang kukuh, sekaligus menunjukkan gambaran ekonomi yang meyakinkan di ambang suku keempat 2015. Adakah trend ini bakal berterusan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Rabu, 5:30 Petang

Data Pekerjaan UK:  Pasaran buruh UK terus bertambah baik pada suku ketiga, dengan mencatatkan kadar pengangguran terendah sejak suku kedua tahun 2008. Kadar pengangguran sebanyak 5.4% berbanding dengan 5.5% dalam tempoh tiga bulan hingga Julai. Upah termasuk bonus meningkat 3% yang menunjukkan trend pertumbuhan dalam ekonomi UK. Walau bagaimanapun, bilangan tuntutan bantuan pengangguran meningkat 4600 pada bulan September, meleset dari ramalan bagi penguncupan sebanyak 2300. Bilangan tuntutan bantuan pengangguran dijangka meningkat sebanyak 1,600 masa ini.

Rabu, 6:30 Petang

Ucapan Gabenor Bank of England:  Gabenor BoE Mark Carney akan berucap di London mengenai Laporan Inflasi yang dikeluarkan pada minggu lepas. Berikutan kenyataan itu Carney mencadangkan agar kadar kekal rendah bagi tempoh yang lebih lama, membayangkan ianya akan meningkat dalam masa dua tahun. Beliau berkata pertumbuhan global semakin lemah sejak laporan inflasi sebelum ini, yang boleh menjejaskan pertumbuhan UK. Mengenai ramalan inflasi, BoE menurunkan sedikit unjuran pertumbuhannya, kepada kira-kira 2.7% bagi tahun 2015 daripada 2.8% dalam laporan yang terakhir. Encik Carney menyatakan bahawa jika kadar tidak meningkat sehingga separuh pertama 2017, inflasi dijangka akan mengatasi sasaran 2%.

Rabu, 9:15 Malam

Ucapan Presiden ECB:  Presiden ECB Mario Draghi bakal berucap London. Beliau boleh memberi maklumat lanjut mengenai pengisytiharan baru-baru ini, bahawa ECB bersedia untuk mengurangkan kadar dan meningkatkan pelonggaran kuantitatif bagi mencegah kemerosotan ekonomi baru Euro-Zone.  Encik Draghi menyatakan bahawa dasar ECB bukanlah berada dalam mood “tunggu dan lihat”, tetapi mood “tunggu dan menilai” antara sekarang dan mesyuarat dasar pada 3 Disember ini.

Khamis, 8:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Pasaran pekerjaan Australia menguncup dengan kehilangan 5,100 pekerjaan pada September meleset dari ramalan kenaikan sebanyak 5 ribu pekerjaan. 13,900 pekerja sepenuh masa telah dibuang kerja, manakala 8,900 kerja sambilan telah ditambah. Kadar penyertaan, jatuh kepada 64.9% daripada 65.0% pada bulan Ogos. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran kekal stabil pada 6.2%. Ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan pekerjaan bakal perlahan berikutan keadaan ekonomi yang lemah dan pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan buruh bakal lemah; terkesan dari kurang sokongan daripada aktiviti perumahan dan nilai mata wang yang lebih rendah. Pasaran buruh Australia dijangka menambah 15,200 pekerjaan manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada 6.2%.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Tuntutan pengangguran AS lebih lemah daripada yang dijangkakan minggu lalu, mencapai 276 ribu selepas mencatatkan 260 ribu pada minggu sebelumnya. Penganalisis menjangka jumlah tuntutan sebanyak 263 ribu. Walau bagaimanapun, bilangan tuntutan kekal pada paras terendah dalam sejarah; sekaligus menunjukkan keadaan pasaran pekerjaan yang kukuh.

Jumaat, 3:00 Petang

KDNK (GDP) Jerman:  Ekonomi Jerman berkembang pada 0.4% pada suku kedua menurut anggaran Ogos. Eksport meningkat 2.2% dalam tempoh tiga bulan hingga Jun. Penggunaan swasta meningkat 0.2%, manakala pelaburan modal menguncup 0.4%. Jerman menghadapi risiko kemerosotan eksport disebabkan oleh kelemahan di China, rakan dagang ketiga terbesar Jerman. Walau bagaimanapun, sektor pembuatan Jerman terus berkembang dan perbelanjaan pengguna kekal kukuh di tengah-tengah pengangguran dan kos pinjaman yang rendah. Ahli ekonomi menjangkakan KDNK (GDP) Jerman berkembang sebanyak 0.3% pada suku ketiga 2015.

Jumaat, 9:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit AS mencatat prestasi lemah pada bulan September, meningkat 0.1% berbanding jangkaan 0.2%. Tidak termasuk kenderaan, jualan runcit teras menurun 0.3%. Jualan kenderaan bermotor dan bahagian-bahagian auto meningkat sebanyak 1.7%. Sementara itu, jualan petrol turun 3.2%. Perbelanjaan pengguna merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Amerika Syarikat. Penggunaan yang lemah merupakan satu pukulan kepada pertumbuhan KDNK. Jualan runcit dijangka meningkat 0.3% pada bulan Oktober dan jualan teras pula dijangka meningkat sebanyak 0.4%.

Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS:  Harga pengeluar AS menjunam pada bulan September ke tahap paling rendah dalam tempoh lapan bulan, di tengah-tengah penurunan dalam harga produk tenaga. Indeks harga pengeluar jatuh 0.5%, selepas tidak berubah pada bulan Ogos. Dalam tempoh 12 bulan hingga September, PPI menurun sebanyak 1.1% selepas merosot 0.8% pada bulan Ogos. Inflasi yang lemah adalah salah satu sebab utama keengganan Feds AS untuk menaikkan kadar. Harga pengeluar dijangka berkembang sebanyak 0.1% buat masa ini.

Jumaat, 11:00 Malam

UoM Sentimen Pengguna AS:  Sentimen pengguna AS pulih dengan ketara pada bulan Oktober, sekaligus menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi kekal positif; walaupun tekanan daripada dolar yang kukuh dan permintaan global yang lemah, memberati industri dan sektor pembuatan. Indeks Universiti Michigan bagi sentimen pengguna meningkat kepada 92.1 daripada 87.2 pada bulan September lalu. Penganalisis menjangka bacaan yang lebih rendah iaitu 88.8. Ia adalah satu tanda harapan bagi prospek perbelanjaan pengguna. Keyakinan pengguna AS dijangka mencapai 91.2 pada bulan November.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register