Pasaran Eropah dibuka tinggi dan memberangsangkan, berita penting GBP sebentar lagi

0 2

Pasaran saham Eropah dibuka tinggi pada hari ini namun kenaikan itu dijangka terhad kerana pasaran ekonomi global masih lagi berhati-hati akan kenyatataan yang akan dikeluarkan oleh European Central Bank esok.

Semasa waktu bukaan eropah, EURO STOXX 50 meningkat 0.41%, CAC 40 Perancis meningkat 0.35% dan DAX 30 Jerman menguat 0.45%.

Pelabur dilihat masih berhati-hati setelah kenyataan IMF berkenaan perkembangan ekonomi global yang dilihat perlahan.

Pasaran juga akan memberi tumpuan utama kepada mesyuarat ECB esok untuk melihat adalah penggubal dasar akan mengambil langkah seterusnya selepas Brexit.

Hari ini melihatkan data penting daripada UK iaitu Average Earning dan Claimant Count Change pada pukul 4:30 sebentar lagi.

High-impact news 4:30pm
High-impact news 4:30pm

Di Amerika Syarikat pula, pasaran saham dilihat akan dibuka tinggi.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa