Pasaran Minyak Mentah Didagang Agak Suram

0 2

Harga minyak mentah mula merosot selepas meningkat lebih 4% selepas kerajaan  mengesahkan pengeluaran stok mingguan terbesar di Amerika Syarikat.

Brent mentah dilaporkan susut 36 sen pada $49.63 setong.

Sementara itu, Brent mentah bagi penghantaran Oktober susut 35 sen.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat jatuh 14.5 juta tong minggu lepas sebanyak 511.4 juta tong. Angka ini menunjukkan penurunan stok simpanan terbesar sejak Januari 1999.

Minyak mentah yang diimport ke Patai Teluk Amerika Syarikat juga jatuh 2.5 juta tong sehari, yang paling rendah sejak tahun 1990.

Kebanyakan peniaga berkata, jumlah pengurangan ini turut disumbangkan oleh pemunggahan kapal kargo yang ditangguhkan akibat rebut tropika Hermine di Texas dan Lousiana.

Di Russia, Reuters melaporkan purata pengeluaran minyak mentah meningkat hampir 11 juta tong sehari dari tempoh 1 hingga 7 September.

Ada yang ketinggalan untuk mengetahui keputusan ECB malam tadi? Baca artikel berkaitan disini. 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa