728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Pasaran Asia Sudah Dibuka, Dah Ada Yang Open Position Ke?

Pasaran Asia Sudah Dibuka, Dah Ada Yang Open Position Ke?

Matawang US Dollar hari ini dibuka dengan lonjakan ke paras 2 minggu tertinggi selepas pegawai Federal Reserve memberi komen-komen menyokong kenaikan interest rate.

Sementara itu JPY turun berikutan Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda mengeluarkan kenyataan yang mereka akan melonggarkan dasar lebih jauh.

JPY lemah sebanyak 0.1% pada pagi ini setelah turun sebanyak 1.3% jumaat lalu, mencatatkan penurunan terendah sejak lebih 6 minggu lalu.

USD/JPY 1 jam

USD/JPY 1 jam

USD juga menguat melawan matawang Euro sebanyak 0.1% dan kekuatan USD hari ini adalah yang terbesar sejak Mei.

Jumaat lalu Pengerusi Fed Janet Yellen di Jackson Hole memberitahu dasar kewangan Amerika Syarikat sudah kuat dan kemudiaanya Naib Pengerusi Fed Stanley Fischer menyatakan kenaikan interest rate September adalah tidak mustahil.

Apa yang menentukan kenaikan ada laporan NFP jumaat nanti. Sementara itu, Gabenor BOJ berkata mereka akan melaksanakan rangsangan tanpa ragu-ragu.

Menurut Jason Wong pakar strategi matawang Bank of New Zealand Ltd, “Kekuatan USD jumaat lalu yang disebabkan oleh ucapan-ucapan Fed dijangka akan berlanjutan minggu ini dan sekali lagi kita akan melihat pasaran yang sunyi menantikan laporan NFP jumaat nanti. Dengan keadaan central banks lain dalam mode pelonggaran, Fed juga dilihat akan lebih berhati-hati dengan kesan kekuatan USD ke atas ekonomi global”.

Nak trade cara simple? Klik di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register