Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Forex dan Komoditi

Pandangan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (28 Nov-2 Disember)

Pandangan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (28 Nov-2 Disember)

US dolar telah pun mencapai paras tertinggi berbanding Euro dan Yen berikutan penguatan matawang greenback ini yang disebabkan oleh potensi pengetatan polisi (tightening policy) oleh The Federal Reserve yang semakin pasti dan pakej rangsangan fiskal oleh pentadbiran baru Amerika Syarikat di bawah Presiden baru Donal Trump.

Kenapa pengetatan polisi dan rangsangan fiscal menguatkan US dolar? Pengetatan polisi atau dalam konteks The Federal Reserve pada masa ini ialah kenaikan kadar Fed Fund Rate. Fed Fund Rate adalah kadar polisi yang sama seperti Overnight Policy Rate (OPR) yang ada di Malaysia. Jika kadar ini dinaikkan akan menyebabkan penawaran wang US dolar dalam ekonomi US merosot yang akan menyebabkan nilai matawang ini meningkat. Jika anda mengalami kesukaran untuk memahami perkara ini, cuba kaitkan dengan permintaan dan penawaran barang yang menentukan harga sesuatu barang, anda akan faham tentang konsep ini.

Apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini ialah penguatan US dolar telah bergerak ke arah (priced-in) kenaikan kadar Fed Fund Rate, walaupun kadar ini belum dinaikkan lagi. Inilah yang selalu terjadi apabila pasaran telah menjangkakan kenaikan kepada sesuatu instrumen pasaran. Jangkaan ini begitu kuat sehingga mencapai paras tertinggi di 30day-Fed Fund Future yang seakan-akan pasaran begitu pasti dengan kenaikan kadar ini. Walaubagaimanapun, untuk membeli US dolar pada masa ini adalah terlalu mahal dan Mosehd.com menjangkakan pasaran akan menunggu harga jatuh dahulu untuk mendapatkan harga yang lebih berbaloi.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat faktor-faktor yang akan menggerakkan pasaran pada minggu ini (28 Nov – 2 Dis).

  • Ucapan Presiden Draghi, Isnin 10 malam

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi akan membentangkan laporan monetaryi kepada Majlis Ekonomi Parlimen Eropah di Brussels. Sebelum ini Draghi menyatakan akan meneruskan program pembelian bon pada Disember berikutan kesan polisi setakat ini yang tidak memberangsangkan  dengan kadar inflasi masih berada di tahap rendah. Beliau juga menegaskan bahawa akan terus meneliti risiko-risiko pilihanraya di beberapa negara besar dalam kesatuan Eropah.

  • KDNK (GDP) US, Selasa 9.30 malam

Selepas tiga laporan sukuan ekonomi US yang kurang meyakinkan, ekonomi US melonjak semula dengan catatan 2.9% pada suku kedua yang lepas. Catatan ini adalah lebih baik dari jangkaan penganalisis yang menjangkakan ekonomi hanya akan berada di sekitar 1.1%. Penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 3.0% dalam bacaan pertumbuhan KDNK kali ini.

  • Indeks Keyakinan Pengguna US CB Consumer Confidence, Selasa 11 malam

Indeks keyakinan pengguna merosot pada Oktober kepada 98.6 berbanding bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelum iaitu 103.5 yang menunjukkan isirumah masih ragu berikutan pertumbuhan ekonomi yang lemah dan ketaktentuan pilihanraya bulan lepas. Penganalisis menjangkakan kejatuhan indeks ini ke paras 101.5 bulan lepas. Kebanyakan penganalisis berpendapat kejatuhan ini hanyalah sementara disebabkan kebimbangan kepada kesan pilihanraya presiden. Penganalisis menjangkakan bacaan kali ini akan meningkat semula di sekitar 101.3.

  • Jumlah Pengangguran/US ADP Non-Farm Employment Change, Rabu 9.15 malam

Data ADP non-farm payroll dikeluarkan pada 2 November lepas mencatatkan tambahan sebanyak 147,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta pada bulan lepas. Data ini kurang daripada jangkaan sebanyak 166,000 dan data bulan sebelum iaitu 202,000. ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara US yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc). Pihak ADP mengatakan dalam sidang media, “peningkatan pekerjaan dilihat bertambah dari syarikat kecil kepada syarikat besar disebabkan kesan ekonomi global yang semakin berkurangan.” “Hal ini juga disebabkan  syarikat besar selalunya menjadi tarikan kepada pekerja dengan gaji lebih tinggi dan faedah-faedah yang lain. Penganalisis menjangkakan pertambahan sebanyak 161,000 pekerjaan baru pada November.

  • Data KDNK(GDP) Kanada, Rabu 9.30 malam

Ekonomi Kanada berkembang sebanyak 0.2% pada September berbanding 0.4% yang dicatatkan pada Ogos. Kanada agak unik kerana Jabatan Statistik mereka mengeluarkan data KDNK (GDP) setiap bulan yang tak banyak negara berbuat demikian selain mengeluarkan data suku tahunan. Pertumbuhan ini banyak disumbangkan oleh aktiviti pengeluaran yang termasuk carigali. Aktiviti carigali dan petroleum sahaja meningkat sebanyak 1.4%. Penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 0.1% pada bulan lepas.

  • Inventori minyak US, Rabu 11.30 malam

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 1.3 juta tong minggu lepas berbanding 5.3 juta peningkatan pada minggu sebelum. Inventori pada tahun ini mencecah 490.3 juta tong masih di atas paras tahun lepas sebanyak 7.2% yang menunjukkan pasaran minyak masih dihantui lebihan penawaran (oversupply).

  • Jumlah pengangguran mingguan/US Unemployment Claims, Khamis 9.30 malam

Pada (24 November) lepas Jabatan Buruh US melaporkan 251,000 pengangguran (Jobless claims) dicatatkan bagi minggu berakhir pada 18 November yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 233,000. Data yang dikeluarkan ini sedikit tinggi daripada jangkaan penganalisis sebanyak 241,000. Jumlah yang dijangkakan bagi minggu ini ialah 252,000.

  • US ISM Manufacturing PMI, Khamis 11 malam

Indeks sector pembuatan US (US ISM manufacturing index) melonjak pada Oktober meningkat kepada 51.9 dari 51.5 pada bulan sebelum. Bacaan ini sedikit rendah dari jangkaan 51.7. Indeks Pengeluaran semakin mengukuh kepada 54.6 daripada 52.8, tetapi tempahan jatuh kepada 52.1 dari 55.1. Manakala indeks gunatenaga meningkat kepada 52.9 dari 49.7 pada bulan sebelum. Indeks ini dijangkakan meningkat ke paras 52.1 pada November.

  • Gunatenaga Kanada/Canadian Employment data, Jumaat 9.30 malam

Gunatenaga di Kanada mencatatkan penigkatan sebanyak 44,000 pada Oktober. Kenaikan ini adalah disebabkan data pekerjaan sambilan yang menstabilkan penyusutan dalam gunatenaga pekerjaan sepenuh masa. Bacaan ini menunjukkan, Kanada masih lagi sukar untuk menyediakan pekerjaan yang lebih berkualiti dalam pasaran buruhnya. Peningkatan dalam gunatenaga disumbangkan oleh 67,000 tambahan pekerjaan sambilan, manakala pekerjaan sepenuh masa jatuh sebanyak 23,000. Kadar pengangguran masih lagi berada di paras 7.0%. Penganalisis menjangkakan penyusustan gunatenaga atau pekerjaan sebanyak 10,000 pada Oktober lepas. Pada minggu ini diramalkan hanya ada 1,000 pertambahan pekerjaan di Kanada.

  • NFP US Non-Farm Employment Change and Unemployment rate, Jumaat 9.30 malam.

Data pekerjaan US pada Oktober mencatatkan pertambahan pekerjaan yang sedikit berbanding jangkaan 161,000 pada Oktober. Kadar pengangguran pula berada di paras 4.9%. Pun begitu kadar gaji per jam meningkat 10 sen. Penganalisis berpendapat ini adalah berita positif yang akan menguatkan lagi proses kepada pengetatan polisi The Fed. Pada minggu ini, data pekerjaan dijangkakan akan berada di paras 165,000, kadar pengangguran kekal 4.9%, manakala gaji per jam meningkat sebanyak 0.2%.

Akhir sekali, semoga berjaya kepada anda semua.

 

Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Sepanjang Minggu Ini (21-25 November)

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!