Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Forex dan Komoditi

Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Sepanjang Minggu Ini (21-25 November)

Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Sepanjang Minggu Ini (21-25 November)

US dolar meneruskan tren kenaikan pada minggu ini walaupun sedikit perlahan dengan potensi kenaikan kadar Fed Fund Rate di paras tertinggi seperti data yang dikeluarkan oleh CME Group. Setiap minggu Moshed.com akan membawakan kepada anda ringkasan pergerakan pasaran sepanjang minggu.

Apa yang perlu diberi perhatian adalah Tema yang mencorakkan pergerakan pasaran sepanjang minggu ini agar kita mengetahui faktor yang menggerakkan pasaran. Pasaran pada minggu ini (21-25 November) telah dicorakkan oleh laporan data Autumn Statement UK, US Durables Goods, U.K. GDP (KDNK U.K.) dan Minit Mesyuarat FOMC.

Perlu diingat sentimen kepada kenaikan kadar masih kuat ketika ini yang telah menyebabkan US dolar menguat berbanding kebanyakan matawang utama dunia. Namun kita tidak dapat pastikan sampai bilakah USD akan terus menguat kerana pasaran boleh berubah-ubah setiap masa sebagaimana sentimen yang tidak dapat dijangka.

Kita tidak boleh membuat jangkaan spesifik kepada sesuatu, contohnya, The Fed pasti menaikkan kadar pada Disember. Kita hanya perlu menggunakan sebanyak mana maklumat yang ada dalam trading sama ada dari segi fundamental atau teknikal dan membuat perancangan daripada situ. Pun begitu, kita akan terus dapat bertahan dalam pasaran yang tak terjangka jika kita mengutamakan pengurusan risiko dan psykologi yang baik.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang (currency pair) utama dunia minggu ini dan minggu lepas agar anda dapat melihat perbezaan antara kedua-dua minggu tersebut.

14-18 November                                                              21-25 November

Eur/Usd – Jatuh 260 pip                                               Eur/Usd – Jatuh (Ranging) 140 pip

Usd/Jpy – Naik 420 pip                                                 Usd/Jpy – Jatuh (Ranging) 138 pip

Gbp/Usd -Jatuh 300 pip                                                Gbp/Usd – Naik 218 pip

Usd/Chf -Naik 240 pip                                                   Usd/Chf – Naik 117 pip

Usd/Cad – Naik (Ranging) – 180 pip                             Usd/Cad – Naik 160 pip

Aud/Usd – Jatuh – 245 pip                                            Aud/Usd – Naik 153 Ppip

Nzd/Usd – Jatuh – 145 pip                                            Nzd/Usd – Naik 110 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini.

  • Ucapan Draghi (Presiden ECB), Selasa

Dalam ucapannya, Draghi masih mengekalkan pendiriannya bahawa pemulihan ekonomi masih bergerak sederhana dan komen terbaru ini sejajar dengan minit mesyuarat ECB Oktober lepas yang dikeluarkan minggu lalu. Beliau juga dilihat akan terus berusaha mencapai sasaran ECB berikutan cabaran-cabaran yang menghadkan ekonomi Eropah untuk terus berkembang secara dinamik.

Segala retorik yang disampaikan Draghi ini masih sama dengan ucapannya beberapa minggu lepas berikutan pilihanraya Presiden negara-negara besar Eropah iaitu German dan Perancis tahun hadapan. Secara umumnya, perkembangan politik di Eropah ini menambahkan lagi ketidaktentuan di Zon Eropah.

  • Pembentangan Bajet Autumn Statement UK, Rabu

Philip Hammond melaporkan bahawa pertumbuhan ekonomi UK akan meningkat lebih perlahan tahun depan berbanding jangkaan awal sebelum ini. Jangkaan pertumbuhan ekonomi pada 2017 akan meningkat 1.4% berbanding jangkaan awal 2.2% pada Mac. Kekurangan dalam bajet UK menjadikan Hammond tidak ada banyak pilihan untuk menambahkan perbelanjaan kerajaan.

Hammond mengatakan, kerajaan memerlukan pinjaman yang lebih banyak untuk tempoh lima tahun akan datang dengan hutang awam diramalkan meningkat ke paras tertinggi 90.2% pada 2017/2018 dari jangkaan 81.3% pada Mac.

Beliau menegaskan perlunya untuk kerajaan untuk menyiapkan UK dengan lebih bersedia sebelum meninggalkan Kesatuan Eropah. Kerajaan komited untuk terus memberikan yang terbaik dalam perbelanjaan fiskal untuk kegunaan pelaburan. Pelaburan yang dimaksudkan oleh Hammond ialah untuk meningkatkan produktiviti bagi menyokong transisi ekonomi UK.

  • US Durable Goods Orders: Rabu

Bacaan Durable good pada bulan Oktober meningkat 4.80% dengan bacaan September juga mencatatkan peningkatan 0.40% yang merupakan data kajian semula selepas dilaporkan jatuh sebanyak 0.30%. Bacaan ini sejajar dengan jangkaan penigkatan secara berperingkat dalam perbelanjaan modal.

Manakala data core durable goods yang tidak mengambil kira pengangkutan pula meningkat sebanyak 1.0% yang turut meningkat pada bulan September sebanyak 0.2%. Jangkaan penganalisis ialah peningkatan 0.2%. Jika tidak mengambil kira barangan dalam sektor pertahanan data ini sepatutnya meningkat sebanyak 5.2%.

Sejurus sahaja data durable good ini dikeluarkan, Eur/usd jatuh dari paras 1.0589 ke paras terendah 1.0541. Manakala Usd/Jpy menguat hampir 80 pip dari paras 111.64 ke 112.47. Sememangnya data durable goods US pada hari ini begitu baik ditambah lagi dengan sentimen kenaikan kadar pada Disember yang semakin menguatkan matawang greenback ini.

  • US Crude Oil Inventories (Stok Minyak US): Rabu

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 1.3 juta tong semalam berbanding 5.3 juta peningkatan pada minggu sebelum. Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) meningkat ke paras $48.20 dari $48.00  sejurus data dikeluarkan. Perjumpaan Opec 30 November ini akan menjadi tumpuan trader-trader di seluruh dunia.

  • German Ifo Business Climate: Khamis

Data German Ifo Business Climate tidak berubah pada bulan November di paras 110.4 sama dengan data bulan sebelum. Jangkaan penganalisis bagi data ini ialah 110.6 yang berada di sekitar bacaan sebenar 110.4. Indeks ini masih berada di paras tertinggi sejak Mei 2014.

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan, pasaran memberikan respon yang tak menentu dengan Eur/Usd bergerak dari 1.0520 ke paras 1.0565. Manakala indeks saham DAX bergerak positif semula dari kejatuhan.

  • UK GDP data (Data KDNK U.K): Jumaat

Pejabat Statistik Kebangsaan UK mengeluarkan laporan pertumbuhan KDNK (GDP) UK yang mencatatkan bacaan 0.5% pada suku ketiga. Bacaan ini sama dengan bacaan pada suku kedua dan jangkaan penganalisis pada kadar 0.5%. Laporan pertumbuhan ini pada suku ketiga ini adalah selepas undian referendum EU. Sejak pengundian itu, pertumbuhan KDNK UK tidak banyak berubah dari laporan suku kedua. Hal ini menunjukkan kesan terhad undian referendum itu kepada ekonomi UK.

Pelaburan akan menjadi fokus utama UK dalam beberapa bulan akan datang. Pun begitu, Brexit masih menjadi tumpuan kerana ketaktentuan yang boleh melemahkan perbelanjaan modal dan pelaburan di UK. Sejurus sahaja laporan KDNK ini dikeluarkan, Gbp/Usd menguat sebanyak 22 pip dari 1.2450 ke 1.2472 dalam 30 minit pertama. Manakala Indeks FTSE berubah sedikit sejurus data dikeluarkan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!